KAWALAN DOKUMEN. Dokumen ini adalah TERKAWAL dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:-

Similar documents
SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

KAWALAN DOKUMEN. Dokumen ini adalah TERKAWAL dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:-

MANUAL KUALITI MK.UiTM CNS.01

KAWALAN DOKUMEN. Tarikh: 29 Disember 2017 Tarikh: 29 Disember 2017

NO. KELUARAN : 06 NO. PINDAAN : 00 TARIKH KUATKUASA MUKA SURAT KAWALAN DOKUMEN

Section 7 : Road Lighting

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/P001. PROSEDUR PENGURUSAN DOKUMEN ISO Tarikh: 20/6/2017

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

SOKONGAN KEWANGAN PEJABAT BURSAR UPM/SOK/KEW-BYR/P011. PROSEDUR PEMBAYARAN GAJI ATAU ELAUN Tarikh: 05/06/2015

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MANUAL PROSEDUR KERJA PEMBANGUNAN APLIKASI

SOKONGAN KEWANGAN. Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BYR/P011. PROSEDUR PEMBAYARAN GAJI ATAU ELAUN Tarikh: 18/08/2016

RMK 357 Land Administration [Pentadbiran Tanah]

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P005. PROSEDUR SEBUT HARGA UNIVERSITI Tarikh: 18/08/2016

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/P016

SISTEM PENGURUSAN DOKUMEN (INFOBOX) Athirah Hazira Ab Halim Rodziah Latih ABSTRAK

Practical issue arising and how can developers adapt to new requirement

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/P015. PROSEDUR PERKHIDMATAN MAKLUMAT Tarikh: 18/08/2017

CADANGAN PINDAAN/TAMBAHAN DOKUMEN (CPD)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/P015. PROSEDUR PERKHIDMATAN MAKLUMAT Tarikh: 29/06/2018

RMK 357 Land Administration [Pentadbiran Tanah]

DOKUMEN BUKTI YANG DIPERLUKAN

ESTIMATE IN FORMATION OF CONSTRUCTION CONTRACT EZATUL SHARIDA BINTI AHMAD TERMIZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2003

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

CONSULTANT ARCHITECT S DILIGENCE IN RAIL INFRASTRUCTURE PROJECT SHAMS ARIDA BIN ARIFFIN

THE INFLUENCE OF INTEREST AND UNDERSTANDING OF HOUSING DEVELOPERS ON GATED COMMUNITIES DEVELOPMENT AINUR ZAIREEN BINTI ZAINUDIN

DLANGUAGE STUDIO NO 30 1 st FLOOR PERSIARAN B RAYA LANGKAWI MALL KEDAH D.A KERTAS PENERANGAN L FRONT OFFICE ASSISTANT

TEMPLATE SERAGAM SENARAI SEMAK DOKUMEN DAN SENARAI SEMAK TERPERINCI AGENSI TEKNIKAL JKT

Jadual 1: Faktor Pemberat Bagi Jenis Petak (F1)

JADUAL IX KANUN TANAH NEGARA [Aturan 36J (2)] NOTIS TAWARAN

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

INSTRUCTION: This section consists of THREE (3) essay questions. Answer ALL questions.

NOVATION AGREEMENT IN DESIGN AND BUILD CONTRACTS NATASHA SAHIL UNIVERSITI TEKOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN PENGELUARAN HAKMILIK KEKAL BERDASARKAN PINDAAN KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA A1104)

Faculty of Built Environment Universiti Teknologi Malaysia

Jadual H, Fasal 27 Cara Penyerahan Pemilikan Kosong Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966 Akta 118

LAND ACQUISITION ISSUES FOR JABATAN KERJA RAYA s ROAD WORK PROJECT NOOR FAZURA ABU SAMAAN

TAJUK PEMBENTANGAN : PERUNDANGAN TANAH DI BRUNEI DARUSSALAM DISAMPAIKAN OLEH : AMAL HAYATI HAJI JUNAIDI PEGAWAI TANAH BAHAGIAN PENDAFTARAN

SISTEM TEMPAHAN KERETA SEWA BERASASKAN WEB (UKM EZ-CAR) Noor Aznida Farina Binti Md Saad Masnizah Mohd

DIBENTANGKAN OLEH: SALLEH HUDIN MUSTAFFA PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

Tafsiran Dokumen untuk Permohonan evdr PRA

Submit to State PTG by proprietor within 2 weeks. State CS within 1 month. Superstructure Stage

DOCTRINE OF PRIVITY AND ITS APPLICATION IN RELATION TO SUB-CONTRACTOR S PAYMENT NOR AIDA BINTI MOHD AMIN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

EASY ESTATE ADVERTISING SERVICES : SITI AISHAH BINTI MANSOR

RMK 357- Land Administration fpentadbiran Tanah]

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

KAJIAN TERHADAP KUALITI UDARA DALAMAN BAGI BILIK KULIAH DI POLITEKNIK MERLIMAU

KELULUSAN CADANGAN PINDAAN/TAMBAHAN DOKUMEN (CPD)

MEMBUAT DAN MENGUJI UNIT KAWALAN SUHU MOHD FARMEZEE BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) JABATAN KUALITI & SISTEM PENGURUSAN

CADANGAN PINDAAN/ TAMBAHAN DOKUMEN (CPD)

ELEMEN-ELEMEN KRITIKAL PENGURUSAN PERUBAHAN DI PERINGKAT REKABENTUK PROJEK PEMBINAAN ABDUL AZIZ BIN HARUN

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

Perjanjian Rakan Kongsi (IB)

ISU-ISU PENGINTEGRASIAN PANGKALAN DATA UKUR KADASTER DAN SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER GENGATHARAN A/L MARIAPPAN

PK504: BUSINESS LAW. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL.

KEROSAKAN DAN KEMEROSOTAN STRUKTUR KONKRIT DI MALAYSIA MOHD ZAKI BIN MOKHTAR

KENYATAAN TAWARAN TENDER HOSPITAL PUSRAWI SDN BHD

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

VISI Teraju pusat tanggungjawab UniMAP

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

FORM OF ACCEPTANCE AND TRANSFER CONDITIONAL MANDATORY TAKE-OVER OFFER DATUK SERI TAN JING NAM, MR ANDREW TAN JUN SUAN AND DATO TAN LEE SING

RESEARCH TOPIC FOR NAPREC YEAR 2019

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

PROCLAMATION OF SALE IN THE MATTER OF DEED OF ASSIGNMENT DATED 16 TH APRIL, 2004

UNIVERSITI TUI{ HUSSEIN ONN MALAYSIA

MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/ DISEMBER 2009 DEWAN NUSANTARA, MENARA SRI SAUJANA INSPEN KERTAS PENYELIDIKAN

APARTMENTS OWNERSHIP AND MAINTENANCE

KOD :

BAHAGIAN A: Huraian Pindaan Dokumen ISO (Diisi oleh Pemohon/Pemilik Proses dan sila abaikan ruangan No. CPD kerana akan dilengkapkan oleh TPKD PP)

PRACTICAL COMPLETION FOR WATER SUPPLY PROJECTS KHAIRI BIN JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faculty of Information and Communication Technology

Kajian Penggunaan Termometer yang Berbeza ke atas Kualiti Penggorengan Hasilan Kerepek

KRITERIA PENILAIAN PASCA MENDUDUKI (POE) BAGI PUSAT-PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI AWAM DAN SWASTA: PERSPEKTIF PENGGUNA

Abstract. the individual apartment units in a multi-storey apartment building. The hypothesis

PERBANDINGAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN BERKONSEPKAN GATED AND GUARDED COMMUNITY MENDATAR DAN MENEGAK AZIZUL BIN ABD GHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RAK 346 History and Theory in Architecture 1 [Sejarah dan Teori Senibina 1]

ISI KANDUNGAN. BAB 3: BEKERJA DENGAN DOKUMEN 3.1 Mencipta Dokumen Baru. 3.2 Membuka Dokumen 3.3 Compatibility Mode. LATIHAN

KETEGASAN HABA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PERUBAHAN FISIOLOGI DI KALANGAN PEKERJA LELAKI KILANG PEMBUATAN KOMPONEN AUTOMOTIF, SHAH ALAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

IKHTISAR PROJEK TAHUN AKHIR

THE PROCLAMATION OF SALE IN THE MATTER OF THE COMPOSITE LOAN AGREEMENT AND ASSIGNMENT AND POWER OF ATTORNEY BOTH DATED THE 18 TH APRIL 2005 BETWEEN

PROCLAMATION OF SALE

KELULUSAN CADANGAN PINDAAN/ TAMBAHAN DOKUMEN (CPD)

