Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN PENGELUARAN HAKMILIK KEKAL BERDASARKAN PINDAAN KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA A1104)

EASY ESTATE ADVERTISING SERVICES : SITI AISHAH BINTI MANSOR

THE INFLUENCE OF INTEREST AND UNDERSTANDING OF HOUSING DEVELOPERS ON GATED COMMUNITIES DEVELOPMENT AINUR ZAIREEN BINTI ZAINUDIN

Section 7 : Road Lighting

ESTIMATE IN FORMATION OF CONSTRUCTION CONTRACT EZATUL SHARIDA BINTI AHMAD TERMIZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faculty of Built Environment Universiti Teknologi Malaysia

DOCTRINE OF PRIVITY AND ITS APPLICATION IN RELATION TO SUB-CONTRACTOR S PAYMENT NOR AIDA BINTI MOHD AMIN

PENYAMPAIAN INTERAKTIF INFOGRAFIK DALAM TEKNIK HOLOGRAFI UNTUK MEMPERKENALKAN PERSEMBAHAN KUDA KEPANG

CONSULTANT ARCHITECT S DILIGENCE IN RAIL INFRASTRUCTURE PROJECT SHAMS ARIDA BIN ARIFFIN

SISTEM PENGURUSAN DOKUMEN (INFOBOX) Athirah Hazira Ab Halim Rodziah Latih ABSTRAK

SISTEM TEMPAHAN KERETA SEWA BERASASKAN WEB (UKM EZ-CAR) Noor Aznida Farina Binti Md Saad Masnizah Mohd

RMK 357 Land Administration [Pentadbiran Tanah]

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

RMK 357- Land Administration fpentadbiran Tanah]

NOVATION AGREEMENT IN DESIGN AND BUILD CONTRACTS NATASHA SAHIL UNIVERSITI TEKOLOGI MALAYSIA

LAND ACQUISITION ISSUES FOR JABATAN KERJA RAYA s ROAD WORK PROJECT NOOR FAZURA ABU SAMAAN

MEMBUAT DAN MENGUJI UNIT KAWALAN SUHU MOHD FARMEZEE BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TAJUK PEMBENTANGAN : PERUNDANGAN TANAH DI BRUNEI DARUSSALAM DISAMPAIKAN OLEH : AMAL HAYATI HAJI JUNAIDI PEGAWAI TANAH BAHAGIAN PENDAFTARAN

INSTRUCTION: This section consists of THREE (3) essay questions. Answer ALL questions.

MANUAL PROSEDUR KERJA PEMBANGUNAN APLIKASI

JADUAL IX KANUN TANAH NEGARA [Aturan 36J (2)] NOTIS TAWARAN

Jadual 1: Faktor Pemberat Bagi Jenis Petak (F1)

ELEMEN-ELEMEN KRITIKAL PENGURUSAN PERUBAHAN DI PERINGKAT REKABENTUK PROJEK PEMBINAAN ABDUL AZIZ BIN HARUN

RAK 346 History and Theory in Architecture 1 [Sejarah dan Teori Senibina 1]

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

PENDEKATAN AMERIKA SYARIKAT DAN ARAB SAUDI KE ATAS PERANG SAUDARA DI SYRIA, OLEH HEMAMALANI A/P KUNAPALAN

Perjanjian Rakan Kongsi (IB)

Practical issue arising and how can developers adapt to new requirement

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

DLANGUAGE STUDIO NO 30 1 st FLOOR PERSIARAN B RAYA LANGKAWI MALL KEDAH D.A KERTAS PENERANGAN L FRONT OFFICE ASSISTANT

PERBANDINGAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN BERKONSEPKAN GATED AND GUARDED COMMUNITY MENDATAR DAN MENEGAK AZIZUL BIN ABD GHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KAJIAN TERHADAP KUALITI UDARA DALAMAN BAGI BILIK KULIAH DI POLITEKNIK MERLIMAU

RMK 357 Land Administration [Pentadbiran Tanah]

DIBENTANGKAN OLEH: SALLEH HUDIN MUSTAFFA PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Tafsiran Dokumen untuk Permohonan evdr PRA

KEROSAKAN DAN KEMEROSOTAN STRUKTUR KONKRIT DI MALAYSIA MOHD ZAKI BIN MOKHTAR

Kajian Penggunaan Termometer yang Berbeza ke atas Kualiti Penggorengan Hasilan Kerepek

