IKHTISAR PROJEK TAHUN AKHIR

Similar documents
SISTEM PENGURUSAN DOKUMEN (INFOBOX) Athirah Hazira Ab Halim Rodziah Latih ABSTRAK

SISTEM TEMPAHAN KERETA SEWA BERASASKAN WEB (UKM EZ-CAR) Noor Aznida Farina Binti Md Saad Masnizah Mohd

ESTIMATE IN FORMATION OF CONSTRUCTION CONTRACT EZATUL SHARIDA BINTI AHMAD TERMIZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE INFLUENCE OF INTEREST AND UNDERSTANDING OF HOUSING DEVELOPERS ON GATED COMMUNITIES DEVELOPMENT AINUR ZAIREEN BINTI ZAINUDIN

DIBENTANGKAN OLEH: SALLEH HUDIN MUSTAFFA PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Faculty of Information and Communication Technology

EASY ESTATE ADVERTISING SERVICES : SITI AISHAH BINTI MANSOR

DOCTRINE OF PRIVITY AND ITS APPLICATION IN RELATION TO SUB-CONTRACTOR S PAYMENT NOR AIDA BINTI MOHD AMIN

LAND ACQUISITION ISSUES FOR JABATAN KERJA RAYA s ROAD WORK PROJECT NOOR FAZURA ABU SAMAAN

DLANGUAGE STUDIO NO 30 1 st FLOOR PERSIARAN B RAYA LANGKAWI MALL KEDAH D.A KERTAS PENERANGAN L FRONT OFFICE ASSISTANT

Section 7 : Road Lighting

Faculty of Built Environment Universiti Teknologi Malaysia

NOVATION AGREEMENT IN DESIGN AND BUILD CONTRACTS NATASHA SAHIL UNIVERSITI TEKOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

PENYAMPAIAN INTERAKTIF INFOGRAFIK DALAM TEKNIK HOLOGRAFI UNTUK MEMPERKENALKAN PERSEMBAHAN KUDA KEPANG

INSTRUCTION: This section consists of THREE (3) essay questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PROSEDUR KERJA PEMBANGUNAN APLIKASI

Jadual 1: Faktor Pemberat Bagi Jenis Petak (F1)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

CONSULTANT ARCHITECT S DILIGENCE IN RAIL INFRASTRUCTURE PROJECT SHAMS ARIDA BIN ARIFFIN

RMK 357 Land Administration [Pentadbiran Tanah]

ISI KANDUNGAN. BAB 3: BEKERJA DENGAN DOKUMEN 3.1 Mencipta Dokumen Baru. 3.2 Membuka Dokumen 3.3 Compatibility Mode. LATIHAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/P015. PROSEDUR PERKHIDMATAN MAKLUMAT Tarikh: 18/08/2017

RMK 357- Land Administration fpentadbiran Tanah]

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/P015. PROSEDUR PERKHIDMATAN MAKLUMAT Tarikh: 29/06/2018

Kajian Penggunaan Termometer yang Berbeza ke atas Kualiti Penggorengan Hasilan Kerepek

MEMBUAT DAN MENGUJI UNIT KAWALAN SUHU MOHD FARMEZEE BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/P016

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

KEBERKESANAN PENGELUARAN HAKMILIK KEKAL BERDASARKAN PINDAAN KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA A1104)

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/P001. PROSEDUR PENGURUSAN DOKUMEN ISO Tarikh: 20/6/2017

Tafsiran Dokumen untuk Permohonan evdr PRA

Jurnal Teknologi. Full Paper. Idris Zulkifle a*, Mohd Hafidz Hj Ruslan a, Mohd. Yusof Hj Othman a, Zahari Ibarahim a, Kamaruzzaman Sopian b

VISI Teraju pusat tanggungjawab UniMAP

KAJIAN TERHADAP KUALITI UDARA DALAMAN BAGI BILIK KULIAH DI POLITEKNIK MERLIMAU

MANUAL KUALITI MK.UiTM CNS.01

Practical issue arising and how can developers adapt to new requirement

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

Abstract. the individual apartment units in a multi-storey apartment building. The hypothesis