PENYAMPAIAN INTERAKTIF INFOGRAFIK DALAM TEKNIK HOLOGRAFI UNTUK MEMPERKENALKAN PERSEMBAHAN KUDA KEPANG

LAND LAW AND SURVEY REGULATION (SGHU 3313)

PROCLAMATION OF SALE

Transcription:

MUKA SURAT :1/71 KAWALAN DOKUMEN Dokumen Kualiti yang terkandung di dalam fail ini disediakan bagi memastikan pelaksanaan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran bagi Program Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Pascasiswazah penyelidikan, inovasi, pengkomersialan, perundingan dan jalinan komuniti (community engagement)di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), bagi memenuhi keperluan piawaian ISO 9001:2008, Engineering Accreditation Council (EAC) dan COPIA. Dokumen ini adalah TERKAWAL dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:- a) Diberi nombor kawalan tertentu dan dikemaskini apabila terdapat pindaan. b) Dipinda mana-mana bahagian atau keseluruhannya oleh Jawatankuasa Sistem Pengurusan Fakulti atau Wakil Pengurusan dengan kelulusan Dekan FKA atau seperti yang diputuskan di dalam Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan Fakulti FKA. c) Diselia dan diselenggara oleh Pengurus, Pengawal dan Pemegang Dokumen. Salinan-salinan Dokumen Kualiti akan diedarkan kepada pemegang Dokumen Kualiti yang ditetapkan oleh Dekan FKA.

MUKA SURAT :1/71 TANGGUNGJAWAB PEMEGANG SALINAN DOKUMEN TERKAWAL Adalah menjadi tanggungjawab Pemegang Dokumen Kualiti untuk memastikan salinan dokumen ini sentiasa dikemaskini dengan memasukkan semua pindaan yang dinyatakan di dalam Rekod Pindaan. Dokumen ini diedarkan kepada staf yang terlibat dalam pengurusan Program Sarjana Muda dan Pascasiswazah di FKA, Universiti Teknologi MARA (UiTM), atau staf yang diberi kebenaran oleh Dekan FKA.Tanggungjawab Pemegang Dokumen Kualiti adalah seperti berikut:- a) Mengaku terima dokumen ini dan menyimpannya dengan selamat dan baik. b) Memasukkan halaman atau pindaan baharu supaya ia sentiasa berada dalam keadaan kemaskini. c) Memaklumkan sebarang pindaan kepada Ketua Unit Pengurusan Kualiti (KUPK). d) Menanda dengan cop DIBATALKAN pada halaman asal yang telah dipinda dan diasingkan mengikut prosedur yang ditetapkan. e) Mengembalikan dokumen ini kepada Dekan FKA ataupun Wakil Pengurusan atau menyerahkannya kepada pengganti masing-masing sekiranya berlaku pertukaran jawatan atau perpindahan.

MUKA SURAT :1/71 SENARAI PENYEMAK DOKUMEN KUALITI FKA BIL JAWATAN 1. Wakil Pengurusan 2. Pengurus Dokumen 3. Ketua Unit Pengurusan Kualiti 4. Timbalan Pendaftar 5. Ketua Pusat Pengajian 6. Koordinator Program 7. Pegawai IT 8. Penolong Jurutera 9. Penolong Pendaftar 10. Pensyarah

MUKA SURAT :1/71 REKOD PINDAAN Adalah menjadi tanggungjawab Pemegang Dokumen ini untuk memastikan salinan dokumen ini sentiasa dikemaskini dengan memasukkan semua pindaan-pindaan yang dinyatakan di dalamnya BIL MUKASURAT/ PERENGGAN RINGKASAN TARIKH KELULUSAN TANDATANGAN

MUKA SURAT :1/71 BAHAGIAN ISI KANDUNGAN MUKASURAT 1.0 PENGENALAN KEPADA MANUAL KUALITI...9 1.1 Pendahuluan...9 1.2 Tujuan 10 1.3 Kandungan Manual... 10 1.4 Penyediaan, Penguatkuasaan dan Capaian... 11 1.5 Penyelarasan Pindaan... 11 2.0 MAKLUMAT ORGANISASI... 11 2.1 Sejarah dan Latarbelakang... 11 2.2 Visi..15 2.3 Misi 15 2.4 Dasar Kualiti... 15 2.5 Objektif Kualiti... 16 2.6 Keberhasilan Program (Programme Outcomes) 18 2.6.1 Program Sarjana Muda..18 2.6.2 Program Pascasiswazah 19 2.7 Carta Organisasi... 20 2.8 Definisi... 21 2.9 Singkatan... 25 3.0 SKOP SISTEM PENGURUSAN KUALITI... 25 3.1 Skop Pelaksanaan... 25 3.2 Aktiviti Teras Proses... 26 3.2.1 Rekabentuk dan Semakan Program... 26 3.2.2 Pendaftaran Program... 26 3.2.3 Pendaftaran Kursus... 27 3.2.4 Pengendalian Pengajaran dan Pembelajaran... 27 3.2.5 Penilaian... 27 3.2.6 Pengendalian Penilaian... 27 3.2.7 Pengurusan Keputusan... 28 3.2.8 Pengijazahan... 28

MUKA SURAT :1/71 3.2.9 Perolehan geran dan pelaksanaan penyelidikan...28 3.2.10 Inovasi dan pengkomersilan..28 3.2.11 Perundingan..28 3.2.12 Jalinan Komuniti 28 3.2.13 Latihan Industri/Professional. 28 4.0 SISTEM PENGURUSAN KUALITI... 29 4.1 Keperluan Am... 29 4.2 Keperluan Dokumentasi... 31 4.2.1 Am... 31 4.2.1(a) Dasar dan Objektif Kualiti 32 4.2.1(b) 7 4.2.2(a) Manual Kualiti 32 4.2.1(c) & 4.2.2(b) Prosedur Kualiti...32 4.2.1(d) Dokumen Sokongan, Luaran dan Arahan Kerja..33 4.2.3 Kawalan Dokumen... 33 4.2.4 Kawalan Rekod Kualiti... 36 5.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN... 36 5.1 Komitmen Pengurusan Atasan... 36 5.2 Tumpuan Kepada Pelanggan... 37 5.3 Dasar Kualiti... 37 5.4 Perancangan... 38 5.4.1 Objektif Kualiti... 38 5.4.2 Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti... 38 5.5 Tanggungjawab, Bidang Kuasa dan Komunikasi 41 5.5.1 Tanggungjawab dan Bidang Kuasa... 41 5.5.2 Wakil Pengurusan... 41 5.5.3 Komunikasi Dalaman..44 5.6 Kaji Semula Pengurusan... 45 5.6.1 Am... 45 5.6.2 Input Kaji Semula Pengurusan... 46 5.6.3 Hasil Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan... 46

MUKA SURAT :1/71 6.0 PENGURUSAN SUMBER... 47 6.1 Penyediaan Sumber... 47 6.2 Sumber Manusia... 47 6.2.1 Am..47 6.2.2 Kompetensi, Latihan dan Kesedaran...47 6.3 Infrastruktur... 48 6.4 Persekitaran Kerja... 49 7.0 PENGZAHIRAN PRODUK... 50 7.1 Perancangan... 50 7.2 Proses Berkaitan Pelanggan... 51 7.2.1 Penentuan Keperluan Yang Berkaitan Dengan Program... 51 7.2.2 Kaji Semula Keperluan Berkaitan Program... 52 7.2.3 Komunikasi Dengan Pelanggan... 53 7.3 Rekabentuk dan pembangunan Program... 54 7.3.1 Perancangan Rekabentuk dan Pembangunan Program... 54 7.3.2 Input Rekabentuk dan Pembangunan Program... 55 7.3.3 Hasil Rekabentuk dan Pembangunan Kurikulum Program... 55 7.3.4 Semakan ke atas Rekabentuk dan Pembangunan Kurikulum Program 56 7.3.5 Verifikasi ke atas Rekabentuk dan Pembangunan Program... 57 7.3.6 Validasi ke atas Rekabentuk dan Pembangunan Kurikulum Program... 57 7.3.7 Kawalan ke atas Pindaan Rekabentuk dan Pembangunan Kurikulum Program...58 7.4 Perolehan... 58 7.4.1 Pelaksanaan Perolehan... 58 7.4.2 Maklumat Bagi Perolehan... 59 7.4.3 Verifikasi ke atas Bekalan dan Perkhidmatan... 59 7.5 Penyediaan Perkhidmatan Pengajaran Dan Pembelajaran... 60 7.5.1 Kawalan Perkhidmatan Pengajaran & Pembelajaran... 60 7.5.2 Validasi Proses Perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran.. 61 7.5.3 Identifikasi dan Kebolehkesanan... 62 7.5.4 Harta Pelanggan... 63