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/P016

HOUSING BUBBLE PHENOMENA AND THEIR DETERMINANTS IN KUALA LUMPUR AQMAR BIN HAMID

KAWALAN DOKUMEN. Tarikh: 29 Disember 2017 Tarikh: 29 Disember 2017

Keywords: Pollutants, swirling flow, double radial swirler, combustion. Kata kunci: Bahan cemar, aliran berpusar, pemusar dwi aliran, pembakaran

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/P001. PROSEDUR PENGURUSAN DOKUMEN ISO Tarikh: 20/6/2017

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

Jurnal Teknologi. Full Paper. Idris Zulkifle a*, Mohd Hafidz Hj Ruslan a, Mohd. Yusof Hj Othman a, Zahari Ibarahim a, Kamaruzzaman Sopian b

KRITERIA PENILAIAN PASCA MENDUDUKI (POE) BAGI PUSAT-PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI AWAM DAN SWASTA: PERSPEKTIF PENGGUNA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/P015. PROSEDUR PERKHIDMATAN MAKLUMAT Tarikh: 29/06/2018

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

Program Seni Bina Programme of Architecture

VNIMPS" P1. AYS OF FORMAL LAND OWNERSHIP AND LAND TITLING WITH REFERENCE TO THE RURAL COMMUNITIES A STUDY OF PEOPLE'S PERCEPTION

Jurnal Teknologi RELATIONSHIP BETWEEN HOUSING AFFORDABILITY AND HOUSE OWNERSHIP IN PENANG. Full Paper. N. M. Sani *

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/P015. PROSEDUR PERKHIDMATAN MAKLUMAT Tarikh: 18/08/2017

Jabatan Seni Bina Department of Architecture

ISU-ISU PENGINTEGRASIAN PANGKALAN DATA UKUR KADASTER DAN SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER GENGATHARAN A/L MARIAPPAN

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

THE STUDY OF PROBLEMS FACED BY PROPERTY MANAGEMENT IN MANAGING THE HIGH RISE CONDOMINIUM IN MALAYSIA NORAZIAH AZMIN BT ABD LATIF AZMI

PAYMENT ISSUES THE PRESENT DILEMMAS OF MALAYSIAN CONSTRUCITON INDUSTRY ANG SU SIN, TONY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FORM OF ACCEPTANCE AND TRANSFER CONDITIONAL MANDATORY TAKE-OVER OFFER DATUK SERI TAN JING NAM, MR ANDREW TAN JUN SUAN AND DATO TAN LEE SING

PK504: BUSINESS LAW. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL.

ISI KANDUNGAN. BAB 3: BEKERJA DENGAN DOKUMEN 3.1 Mencipta Dokumen Baru. 3.2 Membuka Dokumen 3.3 Compatibility Mode. LATIHAN

DOKUMEN BUKTI YANG DIPERLUKAN

Faculty of Information and Communication Technology

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2003

PRACTICAL COMPLETION FOR WATER SUPPLY PROJECTS KHAIRI BIN JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBEBANAN SERBUK YANG OPTIMUM BAGI BAHAN SUAPAN DARIPADA SS 316 L, PEG, PMMA DAN AS BAGI PROSES PENGACUANAN SUNTIKAN LOGAM (MIM)

Abstract. the individual apartment units in a multi-storey apartment building. The hypothesis

IKHTISAR PROJEK TAHUN AKHIR

Rencana-Rencanal Arlicles

NO. KELUARAN : 06 NO. PINDAAN : 00 TARIKH KUATKUASA MUKA SURAT KAWALAN DOKUMEN

MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/ DISEMBER 2009 DEWAN NUSANTARA, MENARA SRI SAUJANA INSPEN KERTAS PENYELIDIKAN

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

KETEGASAN HABA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PERUBAHAN FISIOLOGI DI KALANGAN PEKERJA LELAKI KILANG PEMBUATAN KOMPONEN AUTOMOTIF, SHAH ALAM

APARTMENTS OWNERSHIP AND MAINTENANCE

Fakulti Sains dan Teknologi 3 Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan (SEEDS)

HOUSING DEVELOPMENT FOR RESIDENCE IN SUDAN MOHAMED ABDULLA NUGDALLA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEMPLATE SERAGAM SENARAI SEMAK DOKUMEN DAN SENARAI SEMAK TERPERINCI AGENSI TEKNIKAL JKT

=anm. 'jffm. JffD. JfFQ JffU JULAI - DISEMBER ^LeaKMUJfifll'Ggl. UNIVEiRBITI TfcKNOLODI M A R A PfcRLIS JGTT) INFOREC