ISU-ISU PENGINTEGRASIAN PANGKALAN DATA UKUR KADASTER DAN SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER GENGATHARAN A/L MARIAPPAN

RAK 346 History and Theory in Architecture 1 [Sejarah dan Teori Senibina 1]

KEROSAKAN DAN KEMEROSOTAN STRUKTUR KONKRIT DI MALAYSIA MOHD ZAKI BIN MOKHTAR

NO. KELUARAN : 06 NO. PINDAAN : 00 TARIKH KUATKUASA MUKA SURAT KAWALAN DOKUMEN

ELEMEN-ELEMEN KRITIKAL PENGURUSAN PERUBAHAN DI PERINGKAT REKABENTUK PROJEK PEMBINAAN ABDUL AZIZ BIN HARUN

Jurnal Teknologi RELATIONSHIP BETWEEN HOUSING AFFORDABILITY AND HOUSE OWNERSHIP IN PENANG. Full Paper. N. M. Sani *

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

JADUAL IX KANUN TANAH NEGARA [Aturan 36J (2)] NOTIS TAWARAN

Sains Malaysiana 47(4)(2018):

KAWALAN DOKUMEN. Tarikh: 29 Disember 2017 Tarikh: 29 Disember 2017

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

FORM OF ACCEPTANCE AND TRANSFER CONDITIONAL MANDATORY TAKE-OVER OFFER DATUK SERI TAN JING NAM, MR ANDREW TAN JUN SUAN AND DATO TAN LEE SING

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

DOKUMEN BUKTI YANG DIPERLUKAN

=anm. 'jffm. JffD. JfFQ JffU JULAI - DISEMBER ^LeaKMUJfifll'Ggl. UNIVEiRBITI TfcKNOLODI M A R A PfcRLIS JGTT) INFOREC

Rencana-Rencanal Arlicles

THE STUDY OF PROBLEMS FACED BY PROPERTY MANAGEMENT IN MANAGING THE HIGH RISE CONDOMINIUM IN MALAYSIA NORAZIAH AZMIN BT ABD LATIF AZMI

PEMBEBANAN SERBUK YANG OPTIMUM BAGI BAHAN SUAPAN DARIPADA SS 316 L, PEG, PMMA DAN AS BAGI PROSES PENGACUANAN SUNTIKAN LOGAM (MIM)

TAJUK PEMBENTANGAN : PERUNDANGAN TANAH DI BRUNEI DARUSSALAM DISAMPAIKAN OLEH : AMAL HAYATI HAJI JUNAIDI PEGAWAI TANAH BAHAGIAN PENDAFTARAN

RMK 357 Land Administration [Pentadbiran Tanah]

Keywords: Pollutants, swirling flow, double radial swirler, combustion. Kata kunci: Bahan cemar, aliran berpusar, pemusar dwi aliran, pembakaran

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

KRITERIA PENILAIAN PASCA MENDUDUKI (POE) BAGI PUSAT-PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI AWAM DAN SWASTA: PERSPEKTIF PENGGUNA

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

KETEGASAN HABA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PERUBAHAN FISIOLOGI DI KALANGAN PEKERJA LELAKI KILANG PEMBUATAN KOMPONEN AUTOMOTIF, SHAH ALAM

Perjanjian Rakan Kongsi (IB)

KAWALAN DOKUMEN. Dokumen ini adalah TERKAWAL dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:-

APARTMENTS OWNERSHIP AND MAINTENANCE

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY OF DEVELOPERS IN PRODUCT PERSPECTIVE. CASE STUDY: JOHOR BAHRU TAN SAN SAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERBANDINGAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN BERKONSEPKAN GATED AND GUARDED COMMUNITY MENDATAR DAN MENEGAK AZIZUL BIN ABD GHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STRUKTUR SEMANTIK AKTIONSART KATA ADA

TEMPLATE SERAGAM SENARAI SEMAK DOKUMEN DAN SENARAI SEMAK TERPERINCI AGENSI TEKNIKAL JKT

KAWALAN DOKUMEN. Dokumen ini adalah TERKAWAL dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:-