MUKA SURAT :1/71 7.5.5 Pemeliharaan Produk... 63 7.6 Kawalan Peralatan Bagi Pemantauan Dan Pengukuran... 63 8.0 PENGUKURAN, ANALISA DAN PENAMBAHBAIKAN... 65 8.1 Panduan Am... 65 8.2 Pemantauan dan Pengukuran... 66 8.2.1 Kepuasan Pelanggan 66 8.2.2 Audit Dalaman...66 8.2.3 Pemantauan dan Pengukuran Proses... 67 8.2.4 Pemantauan dan Pengukuran Produk... 67 8.3 Kawalan Produk Yang Tidak Memenuhi Spesifikasi... 68 8.4 Analisa Data... 69 8.5 Penambahbaikan... 69 8.5.1 Penambahbaikan Berterusan... 69 8.5.2 Tindakan Pembetulan... 70 8.5.3 Tindakan Pencegahan... 70

MUKA SURAT : 9/71 1.0 PENGENALAN KEPADA MANUAL KUALITI 1.1 Pendahuluan Manual Kualiti ini adalah berdasarkan keperluan dokumentasi Perkara 4.2.2 ISO 9001: 2008, Code of Practice for Institutional Audit (2008)(COPIA)(Area 9) dan Engineering Accreditation (EAC)(Criterion 5). Manual ini mengandungi Maklumat Organisasi, Dasar Kualiti, Objektif Kualiti dan Prinsip Asas Jaminan Kualiti bagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan untuk membantu Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke arah memenuhi keperluan Standard/Piawaian ISO 9001: 2008, EAC dan COPIA. Manual Kualiti ini disokong oleh 26 Prosedur Kualiti, yang terdiri daripada 9 Prosedur Wajib, 11 Prosedur Akademik dan 6 Prosedur Pengurusan. Manual Kualiti ini juga disokong dengan Arahan Kerja, Carta Aliran Proses dan Dokumen Sokongan yang berkaitan dengannya. Dokumen Sokongan antara lain meliputi: Akta Institut Teknologi MARA 173 dan pindaannya Akta Institusi Pengajian Tinggi (Tatatertib) 1976, Akta 174 Peraturan Akademik (Pindaan 2013) Arahan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Arahan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Pelan Perancangan Strategik Fakulti Buku Panduan Staf Code of Practice for Programme Accreditation (2009)(COPPA) Code of Practice for Institutional Audit (2008)(COPIA) Engineering Accreditation Manual (EAC) 2012 International Engineering Alliance (IEA) Graduate Attributes and Professional Competencies version 3 : 21 June 2013 Quality Assurance & Enhancement Policy (2014) Polisi Penilaian Akademik Pelajar UiTM (2015) Dasar Plagiarisma UiTM (2012) Kod Etika Pensyarah

MUKA SURAT : 10/71 1.2 Tujuan Manual Kualiti ini adalah bertujuan untuk:- a) Menerangkan maklumat am mengenai Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA); yang mana selepas ini dirujuk sebagai FKA. b) Menjelaskan secara ringkas Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)yang berlandaskanpiawaian ISO 9001:2008, COPIA dalam pengajaran dan pembelajaran semua peringkat dan mod pengajian dan EAC bagi program Sarjana Mudayang ditawarkan oleh FKAyang manaselepas ini dirujuk sebagai Program; c) Menjelaskan secara ringkas Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berlandaskan piawaian ISO 9001:2008 dan COPIA dalam penyelidikan, inovasi, pengkormesialan, perundingan dan jalinan komuniti yang dilaksanakan oleh staf dan pelajar FKA yang mana selepas ini dirujuk sebagai Aktiviti Teras ; d) Menggariskan dasar dan prinsip jaminan kualiti bagi setiap aktiviti berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Program, aktiviti penyelidikan, inovasi, pengkomersialan dan jalinan komuniti yang dilaksanakan dalam memenuhi keperluan ISO 9001: 2008; dan e) Menjelaskan proses yang dijalankan serta batasan aplikasi dalam memenuhi keperluan ISO 9001: 2008, COPIA dan EAC. 1.3 Kandungan Manual Manual ini mengandungi lapan (8) bahagian yang meliputi perkara-perkara berikut: Bahagian 1 - Pengenalan Kepada Manual Kualiti Bahagian 2 - Maklumat Organisasi

MUKA SURAT : 11/71 Bahagian 3 - Skop Sistem Pengurusan Kualiti Bahagian 4 - Keperluan Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti Bahagian 5 - Tanggungjawab Pengurusan Bahagian 6 - Pengurusan Sumber Bahagian 7 - Pengzahiran Produk Bahagian 8 - Pengukuran, Analisis dan Penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti 1.4 Penyediaan, Penguatkuasaan dan Capaian Manual Kualiti ini hanya terpakai dan berkuatkuasa setelah diluluskan dan ditandatangani oleh Dekan.Manual Kualiti ini adalah Dokumen Terkawal yang diselia dan diselenggara oleh Pengurus/Pengawal Dokumen.Manual Kualiti ini dikemaskini mengikut arahan pengemaskinian yang dikeluarkan oleh Dekanatau Wakil Pengurusan atau Ketua Unit Pengurusan Kualiti dari masa ke semasa. 1.5 Penyelarasan Pindaan Pengurus/Pengawal Dokumen bertanggungjawab untuk menyelaraskan pindaan ke atas manual ini seperti mana keperluan Seksyen 4.2.3. Mana-mana bahagian daripada dokumen ini tidak boleh dikeluarkan atau dipinda tanpa kebenaran pihak yang meluluskan dokumen ini. 2.0 MAKLUMAT ORGANISASI 2.1 Sejarah dan Latarbelakang Jabatan Kejuruteraan Awam, Kajian Kejuruteraan telah ditubuhkan pada tahun 1967 dan bertempat di Jalan Othman, Petaling Jaya. Fungsi penubuhan ialah untuk memberi pendidikan dan latihan profesional dan separa profesional kepada pelajar Bumiputera dalam bidang Kejuruteraan Awam. Sehingga hari ini, Jabatan telah banyak berubah. Sejarah jabatan bermula dengan pengambilan 12 pelajar kumpulan pertama pada bulan Julai 1968 untuk mengikuti kursus A-Level.

MUKA SURAT : 12/71 Pada tahun 1970, Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengambil pelajar kumpulan pertama mengikuti kursus Diploma Lanjutan Kejuruteraan Awam. Pada masa itu, latihan makmal dilakukan di Universiti Malaya sementara pengajar pula adalah terdiri daripada pensyarah dari universiti yang sama dan juga dari Australian Volunteers, pensyarah kontrak dari United Kingdom, Amerika, India dan beberapa negara lain. Pada tahun 1973, Kajian Kejuruteraan telah berpindah ke Shah Alam dengan peralatan makmalnya dibiayai oleh pihak Kerajaan British. Pada bulan Julai 1974, Jabatan mula mengelolakan kursus Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Lanjutan Kejuruteraan Awam yang dijalankan serentak dalam bentuk sistem dua peringkat (Two-Tier System). Peringkat pertama mengandungi 6 semester yang memakan masa selama 3 tahun di mana para lulusan dianugerahkan dengan Diploma Kejuruteraan Awam. Peringkat kedua pula mengandungi lima (5) semester, iaitu tambahan selama 2½ tahun pengajian. Di akhir peringkat ini, para lulusan dianugerahkan dengan Diploma Lanjutan Kejuruteraan Awam yang telah diiktiraf oleh kerajaan sebagai setaraf dengan Program Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan Awam. Pengiktirafan ini dibuat pada bulan Disember 1974. Diploma Lanjutan juga telah diiktiraf oleh Institusi Jurutera Malaysia (IEM) di mana pemegangnya boleh menjadi Graduate Member institusi tersebut. Dalam tahun itu juga, sistem Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) diperkenalkan di Jabatan. Dengan penyusunan semula struktur ITM, Kajian Kejuruteraan telah dipisahkan kepada tiga fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal pada 1 Ogos 1996. Apabila UiTM dinaiktaraf kepada universiti pada Ogos 1999, halatuju Fakulti Kejuruteraan Awam berubah selari dengan status UiTM sebagai sebuah universiti. Perancangan Strategik Transformasi Fakulti Kejuruteraan Awam ke arah Fakulti yang unggul disediakan dengan memberi tumpuan kepada