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P005. PROSEDUR SEBUT HARGA UNIVERSITI Tarikh: 18/08/2016

MANUAL KUALITI MK.UiTM CNS.01

We ve been building a better Bukit Gombak

Growing as a family in Yew Tee

Submit to State PTG by proprietor within 2 weeks. State CS within 1 month. Superstructure Stage

ARCHITECT S LIABILITY IN MAKING DECISION DURING CONSTRUCTION STAGE NURHIDAYAH BINTI KAMALUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAWALAN DOKUMEN. Dokumen ini adalah TERKAWAL dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:-

PROCLAMATION OF SALE

SOKONGAN KEWANGAN PEJABAT BURSAR UPM/SOK/KEW-BYR/P011. PROSEDUR PEMBAYARAN GAJI ATAU ELAUN Tarikh: 05/06/2015

PROCLAMATION OF SALE

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

INFLUENCING FACTORS IN NON-LANDED RESIDENTIAL PROPERTY FACILITIES FOR MANAGEMENT BADRUL HISHAM BIN MOHD RIDZA

RESEARCH PROGRESS. Two Hundreds Years of Neighbourhood Expansion in Seremban Municipality Area, Malaysia

KOD :

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

RESEARCH TOPIC FOR NAPREC YEAR 2019

PROCLAMATION OF SALE

Sains Malaysiana 47(4)(2018):

PROCLAMATION OF SALE

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Transcription:

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif STAIL PENGARAHAN DAN PENDEKATAN DALAM FILEM DOKUMENTARI ETNOGRAFI Laura Janta Anak Gasah Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Sinematografi) 2010

STAIL PENGARAHAN DAN PENDEKATAN DALAM FILEM DOKUMENTARI ETNOGRAFI LAURA JANTA ANAK GASAH Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Sinematografi) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2010

Projek bertajuk Stail Pengarahan Dan Pendekatan Dalam Filem Dokumentari Berbentuk Etnografi telah disediakan oleh Laura Janta Anak Gasah dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Sinematografi). Diterima untuk diperiksa oleh: ---------------------------------------- (Puan Candida Jau Emang) Penyelia Tarikh: ----------------------------------------

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: STAIL PENGARAHAN DAN PENDEKATAN DALAM FILEM DOKUMENTARI ETNOGRAFI SESI PENGAJIAN : 2009/2010 Saya LAURA JANTA ANAK GASAH mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pengdigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. **sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD (LAURA JANTA ANAK GASAH) Penulis Alamat tetap: SK. Nanga Babai, 96510 Pakan, Sarikei, Sarawak. Tarikh: (PUAN CANDIDA JAU EMANG) Penyelia Tarikh: Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD

PENGHARGAAN Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan berkat-nya saya dapat menyiapkan projek tahun akhir saya ini. Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada ahli keluarga saya terutamanya kepada ibu tersayang, Puan Dara Andil dan tunang tercinta, Encik Fedrick Balang Jarit yang telah banyak memberi dorongan, semangat dan bantuan kewangan sehinggalah projek tahun akhir ini dapat disiapkan. Sekalung penghargaan kepada Ketua Jabatan Seni Persembahan Teknologi dan Produksi iaitu Dr. Nur Afifah Vanitha Abdullah kerana memberi peluang kepada saya merealisasikan projek tahun akhir dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada pensyarah Sinematografi yang memberi didikan yang sempurna iaitu Cik Teo Miaw Lee dan Puan Candida Jau Emang selaku penyelia saya yang sangat prihatin dan banyak memberi tunjuk ajar serta pendapat yang kreatif untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi saya sepanjang pengajian. Tidak ketinggalan jutaan terima kasih kepada tutor Encik Mohd Affendi Azizan dan Encik Mohd Jefri Samron dan juruteknik iaitu Encik Abdul Razak serta Encik Dunstan Dajau Supit yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa menyiapkan projek tahun akhir saya iaitu Gawai Antu. Jutaaan terima kasih buat rakan seperjuangan dalam Program Sinematografi dan krew-krew Fedra Pictures Production yang telah menjayakan projek video dokumentari pendek iaitu Gawai Antu. Akhir kata, setinggi perhargaan dan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga Tuhan memberkati perjalanan hidup kalian. iii