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P005. PROSEDUR SEBUT HARGA UNIVERSITI Tarikh: 18/08/2016

Jadual H, Fasal 27 Cara Penyerahan Pemilikan Kosong Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966 Akta 118

Fakulti Sains dan Teknologi 3 Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan (SEEDS)

KOD :

PAYMENT ISSUES THE PRESENT DILEMMAS OF MALAYSIAN CONSTRUCITON INDUSTRY ANG SU SIN, TONY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCLAMATION OF SALE IN THE MATTER OF DEED OF ASSIGNMENT DATED 16 TH APRIL, 2004

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

HOUSING BUBBLE PHENOMENA AND THEIR DETERMINANTS IN KUALA LUMPUR AQMAR BIN HAMID

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

HOUSING DEVELOPMENT FOR RESIDENCE IN SUDAN MOHAMED ABDULLA NUGDALLA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VNIMPS" P1. AYS OF FORMAL LAND OWNERSHIP AND LAND TITLING WITH REFERENCE TO THE RURAL COMMUNITIES A STUDY OF PEOPLE'S PERCEPTION

PK504: BUSINESS LAW. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL.

ANALISIS STRUKTUR DAN SPESIES PERMUKAAN TERHADAP KEREAKTIFAN MANGKIN OKSIDA MANGAN TIMAH

ANIS SHAHIRAH ABDUL SUKUR School of Humanities, Universiti Sains Malaysia, USM Pulau Pinang, Malaysia

PRACTICAL COMPLETION FOR WATER SUPPLY PROJECTS KHAIRI BIN JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOKONGAN KEWANGAN PEJABAT BURSAR UPM/SOK/KEW-BYR/P011. PROSEDUR PEMBAYARAN GAJI ATAU ELAUN Tarikh: 05/06/2015

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

SOKONGAN KEWANGAN. Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BYR/P011. PROSEDUR PEMBAYARAN GAJI ATAU ELAUN Tarikh: 18/08/2016

Satu Kajian Awal Memproses Keledek Keping (A Preliminary Study on Processing of Sweet Potato Leather)

PENCIRIAN l\1inyak MENTAH BERLILIN MELALUI KAJJAN FIZIKAL DAN HUBUNGANNYA DENGAN MASALAH P ARAFIN

Program Seni Bina Programme of Architecture

MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/ DISEMBER 2009 DEWAN NUSANTARA, MENARA SRI SAUJANA INSPEN KERTAS PENYELIDIKAN

Transcription:

UNIVER51TI KEBAl\iGSA,\~ MALAYSIA The National University o/malaysia IKHTISAR PROJEK TAHUN AKHIR Penyunting Bahari Idrus Zawiyah M. Yusof PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2013

Pusat Pengajian Teknologi Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat 43600 Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor Darul Ehsan Pusat Pengajian Teknologi Maklumat, FTSM, 2013 Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenar mengulang cetak mana-mana bahagian buku ini dalam apa bentuk atau apa cara sekalipun, sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengerusi Pusat Pengajian Teknologi Maklumat, FTSM, UKM. Cetakan Pertama 2013 Dicetak di Malaysia oleh Penerbit UKM 43600, UKM, Bangi, Selangor Darnl Ehsan MALAYSIA Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Cataloguing-in-Publication-Data Ikhtisar projek tahun akhir/penyunting Bahari Idrus, Zawiyah M. Yusof ISBN 978-967-5878-85-5 1. Academic writing. 2. Authorship. 3. Education, Higher- Activity programs. L Bahari Idrus, 1969-, II. Zawiyah M. Yusof, 1959-. 808.066