MUKA SURAT : 13/71 mewujudkan niche, memperkenalkan konsep mesra pelajar, kecemerlangan penyelidikan dan perundingan serta menekankan tahap pengurusan yang efisyen dan berdikari. Manakala itu, Institut Pengajian Siswazah (IPSiS), Universiti Teknologi MARA telah ditubuhkan pada bulan April 1997, dengan tujuan untuk mengukuhkan program siswazah Universiti. Objektifnya adalah seperti berikut: i. Memberi peluang kepada siswazah yang berminat untuk melanjutkan pelajaran mereka di tahap Sarjana dan Doktor Falsafah. ii. iii. iv. Beroperasi sebagai pusat induk pendidikan siswazah di peringkat universiti Bertanggungjawab bagi pelaksanaan, pengurusan dan pentadbiran keseluruhan pengajian siswazah Menyelaras dan merangka dasar kemasukkan dan peraturan akademik v. Menyediakan sokongan untuk memudahkan penyelidikan dan pembelajaran Dua (2) program pascasiswazah secara penyelidikan dan empat (4) Program Sarjana secara kerjakursus telah diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada 22 Julai 2005 dan ditawarkan bermula pada sesi kemasukan Julai 2005. Lanjutan itu, Rangka Rancangan Jangka Panjang (2001 2010) juga dirangka mengikut Dasar Pembangunan Nasional (DPN:1991 2010) yang berteraskan pembangunan seimbang di mana DPN menumpukan ke arah penyertaan Bumiputera dalam pelbagai bidang pada kadar yang lebih seimbang serta meningkatkan kualiti penyertaannya. Oleh itu, Pelan Perancangan Strategik Fakulti Kejuruteraan Awam 2006-2010 merangka mekanisma untuk meningkatkan kadar penyertaan Bumiputera dalam bidang Kejuruteraan Awam agar nisbah graduan jurutera Bumiputera yang berilmu, cekap dan berdayasaing akan dihasilkan bagi mengimbangi keperluan Negara. Enrolmen pelajar untuk program pascasiswazah secara kursus, penyelidikan bermula dari tahun 2008. Tahun 2015, UiTM telah memperkenalkan program

MUKA SURAT : 14/71 Transformasi dimana FKA beroperasi berdasarkan Kerangka RMKe-11 UiTM (2016-2020) yang telah menetapkan hala strategik ke arah Universiti Keushawanan Berintensifkan penyelidikan, berlandaskan graduan dinamik, pendidikan tinggi berkualiti dan aksebiliti kearah Universiti Tersohor. UiTM telah menetapkan lapan (8) Key Perfomance Index (KPI)nya yang akan dipenuhi oleh FKA iaitu : a. KPI 1 : Peratus siswazah UiTM yang telah mendapat pekerjaan semasa konvokesyen. b. KPI 2 : Peratus siswazah UiTM yang telah bekerja sendiri semasa konvokesysen. c. KPI 3 : Peratus pelajar bergraduat dalam tempoh Sarjana Muda dan Diploma Sarjana PhD d. KPI 4 : Indeks Pendidikan Tinggi berkualiti (i-uitm) e. KPI 5 : Skor myra bagi fakulti di UiTM Selangor Jumlah penerbitan dalam jurnal berindeks per pensyarah Bilangan sitasi per pensyarah secara kumulatif dalam tempoh 5 tahun kebelakang Enrolmen pelajar antarabangsa peringkat pascasiswazah f. KPI 6 : Peratus belanja mengurus yang dibiayai oleh pendapatan dalaman yang dijana universiti. g. KPI 7 : Enrolmen pelajar Sepenuh Masa Separuh Masa h. KPI 8 : Kadar keciciran pelajar

MUKA SURAT : 15/71 2.2 Visi Visi FKA adalah Menjadikan Fakulti Kejuruteraan Awam sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika. 2.3 Misi Misi FKA adalah Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam Kejuruteraan Awam bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan. 2.4 Dasar Kualiti Dasar kualiti yang digunapakai FKA adalah seperti berikut: Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) komited untuk menyediakan program Diploma, Program Sarjana Muda, Sarjana & Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Awam yang berkualiti yang memenuhi keperluan EAC dan COPIA bagi menghasilkan graduan yang bertaraf antarabangsa dan sentiasa memenuhi keperluan pelanggan. FKA akan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti yang cekap, berkesan dan sentiasa melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dalam menghasilkan graduan berciri holistik, pensyarah berkualiti tinggi menghasilkan penyelidikan yang boleh dikomersilkan, penerbitan berimpak, khidmat perundingan dan jalinan komuniti kearah menjadi sebuah organisasi unggul. Pihak pengurusan atasan FKA mewujudkan Dasar Kualiti yang:

MUKA SURAT : 16/71 a) Bersesuaian dengan hala tuju dan matlamat FKA dan bersesuaian dengan objektif kualiti FKA. b) Merangkumi komitmen untuk mematuhi dan memenuhi keperluan EAC, COPIA, pelanggan dan meningkatkan prestasi pengurusan kualiti, sistem akademik, penyelidikan, inovasi, jalinan komuniti dan masyarakat dari semasa ke semasa. c) Dikawal, disemak dan dikaji semula (sekiranya perlu) bagi jaminan kualiti yang berterusan bagi perkhidmatan yang disediakan. d) Menjadi asas dalam mewujudkan dan mengkaji semula Objektif Kualiti. 2.5 Objektif Kualiti Objektif kualiti FKA adalah seperti berikut; Objektif Kualiti 1: Mencapai kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan: i. Memastikan sekurang-kurangnya 89% pelajar sepenuh masa sarjana muda bergraduat dalam tempoh menjelang tahun 2020. ii. Memastikan kadar kebolehpasaran siswazah sarjana muda melebihi 80%. iii. Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar sepenuh masa sarjana kerja kursus dan 20% sarjana penyelidikan bergraduat dalam tempoh menjelang 2020. iv. Memastikan sekurang-kurangnya 60 graduan PhD dan sarjana penyelidikan menjelang 2020.

MUKA SURAT : 17/71 Objektif Kualiti 2: Memastikan kriteria pengiktirafan program dipenuhi dengan: i. Memastikan 100% bilangan tenaga pengajar berelayakan PhD atau Profesional menjelang tahun 2020. ii. Memastikan semua kurikulum program sarjana muda disemak sekurang-kurangnya setiap 5 tahun. Objektif Kualiti 3: Mencapai enrolmen menjelang 2020. 7,000 pelajar (sepenuh masa dan separuh masa) Objektif Kualiti 4: Meningkatkan kesarjanaan dan kepakaran dengan:- i. Memastikan 100% pensyarah terlibat dalam penyelidikan/perundingan menjelang tahun 2020. ii. Memastikan geran penyelidikan mencapai RM 10 juta menjelang tahun 2020. iii. Memastikan 30% staf akademik memperolehi kelayakan professional menjelang tahun 2020. iv. Memastikan lima (5) orang staf akademik telah menjalani sangkutan industri pada tahun 2020. v. Memastikan dua (2) aktiviti jalinan komuniti yang berimpak setiap tahun. Objektif Kualiti 5: Memastikan kecemerlangan dalam pemindahan pengetahuan dan pengkomersilan hasil penyelidikan dengan:- i. Memastikan bilangan penerbitan jurnal berimpak faktor mencapai 1500 menjelang tahun 2020.

MUKA SURAT : 18/71 ii. Memastikan pengkomersilan sekurang-kurangnya satu 91) produk hasil penyelidikan menjelang tahun 2020. 2.6 Keberhasilan Program (Programme Outcomes) Keberhasilan program pendidikan (Programme Educational Outcomes (PEO) dan keberhasilan program (Programme Outcomes (PO)) bagi dua tahap program FKA adalah seperti berikut : 2.6.1 Program Sarjana Muda Keberhasilan program pendidikan (Programme Educational Outcomes (PEO)) mengikut piawaian EAC dan COPIA bagi program Sarjana Muda adalah graduan yang dikeluarkan oleh FKA memiliki cirri seperti berikut : PEO 1 PEO 2 PEO 3 Demonstrate a high level of competency in their engineering practices within the global boundaries. Practice the engineering profession based on sound principles and ethics with consideration of sustainability. Demonstrate communication and leadership skills thus (while) recognising the need for life-long learning for successful career development. Manakala keberhasilan program (PO) adalah seperti berikut : PO1 Apply knowledge ofmathematics, natural science, engineering fundamentals and an engineering specialization as specified in WK1 to WK4 respectively to the solution of complex engineering problems. PO2 Identify, formulate, research literature and analyse complex civil engineering problems reaching substantiated conclusions using first principles of mathematics, natural sciences and engineering sciences. PO3 Design solutions for complex civil engineering problems and design systems, components or processes that meet specified needs with appropriate with consideration for public health and safety, cultural, societal PO4 Conduct investigations of complex problems using researchbased knowledge (WK8) and research methods including design of experiments, analysis and interpretation of data, and synthesis of information to provide valid conclusions.