KANDUNGAN Penghargaan Kandungan Abstrak Abstract iii iv v vi 1. BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan 1.1 Latar Belakang Kajian 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian 1.4 Persoalan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Skop Kajian 1.7 Istilah 1.7.1 Etnografi 1.7.2 Antropologi 1.7.3 Convention 1.7.4 Modes 1 5 7 7 8 8 8 9 9 9 9 9 2. BAB 2 SOROTAN KAJIAN 10 3. BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.0 Metodologi Penyelidikan 3.1 Content Analysis 24 26 iv

3.2 Historiography 3.3 Analisis Filem Dokumentari Etnografi 3..3.1 Filem Dokumentari Nanook Of The North (1922) 3.3.2 Filem Dokumentari Man Of Aran (1934) 3.3.3 Filem Dokumentari Baraka (1992) 3.4 Hasil Dapatan Kajian 27 28 28 29 31 33 4. BAB 4 PERBINCANGAN PROJEK TAHUN AKHIR 4.0 Pengenalan 4.1 Idea Penghasilan Video Dokumentari Pendek 4.2 Sinopsis 4.3 Tema 4.4 Lokasi Penggambaran 4.5 Durasi 4.6 Kajian Etnografi (Ethnography) Untuk Menghasilkan Video Dokumentari Pendek 4. 7 Individu Yang Ditemubual 4.7.1 Encik Manggau Anak Injat (Penasihat Perayaan Gawai Antu) 4.7.2 Encik Sempurai Anak Manggau (KetuaPengurusa Perayaan) 4.7.3 Encik Richard Anak Bgari (Timbalan Ketua Pengurusan Perayaan) 4.7.4 Puan Nawi Anak Gundi ( Menganyam Garung) 4.7.5 Encik Clement Anak Bungsu (Pembaca Mantera) 4.7.6 Encik Rawing Anak Jelani (Peminum Air Jalung) 4.7.7 Encik Senabong Anak Tutong (Ketua Rumah Panjang) 4.7.8 YB Dato Sri William Mawan Anak Ikom (Menteri 37 38 39 39 39 39 40 41 42 42 43 43 44 44 46 47 v

Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi Sarawak) 4.8 Konsep Penyampaian Filem Dokumentari Pendek 4.9 Teknik Penyuntingan Video Dokumentari Pendek 4.10 Hasil Dapatan Kajian Projek Tahun Akhir 47 48 48 5. BAB 5 KESIMPULAN 52 BIBLIOGRAFI 56 vi

SENARAI GAMBAR RAJAH Rajah 1 Aliran Kaedah Metodologi 25 vii

ABSTRAK STAIL PENGARAHAN DAN PENDEKATAN DALAM FILEM DOKUMENTARI ETNOGRAFI Laura Janta Gasah Filem dokumentari etnografi merupakan sebuah filem dokumentari yang memaparkan cara hidup dan kebudayaan sesebuah etnik. Hal ini menyebabkan filem dokumentari etnografi mempunyai bentuk penyampaian untuk menyampaikan isu yang melalui visual yang cuba disampaikan. Kajian ini difokuskan kepada bentuk pengarahan dan penyampaian filem dokumentari berbentuk dokumentari etnografi. Kajian ini bertujuan meneliti dan mengetahui teknik penyampaian yang sesuai digunakan dalam filem dokumentari berbentuk etnografi. Ini disebabkan filem dokumentari berbentuk etnografi selalunya menggunakan observational modes dalam menyampaikan isu melalui visual yang dipaparkan. Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif seperti content analysis, historiagraphy dan pemerhatian kepada filem dokumentari yang berbentuk etnografi. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan observational modes merupakan teknik penyampaian yang kurang memberi penerangan yang jelas kepada para penonton kerana tidak mempunyai fakta sejarah dan latar masa yang jelas berbanding dengan expository modes yang mempunyai penerangan yang lengkap. viii

ABSTRACT DIRECTING STYLE AND APPROACH IN AN ETHNOGRAPHIC DOCUMENTARY Laura Janta Gasah An ethnographic documentary can visually highlight and show an ethnic culture and lifestyle practices. This is because of the unique features and different approach the ethnography method uses to protrude the issues or theme that it wants to convey to the audience. This research priority is focused at the directing and film portraying using the methods of ethnographic approach in documentary film making. This research is conducted to observe and to know about which presentation technique is suitable to be used in this documentary. Normally, ethnographic documentaries uses observational modes to present the issues that it wishes to convey to the audience. Hence, this research uses qualitative methods such as content analysis, historiography, and observation on the ethnographic documentary. The outcome of this research is that observational modes is a non informative documentary compared to expository modes because observational modes lack of factual historical inputs and time setting while expository modes is much more complete and informative. ix

BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Filem merupakan sebuah karya seni yang memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat, mesej dan luahan secara halus mengenai sesuatu isu kepada masyarakat dan secara tidak langsung filem juga turut menjadi hiburan kepada masyarakat awam. Filem juga mendekatkan para penonton atau masyarakat ke dunia rekaan yang dikaitkan dengan dunia realiti, fantasi dan sebaliknya. Filem juga 1

berperanan sebagai seni media yang sudah menjadi fenomena abad ke-20 yang sukar ditandingi. Sejak ia mula dicipta dan diperkenalkan oleh Lumiere bersaudara lebih 100 tahun lalu (1895), perkembangannya begitu drastik sekali dan dari masa ke semasa sentiasa memperlihatkan kemajuan dalam pelbagai aspek. Bermula daripada filem bisu kepada bersuara, daripada filem hitam putih kepada filem berwarna, daripada format 16mm hingga kepada 70mm, daripada dua dimensi kepada 3D, daripada sistem bunyi konvensional beralih kepada sistem surround Dolby, DTS atau THX, daripada imej biasa kepada imej janaan komputer (CGI - computer generated image), segala-galanya membuatkan penggemar filem semakin kagum dengan keunikan seni visual tersebut. Terdapat filem yang berbentuk fiction dan non-fiction. Filem fiction ialah filem yang berkonsepkan genre seram seperti filem Pontianak Harum Sundal Malam yang diarahkan oleh Suhaimi Baba, genre cinta seperti filem Laila Isabella arahan Rahsid Sibir, genre noir seperti filem Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid dan sebagainya. Sementara itu, filem dokumentari adalah filem yang tidak mempunyai genre yang dikenali sebagai non-fiction. Filem dokumentari adalah filem yang merakamkan peristiwa sebenar sama ada berdasarkan fakta, pengalaman, penceritaan semula dan sebagainya. Menurut Hans Ritcher (1976) dalam bukunya The Struggle For The Film istilah dokumentari buat pertama kalinya digunakan oleh John Grierson atau nama samarannya The Moviegoer di New York pada 8 Februari 1926 menerusi filem Moana (1926) yang diarahkan oleh Robert Flaherty. Sementara itu, di Perancis, istilah dokumentari digunakan untuk semua filem non-fiction atau 2

tidak mempunyai genre, termasuk filem mengenai perjalanan dan filem pendidikan. Berdasarkan definisi ini, semua filem awal adalah film dokumentari. Pada abad ke- 18, Auguste Lumière dan Louis Lumiere dari Perancis berjaya mencipta kamera wayang pertama yang dipanggil Cinematograph. Lumiere bersaudara atau lebih dikenali sebagai Lumiere Brothers ini telah membuat tayangan pertama cinematograph Lumiere pada 28 Disember 1985 di Grand Cafe bertempat di Boulevard Des Capucines, Paris. Lumiere giat merakamkan gambar bergerak tentang kehidupan seharian masyarakat seperti cara makan, bekerja atau budaya warga Perancis ketika itu. Contohnya, Lumiere Brothers merakamkan gelagat para pekerja yang keluar pulang dari kilang yang akhirnya dikenali sebagai Workers Leaving The Factory pada tahun 1895. Oleh yang demikian, projek rakaman tersebut telah menjadi medium dokumentasi yang merakamkan sesuatu kejadian yang mempunyai hubungan secara langsung dengan aktiviti sosial sesuatu kaum atau masyarakat. Selain itu, dokumentari terdiri daripada dokumentari yang berbentuk etnografi, pengalaman melalui pengembaraan atau penjelajahan, filem propaganda, cinema verite, penceritaan semula atau lebih dikenali sebagai re-enactment. Setiap dokumentari mempunyai konsep dan modes atau cara penyampaian yang tersendiri dalam memainkan dan memperkembangkan peranan sebagai medium untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat. Antaranya ialah dokumentari yang mempunyai cara penyampaian melalui teknik pemerhatian yang dikenali sebagai fly on the wall yang mengistilahkan pemerhatian visual melalui rakaman dari dokumentari. Hal ini kerana dokumentari merupakan satu medium yang menjadi 3