Kandungan Portal Sesawang Pengurusan Komputeran Teragih Melalui Penerapan.\1iddleware HTCondor... 1 Cheah Kok Weng, Elankovan Sundararajan Kaedah Reka Bentuk Partisipatori Penghasilan Video Korporat... 20 Chan Chew Yen, Tengku Sifi Meriam Tengku Wook Aplikasi Mudah Alih Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM)... 35 Chin Jun Hean, Bahari Idrus Perpustakaan Digital Ekopelancongan Ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia... 50 Faalin Mohd Akib Mohammad Khatim Hasan Sistem Ujian Kebolehgunaan Perisian Multimedia dan Perisian Permainan... 66 Goo Shyoan Chian, Nor Azan Mat Zin Sistem Pengurusan Inventori Syarikat Plexus '" 84 Lee Ching Song, Zawiyah lv1. Yusof Katalog Perpustakaan Berdasarkan Pencarian Berfacet Mengguna Kerangka Sumber Terbuka... 97 Lee Kean Yong, Hazilah }v1ohd Amin Visualisasi Sistem Letak Kereta Automatik... 110 Lim Zi Yuan, Noraidah Sahari @Ashaari Sistem Pengurusan Pemantauan Kualiti.., 125 Mohd Nure.lTendi Zainal Abidin, Noraidah Sahari @ Ashaari Animasi 3D dan 2D: Pemakanan dan Gaya Hidup Seimbang... 143 1l1uhammad Nuramin Nordin, Siti Aishah Hanawi, Hazura Mohamed Persekitaran Realiti Maya Biok G, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia... 158 Muhsin Azman, Siti Fadzilah Mat Noor, Hairulliza A1'ohamad Judi Permainan InteraktifMultimedia Kanak-Kanak Autistik Berkonsepkan Islam... 174 Murni Baharom, Nazatul Atni Abd MCl:;id Sistem Rekod Perbendaharaan Kata MeJayu-Inggeris My-Perkataan... 187 Nadia Syakirah Ishak, Zawiyah M Yusof

KATALOG PERPUSTAKAAN BERDASARKAN PENCARIAN FASET MffiNGGUNAKERANGKASUMBERTERBUKA Lee Kean Y ong Hazilah Mohd Amin ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk membangun satu sistem katalog perpustakaan berdasarkan pencarian faset mengguna kerangka sumber terbuka. Melalui sistem ini, pelanggan perpustakaan dapat membuat pencarian katalog perpustakaan secara melayari kategori atau faset yang disedia. Pelanggan dapat menapis keputusan pencarian bagi memperoleh hasil carian yang tepat dengan memilih faset. Sistem ini hanya memapar faset yang masih sah untuk menghindari kemungkinan pencarian tidak memberi keputusan seperti yang sering berlaku j ika membuat pencarian mengguna kata kunci. Pembangunan sistem melibatkan teknologi Java Server Page (JSP) iaitu satu teknologi Java yang dapat menghasil kod HTML secara dinamik. MySQL Server pula diguna sebagai pelayan pangkalan data dan pustaka Apache Lucene diguna untuk melaksana fungsi pencarian fasel. Kajian ini mengaplikasi konsep Model-View-Controller (MVC) dengan mengguna kerangka sumber terbuka Spring MVC. 1 PENGENALAN Penggunaan pengkelasan faset (faceted classifications) dalam laman komersial semakin mendapat sambutan kerana teknik ini merupakan cara semula jadi untuk mengorganisasi maklumat (Denton 2003). Sebuah sistem dipertimbang sebagai sistem pengkelasan faset sekiranya setiap objek sistem diorganisasi dengan menghurai setiap objek kepada beberapa kelas yang dipanggil faset (Ahmed 2003). Setiap faset, atau juga dikenali dimensi dapat menghurai ciri atau atribut sesebuah objek (Amborn 2004). Teknik pengkelasan faset adalah satu teknik yang memberi pelbagai definisi atau atribut kepada objek yang dikatalog. Atribut ini membantu pengguna mencapai objek yang dikehendaki. Pencarian faset atau dikenali sebagai pelayaran faset (faceted browsing) merupakan satu teknik yang diguna untuk mencapai sesuatu koleksi maklumat yang mengguna pengkelasan fasel. Pencarian faset membenar pengguna melayari maklumat yang berbentuk 97