MUKA SURAT : 19/71 PO5 Create, select and apply appropriate techniques,resources,and modern engineering and It tools, including prediction and modelling, to complex civil engineering problems,with an understanding (WK6). PO6 Apply reasoning informed by contextual knowledge to assess societal,health, safety, legal and cultural issues and the consequent responsibilities relevant to professional engineering practice and solutions to complex engineering problems (WK7). PO7 Understand and evaluate the sustainability and impact of professional engineering work in the solution of complex engineering problems in societal and environmental contexts (WK7). PO8 Apply ethical principles and commit to professional ethics and responsibilities and norms of engineering practice (WK7). PO9 Function effectively as an individual, and as a member or leader in diverse teams and in multi-disciplinary settings. PO10 Communicate effectively on complex engineering activities with the engineering community andwith society at large,such as beingable to comprehend and write effective reports and design documentation, make effective presentation, and give and receive clear instructions. PO11 Demonstrate knowledge and understanding of engineering management principles andeconomic decision-making and apply these to one s own work,as a member andleader ina team, to manage projects and in multidisciplinary environments. PO12 Recognise the need for,and havethe preparation and ability to engage in independent and life-long learning in the broadest context of technological change. 2.6.2 Program Pascasiswazah Jadual di bawah menunjukkan satu contoh keberhasilan program pendidikan (PEO) dan PO bagi satu bidang program pascasiswazah secara kerja kursus FKA. PEO1 PEO2 PEOs Capable highway engineers who can push the frontiers by applying the advanced principles of science and engineering. Capable highway engineers with leadership and innovative abilities.

MUKA SURAT : 20/71 PEO3 Capable highway engineers who can accomplish outstanding achievements through a cohesive team of industry players and organisations. POs PO1 Enhanced ability to apply advanced knowledge of mathematics, sciences, engineering and technology. PO2 PO3 PO4 PO5 PO6 PO7 PO8 PO9 Enhanced ability to solve highway engineering problem through independent research. Enhanced ability to think critically and evaluate problems scientifically. Enhanced ability to communicate effectively in highway engineering solutions to multi disciplinary teams. Enhanced ability to solve complex highway engineering problems through team work. Enhanced ability to make ethically informed decision with limited resources, considering impact on society, environment and economy. Enhanced ability to effectively manage information and engage in life-long learning. Enhanced ability to apply managerial and entrepreneurial skills in highway engineering projects. Enhanced ability to establish a leadership role through a high degree of autonomy with innovation. 2.7 Carta Organisasi FKA Fakulti Kejuruteraan Awam diterajui oleh Dekan dan dibantu oleh tiga (3) Timbalan Dekan iaitu Timbalan Dekan Akademik, Timbalan Dekan Penyelidikan & Jaringan Industri dan Alumni, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar. Lima (5) orang Ketua Pusat Pengajian (KPP), lima (5) orang Koordinator Program (KP), seorang (1) Ketua Unit Pengurusan Kualiti, seorang (1) Timbalan Pendaftar dan dua (2) orang Penolong Pendaftar. Carta Organisasi adalah seperti di Lampiran 1.[S1]

MUKA SURAT : 21/71 Fakulti Kejuruteraan Awam Shah Alam menawarkan sepuluh (10) program di pelbagai peringkat iaitu: (i) EC220 Sarjana Muda Kejuruteran (Kepujian) Awam (B. Eng) (ii) EC701 Sarjana Kejuruteraan Awam (MSc. ) (Struktur) (iii) EC702 Sarjana Kejuruteraan Awam (MSc. ) (Geoteknik) (iv) EC703 Sarjana Kejuruteraan Awam (MSc. ) (Sumber Air) (v) EC704 Sarjana Kejuruteraan Awam (MSc.) (Kejuruteraan Alam Sekitar) (vi) EC705 Sarjana Kejuruteraan Awam (MSc. ) (Pembinaan) (vii) EC706 Sarjana Kejuruteraan Awam (MSc.) (Lebuhraya) (viii) EC708 Sarjana Kejururteraan Awam (MSc.) (Gempa Bumi) (ix) EC750 Sarjana Kejuruteran Awam (MSc.) (x) EC950 Doktor Falsafah Kejuruteran Awam (Ph.D) 2.8 Definisi Pelanggan boleh dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu:- a) Pelanggan Pelanggan boleh dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu : i) Pelanggan misi Ibubapa/Penjaga, Penaja Pelajar, Kementerian Pendidikan Tinggi, Lembaga Pengarah Universiti, UiTM dan Industri. ii) Pelanggan proses a. Pengajaran & pembelajaran: Pelajar yang mengikuti Program di fakulti, pensyarah, pentadbir akademik dan professional dan staf sokongan;

MUKA SURAT : 22/71 b. Penyelidikan, perundingan & pengkomersilan: Pensyarah, penyelidik, pegawai penyelidik dan pembantu penyelidik, pentadbir akademik dan profesional, dan staf sokongan; c. Jaringan industry & masyarakat: staf (akademik dan bukan akademik) dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti jaringan industri, masyarakat dan alumni, pentadbir akademik dan profesional, staf sokongan. Pensyarah ialah staf yang memberi perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran, penyelidik, pentadbir akademik, dan pensyarah profesional. Pentadbir akademik ialah staf akademik yang memegang jawatan pentadbiran di universiti di samping melaksanakan tugas hakiki sebagai pensyarah. iii) Pelanggan dalaman Staf yang berkhidmat di fakulti/cawangan/pusat. iv) Pelanggan luar Universiti, Industri, Agensi Kerajaan, masyarakat (komuniti termasuk alumni) dan lain-lain. b) Produk i) Pengajaran dan Pembelajaran Produk akhir dari proses perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran ini adalah graduan, iaitu pelajar yang tamat program. Produk sampingan yang lain termasuklah pelan pengajian, fail kursus dan bahan pengajaran, kertas soalan peperiksaan yang disediakan, tesis penyelidikan, serta hasil dari setiap proses pengajaran dan

MUKA SURAT : 23/71 pembelajaran (termasuk laporan CDL/CQI, SuFO, PROPENS, laporan audit, penilaian kendiri, laporan pemeriksa luar dan keputusan peperiksan). ii) Penyelidikan, pengkomersilan danperundingan Produk akhir dari proses penyelidikan ialah hasil penyelidikan dan pensyarah yang berkepakaran di dalam bidang tujahan (niche) masing-masing. Produk sampingan penyelidikan ialah bakat (graduan pascasiswazah, pembantu penyelidik pascasiswazah dan bukan siswazah), penulisan dan penerbitan serta pengkomersilan produk/teknologi, hasil royalti, pelesenan harta intelek seperti hak cipta, paten, rekabentuk industri serta syarikat spin-off juga turut terhasil. Produk akhir dari proses perundingan ialah perkhidmatan yang diberi, masalah yang diselesaikan serta penjanaan pendapatan dari industri. Produk sampingan perundingan ialah peningkatan kepakaran pensyarah, pengiktirafan kepakaran pensyarah oleh industri dan peningkatan reputasi dan kredibiliti universiti. iii) Jaringan industri dan masyarakat (komuniti) Produk akhir dari proses jaringan industri, masyarakat (komuniti) dan alumni ialah pelajar/pensyarah yang tamat menjalani latihan industri, sukarelawan, aktiviti kesukarelawanan, laporan latihan praktik/industri, laporan aktiviti bersama industri, laporan aktiviti kemasyarakatan, MOU/MOA, tajaan, endowment, dan masalah yang diselesaikan. Produk sampingan ialah jalinan dan hubungan baik dan kerjasama antara UiTM dengan pihak industri, masyarakat dan alumni.