pemerhati terhadap isu kehidupan sosial masyarakat dalam bentuk visual dan secara tidak langsung memberi maklumat kepada para penonton dan pelbagai golongan masyarakat luar. Menurut Nelmes (1993), menerusi buku An Introduction To Film Study Second Edition, dokumentari merupakan analisis yang benar sebagai deria pemerhatian untuk memaparkan sudut realiti dengan membincangkan kebenaran untuk diteliti. Dokumentari juga merupakan pemerhatian kepada sosial yang berdasarkan penyataan sejarah ataupun pemahaman dalam sesuatu keadaan isu untuk memaksa pertumbuhan dan membuat tindakan dari penghasilannya. Seterusnya, beliau berpendapat dokumentari juga berperanan menyampaikan objektif yang kukuh mengenai sesuatu isu dan kejadian melalui sruktur budaya dan organisasi sosial. Dokumentari etnografi merupakan sebuah dokumentari yang memberi kenyataan tentang aktiviti sosial, budaya atau kegiatan harian sesebuah masyarakat, kepercayaan, keagamaan, perayaan mengenai sesebuah etnik. Menurut Seale (1999) istilah etnografi berasal daripada perkataan ethno (bangsa) dan graphy (menguraikan atau menggambarkan). Etnografi merupakan satu kaedah pemaparan realiti budaya memahami cara berinteraksi dan bekerjasama melalui fenomena budaya dalam kehidupan sehari-hari. Etnografi lazimnya bertujuan untuk menghuraikan budaya tertentu secara terperinci sama ada melalui aspek budaya, spiritual ataupun material. Pemahaman ini kerana etnografi akan mengetengahkan isu sebenar dari fenomena budaya dan kehidupan sosial. Dengan demikian para penonton akan menemui makna tindakan budaya dan kehidupan sosial suatu komuniti atau etnik yang didedahkan 4

melalui dokumentari etnografi. Contohnya, Robert Flaherty telah menghasilkan sebuah dokumentari Nanook Of The North pada tahun 1922 yang memaparkan kehidupan masyarakat Eskimo di utara Canada menerusi pengembaraan beliau sendiri pada masa itu. Seterusnya, dokumentari etnografi turut menggunakan social actors tanpa disedari sendiri oleh watak yang dijadikan subjek dalam dokumentari etnografi. 1.1 Latar Belakang Kajian Terma dokumentari mula diberikan pada tahun 1920-an. Selain itu, filem dokumentari yang merakamkan tentang kenyataan sebenar kemudiannya menjadi medium pemerhatian dan secara tidak langsung dokumentari diibaratkan sebagai tingkap dunia yang menjadikan frame sebagai pengganti untuk pandangan mata atau viewer s eye para penonton. Dokumentari merupakan medium yang mencerminkan atau menggambarkan sekeliling di mana telah mengemukakan isu yang sepenuhnya untuk membangkitkan kesedaran masyarakat yang menontonnya. Penghasilan dokumentari berperanan menyedarkan para penonton untuk memilih tindakan yang betul dalam menyelesaikan konflik yang dihadapi. Seterusnya, penghasilan dokumentari juga adalah berdasarkan perletakkan nilai yang tinggi dalam melalui kepedihan, kompromi dan pengetahuan dalam menjadikan hidup yang lebih sempurna. Hal yang sedemikian, tidak menghairankan apabila dokumentari merupakan medium yang berkesan dalam menyampaikan mesej yang bersandarkan pada kehidupan seharian. 5

Seterusnya, dokumentari etnografi turut memainkan peranan dalam mengetengahkan isu dalam kehidupan sosial sesebuah masyarakat. Menurut Robert Park (1920) dari University Of Chicago, para antropologi telah memanfaatkan etnografi sebagai wahana untuk memaparkan pengalaman dan kajian mereka. Etnografi menjadi sebuah cara yang paling tepat untuk mengambarkan realiti kehidupan masyarakat yang dikaji. Bagi kajian antropologi klasik, etnografi menjadi jambatan antara para pemikir teori terhadap realiti kehidupan harian. Seterusnya, etnografi adalah sesebuah sudut pandang yang universal yang menyentuh apa sahaja yang berkaitan dengan realiti selagi ia berada dalam kelompok manusia. Seterusnya, Brewer (2000) menyatakan bahawa etnografi adalah pekerjaan menggambarkan kebudayaan. Tujuan utama pemahaman melalui etnografi adalah untuk memahami cara-cara kehidupan lain dari sudut pandangan masyarakat. Memaparkan sesuatu etnografi bukan saja bermaksud kita memahami kehidupan dan budaya sosial suatu etnik, tetapi menyebabkan kita belajar tentang budaya sosial dari sesebuah etnik. Beliau turut menyatakan dokumentari etnografi adalah penelitian untuk mendiskripsikan kebudayaan seperti kewujudan pada awalnya. Seterusnya, beliau mengemukakan etnografi akan membuatkan masyarakat mempelajari budaya hidup etnik yang turut menyajikan pandangan hidup subjek sebagai objektif pengetahuan kepada pelbagai masyarakat. Ini menyebabkan pengetahuan tersebut akan mendedahkan bagaimana subjek dalam dokumentari tersebut berfikir, hidup dan bertindak dalam melakukan sesuatu bagi aktiviti sosial sama ada berbentuk keagamaan, adat resam dan sebagainya. Ini menyebabkan dokumentari etnografi 6