multi-dimensi dengan menggabung peneanan kata kunei dan teknik pengkelasan [aset. Apabila pelanggan perpustakaan melakukan kueri ke atas sistem katalog perpustakaan (OPAC) yang mengaplikasi penearian faset, sistem ini memulang keputusan yang berkenaan, serta memapar beberapa kategori atau [aset kepada pelanggan untuk dijadikan sebagai pemilihan menapis keputusan yang dipulangkan (Lesiur 2007; Sturtz 2006). Hasilnya para pelanggan dapat menyingkir maklumat yang tidak berkenaan dan mencapai maklumat yang diingini dengan cepat dan berkesan (Breeding 2007). Implementasi pencarian faset, sesebuah OP AC membenar pelanggannya menapis keluar maklumat yang tidak berguna dari satu set pangkalan data yang besar, dan memulangkan keputusan yang jitu dan tepat. Ini meningkat kebolehgunaan sesebuah sistem OPAC. 2 PENY AT AAN MASALAH Katalog dalam tali an perpustakaan atau Online Public Access Catalog (OPAC) adalah pangkalan data dalam talian yang disedia oleh perpustakaan untuk membekal perkhidmatan pencarian dan penempatan buku, bahan bacaan, rakaman video atau suara kepada para pelanggannya. Pada tahap permulaan, reka bentuk OPAC cenderung kepada katalog kad tradisional mengguna terminal atau Telnet. Pelanggan mengguna nombor indeks berdasarkan kategori subjek untuk mencari bahan yang terdapat di perpustakaan, sarna seperti sistem kad katalog tradisional. Kemunculan produk komersial OPAC pada tahun 1980-an mengubah sistem OPAC dengan membekal mekanisme pencarian bahan mengguna kata kunci. Perkembangan OP AC sejak diperkenal pada tahun 1980-an hanya berpusat pada antara mukanya dengan menambah fungsi seperti pautan ke sumber dalam tali an dan menambah gambar muka hadapan buku. Namun teknik pengambilan semula maklumat yang mendasari OP AC tidak banyak berkembang (Online Public Access Catalog, Wikipedia). Kemunculan web pada tahun 1990-an memberi impak yang besar kepada perkembangan OP AC kerana beralih daripada terminal kepada pelayan web. Reka bentuk 98 "

., 3.ntara muka OP AC pada tahun 1990-an mudah dioperasi dcngan fungsi seperti pencarian lanjutan dan pautan kepada sumber dalam talian. Namun. tcknik pencarian yang mendasari OPAC tidak banyak berubah, sedangkan organisasi lain seperti Google Ihttp://www.google.com) dan Amazon (http://www.amazon.com) membekal teknologi capaian maklumat yang mudah dan canggih. Kemunculan perkhidmatan Google dan Amazon dan kebiasaan pelanggan mengguna perkhidmatan ini, menyebabkan para pelanggan OPAC mendapati perkhidmatan capaian maklumat di kebanyakan perpustakaan masih sukar diguna. OP AC seharusnya memboleh para pelanggannya mencapai bahan yang diingini dengan cepat dan berkesan serta membenar mereka melayari koleksi buku yang ada. Namun kebanyakan perkhidmatan masih dalam bentuk pencarian pangkalan data iaitu, mengguna kata kunci untuk kueri dan mencapai maklumat dalam pangkalan data (Sturtz 2006). Ada antara muka OP AC yang membenar para pelanggannya mencari bahan mengguna gabungan kata-kunci pada beberapa medan seperti nama buku, penulis, tahun, dan penerbit. Ini mempercepat proses pencarian buku dan meningkat ketepatan pencarian bahan berbanding penggunaan katalog tradisional. 3 OBJEKTIF Objektif kajian ini ialah membangun sistem OP AC yang mengaplikasi keadah pencarian faset yang memboleh pengguna menggabung pelbagai faset untuk menapis keputusan pencarian. Pencarian faset bertujuan menyelesai ketepatan pencarian yang melibatkan pangkalan data yang besar dengan menggabung teknik pencarian kata kunci dan penapisan keputusan pencarian mengikut kategori atau faset. OP AC yang mengaplikasi pencarian faset memboleh pengguna melayari dan menapis keputusan pencarian dan seterusnya memperoleh maklumat yang lebih tepat serta menghindar kemungkinan pencarian tidak memulang keputusan, yang mana sering berlaku jika menggunakan pencarian kata kunci. 99