MUKA SURAT : 24/71 c) Program Program Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran yang dijalankan di FKA secara sepenuh/separuh masa. d) Staf FKA Staf FKA terdiri daripada staf akademik, staf pentadbiran, pegawai penyelidik, penolong pegawai penyelidik, penolong pegawai ICT, pembantu penyelidik dan penolong jurutera. e) Pengurusan Atasan Pengurusan atasan terdiri daripada Dekan, Timbalan-timbalan Dekan dan Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar. f) Wakil Pengurusan Wakil Pengurusan adalah salah seorang dari staf Pengurusan Atasan Fakulti yang dilantik oleh Dekan untuk memastikan proses pembangunan, pelaksanaan, dan penyelenggaraan Sistem Pengurusan Kualiti FKA selaras dengan keperluan ISO 9001: 2008, COPIA dan EAC. Wakil Pengurusan Fakulti adalah Timbalan Dekan (Akademik). g) Ketua Unit Kualiti Staf yang dilantik oleh Dekan bagi merancang dan memantau pelaksanaan aktiviti dan inisiatif penambahbaikan kualiti yang menyokong dan memantapkan Sistem Pengurusan Kualiti di FKA sepertimana yang dinyatakan dalam Dasar Jaminan & Pengukuhan Kualiti. h) Pengawal Dokumen Pengawal Dokumen adalah terdiri dari Penolong Pendaftar Akademik/Pentadbiran sepertimana yang dinyatakan dalam Dasar Jaminan & Pengukuhan Kualiti UiTM yang bertanggungjawab untuk menyelia dan menyelenggara dokumen kualiti SPK FKA.

MUKA SURAT : 25/71 2.9 Singkatan UiTM - Universiti Teknologi MARA FKA - Fakulti Kejuruteraan Awam MQA - Malaysian Qualifications Agency COPIA - Code of Practice for Institutional Audit COPPA - Code of Practice for Programme Accreditation EAC - Engineering Accreditation Council (EAC) CSPI - Centre for Strategic Planning ICRESS - Integrated Course Registration & Scheduling System OBE - Outcome-based Education KPM - Kementerian Pengajian Tinggi MQF - Malaysian Qualifications Framework WP - Wakil Pengurusan SPK - Sistem Pengurusan Kualiti JAF - Jawatankuasa Akademik Fakulti JAN - Jawatankuasa Akademik Negeri MKSP - Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan LPU - Lembaga Pengarah Universiti KUPK - Ketua Unit Pengurusan Kualiti UCTC - Pusat Transformasi Komuniti Universiti, UiTM IRMI - Instituteof Research management and Innovation RMC - Research Management centre RIBU - Research Innovation Business Unit 3.0 SKOP SISTEM PENGURUSAN KUALITI 3.1 Skop Pelaksanaan Skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti FKA adalah meliputi penyediaan perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran bagi program Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran di FKA, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam, Kampus Selangor.

MUKA SURAT : 26/71 Skop perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti FKA juga merangkumi aktiviti penyelidikan, inovasi, pengkomersilan dan jalinan komuniti yang dilaksanakan oleh staf dan pelajar FKA 3.2 Aktiviti Teras Proses Terdapat aktiviti teras bagi proses pengajaran dan pembelajaran di FKA. Aktiviti teras adalah seperti berikut; i) Proses pengajaran dan pembelajaran di FKA adalah berdasarkan sistem Outcome-based Education atau OBE seperti yang ditetapkan oleh EAC dan MQA; ii) Proses permohonan geran dan melaksanakan kerja penyelidikan; iii) Proses melaksanakan aktiviti berkaitan inovasi dan pengkomersialan; dan iv) Proses melaksanakan aktiviti berkaitan jalinan komuniti (community engagement) 3.2.1 Rekabentuk dan Semakan Program Rekabentuk program baru dan sediaada adalah proses pembangunan berasaskan panduan dan ketetapan KPT, MQA, Badan Profesional, iaitu EAC dan UiTM. FKA mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan rekabentukdan pembangunan kurikulum program baru serta semakan semula bagi program sediaada, verifikasi dan validasi setiap rekabentuk dan peringkat pembangunan program yang bersesuaian 3.2.2 Pendaftaran Program Pendaftaran program adalah proses pendaftaran kemasukan pelajar ke program akademik fakulti. Selepas mendaftar, pelajar dikehendaki mengikuti taklimat untuk diberi peneranganmengenai peraturan serta keperluan program akademik dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

MUKA SURAT : 27/71 3.2.3 Pendaftaran Kursus Pendaftaran kursus ialah proses pendaftaran kursus oleh pelajar mengikut Pelan Pengajian program yang ditetapkan oleh Senat pada semester berkenaan secara atas talian (on-line). Penentuan kursus yang akan ditawarkan disediakan sebelum semester bermula. Ini adalah untuk merancang penjadualan aktiviti akademik dan keperluan fasiliti pembelajaran dan pengajaran berdasarkan kepada bilangan pelajar berdaftar. 3.2.4 Pengendalian Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran topik-topik dibuat berpandukan kepada Maklumat Kursus (Course Information) dan Skima Kerja (Scheme of Work). Kelas dijadualkan menggunakan sistem ICRESS sebelum semester bermula dan kawalan dari segi penyelarasan dilakukan melalui sistem pelantikan Pakar Rujuk (Resource Person) bagi setiap kod kursus. 3.2.5 Penilaian Bagi program Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana secara kerja kursus, penilaian dilakukan berdasarkan kerja kursus, latihan praktik, projek dan peperiksaan akhir semester. Manakakala untuk program Ijazah Sarjana penyelidikan dan program Ijazah Kedoktoran, pelajar dinilai melalui beberapa siri penilaian oleh penilai dalaman FKA yang dilantik oleh Dekan. Penilaian akhir tesis dibuat secara lisan viva voce oleh Pemeriksa Dalam juga Pemeriksa Luar. Penilaiandilakukan secara berkala tetapi berterusan menurut kaedah yang ditentukan oleh fakulti tertakluk kepada kelulusan Senat. 3.2.6 Pengendalian Penilaian Hasil pembelajaran pelajar (Student s Learning Outcomes) dinilai mengikut kriteria yang ditetapkan dan direkod serta disahkan. Pemantauan dilaksanakan untuk mendokumen dan melaporkan status kemajuan pelajar untuk tujuan penganugerahan ijazah.

MUKA SURAT : 28/71 3.2.7 Pengurusan Keputusan Proses ini melibatkan pemarkahan, penggredan, pengumpulan dan pembetulan keputusan. Hebahan markah kepada pelajar dibuatsetelah kelulusan Senat diperolehi. 3.2.8 Pengijazahan Semua pelajar yang telah memenuhi syarat penganugerahan akan dianugerahkanijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran setelah diperakukan oleh Senat. 3.2.9 Perolehan geran dan pelaksanaan penyelidikan Rujuk pada garis panduan Research Management Centre (RMC) (rmc.uitm.edu.my). 3.2.10 Inovasi dan pengkomersilan Rujuk pada garis panduan Research Innovation Business Unit (RIBU) (ribu.uitm.edu.my). 3.2.11 Perundingan Rujuk pada garis panduan RMC (rmiconsultancy.uitm.edu.my). 3.2.12 Jalinan Komuniti Rujuk pada garis panduan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) (uctc.uitm.edu.my). 3.2.13 Latihan Industri/Professional Rujuk pada garispanduan Pengurusan Skim Latihan Industri/Profesional Untuk Industri dan Pensyarah FKA yang akan menjalani Latihan Industri yang telah diluluskan di Mesyuarat Pengurusan bertarikh 3 Mac 2016. Sila Rujuk Prosedur Pengendalian dan Latihan Industri (SPK.UiTM.FKA.(A)06) bagi penempatan pelajar menjalani Latihan Industri.

MUKA SURAT : 29/71 4.0 SISTEM PENGURUSAN KUALITI 4.1 Keperluan Am Sistem Pengurusan Kualiti FKA diwujudkan bagi memastikan satu Sistem Pengurusan Kualiti dapat dibentuk, didokumen, dilaksana dan diselenggara dengan cekap dan berkesan yang juga merangkumipenambahbaikan berterusan yang berkesan selaras dengan kehendak pelanggan dan keperluan piawaian ISO 9001:2008, COPIA dan EAC. Pengurusan Atasan FKA akan:- a. Mengenalpasti proses yang diperlukan dalam Sistem Pengurusan Kualiti dan perlaksanaannya di fakulti; b. Menentukan turutan dan hubungkait di antara proses; d. Menentukan kriteria dan kaedah yang diperlukan bagi menilai operasi dan kawalan yang berkesan ke atas proses; e. Memastikan terdapat sumber dan maklumat yang diperlukan bagi menyokong operasi dan pemantauan proses termasuk proses khidmat luar (outsourced); e. Memantau, mengukur (di mana perlu) dan menganalisa proses;dan f. Melaksanakan tindakan-tindakan yang perlu untuk mencapai keputusan yang telah dirancang dan penambahbaikan berterusan ke atas proses. Proses-proses yang diperlukan dalam Sistem Pengurusan Kualiti telah dikenalpasti mengikut turutan dan hubungkait di antara mereka seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 1. menunjukkan pelan pengzahiran produk FKA.