memaparkan peristiwa, budaya dan kehidupan sosial yang unik dan jarang diamati serta diketahui oleh kebanyakan masyarakat kerana kurangnya dokumentari berbentuk dokumentari berbentuk etnografi ini. Dokumentari etnografi juga mempertahankan unsur-unsur realisme yang menjadi sebuah kajian ilmu sosial. Ini disebabkan dokumentari in merupakan point of view kepada masyarakat luar untuk mengetahui tentang sesuatu adat resam, budaya dan kehidpan sosial sesebuah kaum. Selain itu, dokumentari etnografi merupakan pemerhatian kepada sekumpulan manusia dan berusaha mengetahui faktor utama manusia melakukan sesuatu perkara. 1.2 Penyataan Masalah Filem dokumentari berbentuk etnografi kebiasaannya selalu menggunakan teknik penyampaian observational modes untuk memaparkan visual. Penggunaan modes ini yang tidak menggunakan voice over atau teknik penyampaian yang jelas menyebabkan para penonton kurang memahami isu yang cuba disampaikan dan visual yang dipaparkan dalam dokumentari berbentuk etnografi. 1.3 Objektif Kajian i. Mengkaji bentuk filem dokumentari etnografi. ii. Mengenalpasti convention dan modes yang sesuai dengan menganalisa filem dokumentari berbentuk etnografi yang terpilih. iii. Menghasilkan satu dokumentari pendek yang bersifat etnografi untuk memaparkan dan mendokumentasikan aktiviti harian masyarakat Iban dalam menyambut perayaan gawai antu. 7

1.4 Persoalan Kajian i. Bagaimanakah bentuk penyampaian dan teknik pengarahan yang sesuai digunakan dalam dokumentari berbentuk etnografi? 1.5 Kepentingan Kajian Kepentingan kajian ini adalah untuk mengetahui bentuk pengarahan dan teknik penyampaian dalam filem dokumentari etnografi. Hal ini kerana filem dokumentari etnografi merupakan salah satu dari aspek medium untuk memberi pendedahan kepada masyarakat luar mengenai sesuatu isu yang nyata dan perlu diteliti. Manakala, elemen-elemen dalam filem dokumentari etnografi ini merupakan perkara asas yang perlu ada untuk mempengaruhi para penonton dan dapat memberi kesan terhadap perkembangan struktur naratif filem dokumentari etnografi ini. 1.6 Skop Kajian Skop kajian adalah lebih fokus kepada dokumentari berbentuk etnografi yang mempunyai struktur dalam mempersembahkan isu tentang kehidupan dan budaya sosial dalam sesebuah kaum. Ini disebabkan setiap budaya dan kehidupan sosial mempunyai kepentingan tersendiri dalam siratan kehidupan masyarakat tersebut. Kajian ini untuk meneliti bentuk penyampaian dan pengarahan yang diterapkan di dalam dokumentari berbentuk etnografi dalam menyampaikan sesebuah isu. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengetahui kesesuaian cara penyampaian dan pengarahan dokumentari etnografi sebagai penghubung dan paparan kepada masyarakat luar 8

tentang struktur isu atau fenomena budaya dan kehidupan dalam sesebuah organisasi yang dikaji. 1.7 Istilah Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah tertentu digunakan untuk membuat penelitian. 1.7.1 Etnografi Etnografi adalah suatu pemerhatian terhadap kebudayaan sesebuah etnik. Etnografi merupakan pengetahuan yang meliputi teknik penelitian dan teori etnografis yang mendeskripsikan sebuah kebudayaan. Hal yang demikian, etnografi adalah pendekatan dan penelitian mengenai antropologi yang fokus kepada sejarah peradaban sesebuah etnik yang dikaji. 1.7.2 Antropolgi Antroplogi merupakan bidang sains yang membuat kajian mengenai asal usul manusia seperti perkembangan fizikal, budaya dan adat resam. 1.7.3 Convention Stail yang digunakan oleh pengarah untuk mempersembahkan dokumentari bagi mempengaruhi audien mengetahui konsep seseorang pengarah. 1.7.4 Modes Teknik penyampaian yang digunakan dalam sesebuah filem dokumentari. 9