4 SKOP Sistem yang dibangun ini tertumpu kepada mesra pengguna, kebolehgunaan dan keberkesanan kaedah pencarian faset dalam pengambilan semula maklumat dalam OP AC. Sistem ini dibahagi kepada dua modul utama, iaitu modul pentadbir dan modul pengguna. Setiap modul mempunyai skop yang berbeza dan tersendiri seperti yang dihurai di bawah. 1. Modul pentadbir a. Pentadbir boleh mengemas kini rekod bahan perpustakaan dalam pangkalan data b. Pentadir boleh menambah dan menghapus rekod bahan perpustakaan dalam pangkalan data ii. Modul pengguna a. Pengguna boleh membuat pencanan faset dalam pengambilan semula maklumat bahan perpustakaan b. Pengguna boleh memperoleh maklumat terperinci bagi suatu bahan perpustakaan 5 METOD Metod yang diguna dalam kajian ini adalah Extreme Programming (XP). XP merupakan satu metod pembangunan perisian tangkas (agile software development method) (Romanainen 2007). Menurut Low, dalam pembangunan sistem tradisional, keperluan pengguna terhadap sistem ditentukan pada permulaan pembangunan sistem. lni bermakna kadar perubahan keperluan pengguna terhadap sistem pada fasa seterusnya menjadi lebih tinggi atau bertambah (Low 2008). Dalam metod pembangunan tangkas, matlamat utama pembangunan perisian ialah menghasil perisian yang berfungsi, bukan untuk memenuhi proses pembangunan yang ditetapkan. Pembangunan tangkas menjadikan pembangunan 100

.' mudah dan cepat sebagai reaksi terhadap perubahar: y3.r.g pembangunan perisian. sering berlaku dalam Untuk membantu pembangunan sistem, beberapa kerangka sumber terbuka diguna untuk membangun sistem OP AC faset. Kerangka sumber terbuka bertujuan memudah pembangunan sistem dengan memudah aktiviti yang biasanya terlibat dalam pembangunan sistem seperti sambungan pangkalan data dan pengurusan sesi (Web application framework, Wikipedia). Dalam kajian ini, dua kerangka sumber terbuka dikenal pasti dapat memudah pembangunan sistem iaitu Apache Lucene dan Spring.MVc. Apache Lucene merupakan satu enjin pencarian dan penerimaan maklumat berprestasi tinggi yang ditulis dalam bahasa Java (Anon 2007). Apache Lucene sesuai untuk mengimplementasi kaedah [aset dalam capaian maklumat (http://lucene.apache.org/java/docs/) (Pal 2007). Spring MVC (model-view-controller) merupakan satu kerangka Java yang direka bentuk untuk memisah lapisan penyampaian (presentation layer) atau antara muka daripada logik bisnes. Pemisahan lapisan penyampaian daripada logik busines adalah berguna kerana perubahan pada logik bisnes tidak memerlu perubahan pada lapisan penyampaian, dan perubahan pada antara muka (lapisan penyampaian) juga tidak memerlu perubahan pad a logik bisnes (Raja 2007). Rajah 3.1 merupakan rajah seni bina bagi sistem OP AC [asel. Sistem ini dibangun-dengan mengguna kerangka sumber terbuka Spring it/vc (Model-View Controller). Spring.MVC, logik bisnes (},;[odel) dan logik penyampaian (View) dibahagi kepada dua entiti berbeza iaitu entiti model dan entiti penyampaian. Dua entiti ini dihubungkan dengan satu entiti luaran, iaitu entiti pengawal (Controller). Apabila pelanggan mengguna pelayar web untuk mengakses sistem OPAC [aset ini, entiti pengawal menangani perrnintaan tersebut dengan menjana isi untuk dipulangkan kepada pelanggan dengan 10::