MUKA SURAT : 30/71 Penambahbaikan Berterusan Sistem Pengurusan Kualiti K E P E R L U A N P E L A N G G A N Input Pengurusan Sumber Pengurusan Latihan & Kompetensi Perolehan Khidmat & Bahan Pengurusan Storan Penyelenggaraan Ruang Tanggungjawab Pengurusan Kaji Semula Pengurusan Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan Kawalan Dokumen Kawalan Rekod Penzahiran Produk Rekabentuk & Semakan Program Pendaftaran Pelajar Pendaftaran Kursus Pengendalian Program Pengurusan Peperiksaan Pengurusan Keputusan Pengijazahan Pengukuran, Analisa dan Penambahbaikan Audit Dalaman Produk tidak Memenuhi Spesifikasi Maklumbalas & Kepuasan Pelanggan Output K E P U A S A N P E L A N G G A N Penyelidikan Inovasi Pengkomersilan Perundingan Jalinan komuniti Produk Rajah 1a : Hubungkait dan Turutan Proses-proses SPK FKA Lampiran 2 menunjukkan perincian Pengzahiran Produk FKA.

MUKA SURAT : 31/71 4.2 Keperluan Dokumentasi Dokumentasi proses pengurusan dan operasi sistem kualiti yang merangkumi penyediaan dan pengendalian pengajaran dan pembelajaran program yang ditawarkan di FKA adalah perlu bagi mengenalpasti, memahami dan memenuhi kehendak pelanggan. 4.2.1 Am Sistem dokumentasi merangkumi penyataan Dasar Kualiti, Objektif Kualiti, prosedur-prosedur dan rekod-rekod yang ditetapkan oleh piawaian ISO 9001:2008.Ianya bertujuan untuk memastikan perancangan, operasi dan kawalan proses adalah berkesan. Struktur Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti FKA adalah berasaskan kepada Rajah 2 di bawah: TANGGUNGJAWAB Dekan, Timbalan Dekan, Timbalan Pendaftar, Wakil Pengurusan Ketua Pusat Pengajian, Koordinator Kursus, Koordinator, Penyelaras, Staf Akademik Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar, Ketua Pusat Pengajian, Koordinator Kursus, Penyelaras, Pegawai Eksekutif Pensyarah, Pembantu Tadbir Manual Kualiti (Dasar, Objektif) Prosedur Kualiti (Pengurusan & Operasi) Dokumen Sokongan Arahan Kerja,Carta Aliran Senarai Semak, Dokumen Luar Rekod Kualiti Borang PENERANGAN Dasar,Objektif dan Manifesto Perancangan Sistem Kualiti Dokumen berkaitan Aktiviti Operasi dan Pengurusan Dokumen Terperinci mengenai Tugasan Rekod/Dokumen yang menjadi sokongan kepada Sistem Kualiti Rajah 2 :Struktur Dokumentasi ISO 9001:2008 FKA

MUKA SURAT : 32/71 4.2.1(a) Dasar dan Objektif Kualiti Dasar dan Objektif Kualiti FKA adalah berlandaskan Dasar dan Objektif Kualiti UiTM. Sila rujuk Seksyen 2.4 dan 2.5 untuk Dasar dan Objektif Kualiti FKA. 4.2.1(b) & 4.2.2(a) Manual Kualiti Manual Kualiti adalah dokumen utama yang menjelaskan dasar dan perancangan bagi penyediaan, pengendalian perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran Program dan Aktiviti Teras, di FKA. Manual ini merupakan sumber rujukan utama bagi Sistem Pengurusan Kualiti FKA menurut ketetapan piawaian ISO 9001: 2008.Manual Kualiti FKA akan meliputi: a) Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti b) Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti c) Rujukan kepada prosedur dan lain-lain dokumen sokongan d) Huraian pertalian antara proses dalam Sistem Pengurusan Kualiti. (rujuk Seksyen 2.4 & 2.5) *Nota : Dimasukkan dalam Seksyen 2.4 & 2.5 supaya selari dengan misi dan visi) 4.2.1(c) & 4.2.2(b) Prosedur Kualiti Prosedur Kualiti adalah dokumen yang menyatakan segala aktiviti pengurusan dan operasi FKA. Pengurusan Atasan FKA bertanggungjawab untuk menyedia dan melaksanakan prosedur ini secara konsisten dan mengikut piawaian ISO 9001: 2008. Sehubungan dengan itu, FKA mewujudkan 26 Prosedur Kualiti, yang terdiri daripada 9 Prosedur Wajib, 11 Prosedur Akademik dan 6 Prosedur Pengurusan (sila rujuk Senarai Dokumen Induk Kualiti FKA).

MUKA SURAT : 33/71 4.2.1(d) Dokumen Sokongan, Luaran dan Arahan Kerja Dokumen Sokongan dan Luaran adalah dokumen yang dijadikan bahan rujukan bagi pelaksanaan sesuatu proses. Ia disimpan dan diselenggarakan oleh FKA sebagai rujukan dan sokongan kepada Sistem Pengurusan Kualiti. Manakala Arahan Kerja pula adalah dokumen yang menjelaskan proses kualiti khusus secara terperinci dan diwujudkan mengikut keperluan aktiviti yang menyokong sesuatu Prosedur Kualiti. Dokumen Sokongan: 1. Visi & Misi UiTM 2. Visi & Misi FKA 3. Engineering Accreditation Council (EAC) Manual 4. Malaysian Qualifications Framework (MQF) 5. Code of Practice for Institutional Audit (COPIA) 6. Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) 4.2.3 Kawalan Dokumen 4.2.3.1 Kawalan Ke Atas Dokumen a) Dokumen Kualiti yang perlu dikawal ialah Manual Kualiti, Prosedur Kualiti, Arahan Kerja, Pelan Kualiti dan Dokumen Sokongan meliputi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan serta garispanduan berkaitan. Dokumen ini perlu mendapat kelulusan sebelum diedarkan mengikut keperluan ISO 9001:2008. b) Satu Senarai Induk yang mengandungi semua dokumen yang digunakan dalam Sistem Kualiti ini hendaklah disediakan. Senarai berkenaan hendaklah dikemaskinidari masa ke semasa apabila berlaku sesuatu perubahan atau pindaan.

MUKA SURAT : 34/71 c) Semua dokumen akan diberikan kod rujukan identifikasi nombor keluaran dan pindaan terkini serta menunjukkan tarikh keluaran untuk memastikan salinan dokumen adalah jelas dan mudah dikenalpasti. Pemegang Dokumen dan nombor salinan dokumen dikenal pasti melalui Senarai Pemegang Dokumen Dokumen Kualiti. d) Manual dan Prosedur Kualiti asal yang diluluskan akan ditandakan di kulit luar sebagai DOKUMEN INDUK. Salinan Dokumen Induk tidak akan membawa perkataan DOKUMEN INDUK. Salinanyang diedarkan kepada Pemegang/Pengawal Dokumen akan ditanda SALINAN DOKUMEN SPK. e) Pemegang/Pengawal Dokumen bertanggungjawab memastikan Dokumen Kualiti yang dirujuk dalam Sistem Kualiti ini diselenggara dengan baik dan terkini serta ditempatkan di lokasi yang selamat dan mudah dikesan. f) Penyataan Visi, Misi FKA serta Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti, Senarai Dokumen Induk Kualiti dan Manual Kualiti boleh dicapai melalui laman web FKA, http://www.fka.uitm.edu.my. (g) Semua salinan cetak yang dimuat turun dari laman ini adalah dianggap sebagai Salinan Dokumen Tidak Terkawal. 4.2.3.2 Pindaan Dokumen a) Setiap staf FKA boleh memberikan cadangan pindaan kepada dokumen yang dikawal. Cadangan pindaan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Unit atau Wakil Pengurusan melalui lisan, emel atau surat. b) Sebarang pindaan dokumen mestilah mendapat kelulusan daripada Dekan atau Wakil Pengurusan terlebih dahulu.