BAB 2 SOROTAN KAJIAN Filem dokumentari etnografi mempunyai bentuk yang tersendiri dalam menyampaikan sesebuah isu melalui pemaparan visual. Sorotan kajian ini telah meneliti isu bentuk dokumentari etnogarafi, convention dan modes yang digunakan dalam filem dokumentari tersebut. Soroton kajian ini cuba mengupas pendapat para sarjana mengenai isu penggunaan teknik untuk menyampaikan subject matter dalam filem dokumentari etnografi. Etnografi berasal daripada perkataan ethnos yang bermaksud suku bangsa dan perkataan graphy adalah gambaran tentang suku bangsa. Seterusnya, etnografi adalah 10

kesatuan sosial yang merangkumi bahasa dan loghat, identiti dan susunan budaya sosial yang terdapat dalam sesebuah etnik. Hal yang sedemikian, etnografi juga adalah sebuah lakaran lukisan mengenai kehidupan sesebuah bangsa atau etnik. Menurut sejarah, istilah etnografi semakin berkembang pada tahun1960. Melalui kajian etnografi ini bermulamya penemuan cara sesebuah masyarakat, kaum atau etnik dalam membentuk budaya mereka dan kemudiannya diterapkan dalam kehidupan seharian. Setiap pengkaji tidak dapat membuat kesimpulan secara rawak, tetapi pengkaji hendaklah meneliti sendiri pemikiran masyarakat yang dikaji. Borth (1995) juga telah mengemukakan etnografi berasal dari kata latin iaitu etnos yang bermaksud suku bangsa dan grafien yang bermaksud gambaran yang dikatakan ilmu pengetahuan yang mempelajari suku bangsa atau etnik dalam aspek kebudayaannya. Contohnya, dalam kajian antropologi beliau menyatakan etnografi sering disebut sebagai tribe berbanding ethnie. Ini disebabkan ethnie lebih memberi pemahaman adanya perbezaan kelompok dalam suatu masyarakat berdasarkan ada istiadat, bahasa, sejarah dan kebudayaan. Etnografi berasal daripada asal-usul ilmu antropologi. Ini membuktikan bahawa etnografi berkaitan dengan aspek antropologi yang merupakan kajian realiti terhadap sesebuah kebudayaan. Ini menunjukkan bahawa usaha untuk menghuraikan aspek-aspek kebudayaan juga adalah dinamakan etnografi. Secara tidak langsung etnografi merupakan salah satu daripada medium yang mengawal norma sesebuah masyarakat yang mempunyai tradisi asal. Ini dibuktikan oleh Brewer (2000). 11

Ethnography is study of people in naturally occuring settings or fields by means of methods which capture their social meanings and ordinary activities, involving the researcher participating directly in the setting, if not also the activities... (Brewer,2000, m.s. 10) Filem dokumentari etnografi merupakan saranan pendidikan alternatif yang mampu mengasah kepekaan masyarakat terhadap pelbagai aspek kehidupan khususnya dalam aspek sosial dan budaya. Melalui filem dokumentari etnografi masyarakat atau para penonton secara tidak langsung akan mula memperbaiki dan meningkatkan mutu kehidupan seharian. Contohnya, sesebuah masyarakat atau kaum sentiasa memelihara budaya, adat resam dan kepercayaan nenek moyang agar tidak ditelan zaman. Malahan, budaya yang diamalkan terus menjadi warisan kaum itu sendiri dan juga rujukan kepada masyarakat luar dari segi bidang intelektual dalam aspek antropolgi sosial. Ini dapat dibuktikan melalui Brewer (2000). While social anthropology called this approach ethnography sociologist tended to call participant observation or field reseach, but it meant much the same thing in the way research was conducted. (Brewer, 2000, m.s. 12-13) Dokumentari etnografi yang berasal daripada antropologi juga merupakan permerhatian secara langsung terhadap kegiatan manusia dalam konteks sosial dan budaya yang realiti. Selain itu, dokumentari etnografi akan mendedahkan faktor yang mempengaruhi sesebuah masyarakat melakukan atau meneruskan kehidupan secara berterusan dalam kehidupan seharian. Contohnya, melalui penelitian budaya dan 12