MUKA SURAT : 35/71 c) Semua pindaan yang dibuat hendaklah dicatat dalam Rekod Pindaan dan Salinan Induk dokumen berkenaan dikemas kini sepenuhnya. Pindaan dokumen dibuat dengan menggantikan muka surat yang terlibat. Nombor pindaan dan nombor keluaran dikemaskini dan tarikh kuatkuasa yang baru diberikan. Pindaan yang melebihi 50% dari keseluruhan Dokumen akan diganti seluruhnya dengan nombor keluaran terbaru diberikan dan tarikh kuatkuasanya dimaklumkan. Pengurusan Atasan FKA boleh menggunakan budibicara untuk menyediakan dokumen baru walaupun kandungan pindaan tidak mencapai 50%. d) Pemegang/Pengawal Dokumen bertanggungjawab mengemaskini dan memasukkan semua pindaan berkaitan dan mengeluarkan dokumen yang dibatalkan serta melupuskannya mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Pengurusan Atasan FKA. e) Jika keseluruhan Dokumen Terkawal dipinda, dokumen asal perlu dikembalikan kepada Pengawal Dokumen FKA dan digantikan dengan Dokumen Terkawal yang terkini. f) Satu salinan Dokumen Terkawal asal yang tidak dipinda perlu disimpan dan ditanda DIBATALKAN. Senarai pindaan yang berkaitan juga perlu dikemas kini. g) Jika dokumen sokongan yang diperolehi dari luar melibatkan perancangan, operasi dan sistem pengurusan kualiti FKA, dokumen itu hendaklah di kenalpasti, dan edarannya terkawal.

MUKA SURAT : 36/71 4.2.4 Kawalan Rekod Kualiti FKA akan menyedia dan menyelenggara Prosedur Kawalan Rekod sebagai bukti nyata pematuhan kepada syarat-syarat dan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti. Satu Senarai Induk Rekod disediakan untuk mempermudah pengesanan dan penyelenggaraan rekod FKA. Satu sistem kod rujukan akan ditentukan menurut kategori rekod. Semua Rekod Kualiti disimpan dengan selamat supaya mudah dikenalpasti dan dirujuk. Jika disimpan secara elektronik, satu sistem sokongan (back-up) bagi storan rekod elektronik berkenaan akan diadakan. Rekod Kualiti berkenaan hendaklah disimpan secara sistematik untuk rujukan semula mengikut jenis dokumen dan jadual simpanan (retention schedule)yang ditetapkan sebelum dilupuskan mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Pengurusan FKA. Dokumen rujukan: 1. SPK.UiTM.FKA.(W)01 Prosedur Kawalan Dokumen 2. SPK.UiTM.FKA.(W)02 Prosedur Kawalan Rekod 5.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN 5.1 Komitmen Pengurusan Atasan Pengurusan Atasan FKA perlu membuktikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001: 2008. FKA sentiasa berusaha secara berterusan untuk menambahbaik sistem bagi menjamin keberkesanannya dengan:- a) Memastikan semua staf FKA memahami dan menghayati betapa pentingnya kehendak pelanggan dipenuhi serta, keperluan perundangan dan peraturan dipatuhi;

MUKA SURAT : 37/71 b) Mewujud dan meluluskan Dasar dan Objektif Kualiti (Rujuk Seksyen 2.4 & 2.5); c) Mengadakan Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan bagi menyemak dan memantau prestasi sistem pengurusan kualiti FKA; dan d) Memastikan sumber yang perlu untuk pelaksanaan sistem pengurusan kualiti adalah mencukupi (mengikut COPIA, COPPA dan EAC). Dokumen Rujukan: Area 1, COPIA 5.2 Tumpuan Kepada Pelanggan Pengurusan Atasan FKA sentiasa memastikan kehendak pelanggan dikenalpasti,dan dipenuhi dengan tujuan meningkatkan kepuasan pelanggan dengan:- a) mewujudkan kaedah bagi menerima aduan atau maklumbalas serta cadangan daripada pelanggan berhubung dengan program yang dikendalikan. b) mengkaji semula kehendak pelanggan bagi memastikan sebarang perbezaan di antara program yang ditawarkan dan pindaan semasa pelaksanaannya dapat dijelaskan. c) memastikan pengendalian program adalah sesuai dengan keperluan dan perkembangan semasa, serta masa depan. d) memastikan sebarang pindaan dan keperluan tambahan yang ditetapkan oleh PTJ direkodkan (Rujuk kepada Seksyen 7.2.1 dan 8.2.1). 5.3 Dasar Kualiti Pengurusan FKA akan memastikan Dasar Kualiti adalah sentiasa:-

MUKA SURAT : 38/71 a) bersesuaian dengan matlamat penubuhan FKA dengan mengambilkira kehendak pelanggan dan keperluan semasa; b) disebar kepada semua staf supaya dihayati dan difahami oleh semua; c) merangkumi komitmen pengurusan untuk memenuhi keperluan-keperluan sistem pengurusan kualiti dan meningkatkan Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan; d) dikaji semula bagi menjamin kualiti yang berterusan mengikut kesesuaian; dan e) menjadi asas dalam mewujudkandan mengkaji semula Objektif Kualiti. Sila rujuk Seksyen 2.4 & 2.5 untuk Dasar dan Objektif Kualiti FKA. 5.4 Perancangan 5.4.1 Objektif Kualiti FKA hendaklah memastikan Objektif Kualiti disediakan bersesuaian dengan Dasar Kualiti FKA dan akan berusaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Sila rujuk Seksyen 2.5 untuk Objektif Kualiti FKA. Objektif Kualiti mestilah boleh diukur dan selaras dengan Dasar Kualiti FKA. 5.4.2 Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Pengurusan Atasan FKA hendaklah memastikan:- a) Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dilaksanakan mengikut keperluan Seksyen 4.1 dan Objektif Kualiti. Satu struktur unit kualiti hendaklah digunapakai untuk mengukuhkan lagi SPK FKA; b) Sistem Pengurusan Kualiti kekal kukuh walaupun perubahan ke atas SPK dirancang dan dilaksanakan. Perubahan ini merangkumi semua dasar yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran;

MUKA SURAT : 39/71 c) Perancangan Kualiti yang berdasarkan keperluan ISO9001:2008, COPIA dan dilaksanakan seperti mana yang didokumenkan; d) Objektif Kualiti yang ditetapkan dapat dicapai dan dikajisemula untuk memenuhi kehendak pelanggan dan keadaan semasa. Pelan Kualiti FKA ditunjukkan oleh Rajah 2.

MUKA SURAT : 40/71 Klausa 4.0: SPK Klausa 5.0: TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN ATASAN Klausa 8.0: PENGUKURAN, ANALISA & PENAMBAHBAIKAN Klausa 6.0: PENGURUSAN SUMBER Klausa 7.0: PENGZAHIRAN PRODUK Pengajaran & Pembelajaran Rekabentuk Program Pengurusan/Pen gendalian Program Pengijazahan Graduan Holistik Penyelidikan Inovasi // Perundingan // Pengkomersialan Perolehan Geran Garipanduan RIBU dan Penerimaan Perundingan Geran Pemantauan Geran Geran Penyelidkan / Modal Insan / Penerbitan *Modal Insan; RA, GRA, Penyelidik/Pakar, Penialai Paten / Harta Intelek / Syarikat Spinned Off / Produk Bolehpasaran / Bilangan Perundingan Jalinan Komuniti Penglibatanpenyertaa nsecara inklusif Dissemination of experience conference/seminar/p ublication/article/mass media Pengiktirafan grants/reward/award PemindahanIlmu MANUAL KUALITI Kawalan Rekod Audit Dalaman Tindakan Pembetulan Kawalan Produk Tidak Tindakan Dokumen Memenuhi Pencegahan Spesifikasi Perolehan Kaji Semula Pengurusan Latihan Maklumbalas Pelanggan Rajah 2 : Pelan Kualiti FKA

MUKA SURAT : 41/71 5.5 Tanggungjawab, Bidang Kuasa dan Komunikasi 5.5.1 Tanggungjawab dan Bidang Kuasa Pengurusan Atasan PTJhendaklah mengenalpasti dan memaklumkan tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing kepada semua staf FKA melalui Carta Organisasi serta Senarai Tugas. 5.5.2 Wakil Pengurusan Dekan FKA akan melantik Wakil Pengurusan yang terdiri dari Timbalan Dekan Akademik dengan tanggungjawab seperti berikut:- a) Memastikan keperluan proses Sistem Pengurusan Kualiti diwujud, dilaksana dan diselenggarakan; b) Melapor kepada Pengurusan Atasan FKA mengenai prestasi Sistem Pengurusan Kualiti FKA dan sebarang keperluan penambahbaikan; c) Memastikan Staf FKA diberi kesedaran mengenai keperluan pelanggan bagi penambahbaikan berterusan Sistem Kualiti FKA; d) Bertanggungjawab sebagai pegawai perhubungan dengan pihak luar dalam hal yang berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti FKA; e) Melapor kepada Pengurusan Atasan FKA sekiranya keperluan sumber tidak mencukupi; dan f) Menyelaras penilaian dan pengurusan risiko.