mengguna logik bisnes pada entiti model and logik penyampaian pada entiti penyampaian. Data dalam pangkalan data pula dipanggil melalui entiti model. Ja~a Serv/et Container(Glassflsh) JEP./.:..,..,.:> -HTTP ~ Web Browser Controller Spring Dispatcher Servlet Model Business Object JDBe RDBMS (MySQL) Rajah 1 Rajah seni bina sistem OPAC faset Sumber: Hemrajani 2006 Rajah kelas (Class Diagram) reka bentuk bagi sistem OPAC faset menunjukkan kelas yang terlibat dalam reka bentuk perisian yang dibangun. Rajah kelas adalah statik dan juga menunjukkan entiti perisian. Rajah kelas bagi sistem OPAC faset yang dibangun ditunjukkan dalam Rajah 2. 102

private String query['] Operatio/lS public SearchEngine( ) public Book!'] getresult( ) i public String!'] getquery( ) public void setquery( Stri~g voli! ]) public void addquery( String q'jery ) public void clearquery( ) public void sortresult( int field) public array!*] findbook( ) public void displayf acetedresult( ) i 11 search 1; i 1 private int year private String language private String location private String 'armal private String field ~ private S~ring publisher 3,,*1 private String subject['] public Book( int bookld ) public bool updatebookrecord( ), public int deletebookrecord( ) public bool InsertBookRecord( ) public bool deleterecord( ) public int getbookid( ) 1 1... manage private int sessicnld Operations I p'jblle System( ) public Int getsessionld( ) Attributes private int IdAdmin private String username priv'ate String ~ame private String password Operotiot'JS public Admin( ) public String getusername( ) public void setusername( String val) public bool verifyuser( ) public String getrjame( ) public void setname( String '(al ) Rajah 2 Rajah kelas sistem OPAC [aset Aktiviti pengaturcaraan sistem OPAC [aset ini mengguna gabungan teknologi Java Server Page (JSP), HTA1L, CSS dan JavaScript dengan mengguna perisian IDE Netbeans 6.5. Pangkalan data yang diguna ialah MySQL 5.1. 6 SPESIFlKASI KEPERLUAN SISTEM Proses pembangunan Sistem Katalog Perpustakaan turnt memerlu penggunaan perkakasan dan peri sian tertentu. Perkakasan dan peri sian yang diperlu adalah seperti berikut:. "'~ -,-'j

6.1 Keperluan Perkakasan Perkakasan bagi membangun Sistem Katalog Perpustakaan berdasarkan pencarian faset dengan mengguna kerangka sumber terbuka adalah: 1. Komputer peribadi dengan pemprosesan AMD 64X2 1.60 Ghz. 11. lngatan Capaian Rawak (RAM) DDRM 2 GB. Ill. IY. Ruang Storan minimum 80 GB. Monitor wama WXGA LED 14 inci. Y. Papan kekunci dan tetikus. 6.2 Keperluan Perisian Perisian bagi membangun Sistem Katalog Perpustakaan berdasarkan pencarian faset dengan mengguna kerangka sumber terbuka ialah: 1. Sistem Operasi Windows Server 2008 Standard SP 1 64bit 11. Pelayan web Glassfish 2.0 Ill. Sistem pengurusan pangkalan data MySQL 5.1 IV. Netbeans 6.5.1 v. JRE 1.6 dan JDK 1.6 VI. Mozilla Firefox 3.1 7 HASIL Dalam bahagian ini, beberapa antara muka sistem OP AC faset ditunjukkan. Fungsi setiap pautan dan butang pada setiap antara muka dijelas dengan terperinci. Untuk memudah penerangan antara muka, kotak yang berlabel abjad diguna dalam rajah antara muka yang disedia. 104

.' Rajah 3 menunjukkan teknik penearian yang drs0kong oleh sistem OPAC faset. Pelanggan perpustakaan dapat menjalankan pencarian mcngguna kata kunei kategori buku yang disedia pada bahagian A. Bahagian B pula menunjukkan faset dan subfaset subjek yang disedia. Pelanggan perpustakaan boleh memula pencarian faset dengan memilih manamana faset dalam bahagian B. Facet lopac home o Rajah 3 Antara muka pencarian faset dan penearian kata kunei Rajah 3 menunjukkan antara muka hasil penearian setelah pelanggan perpustakaan menjalankan penearian faset dengan memilih faset Subject iaitu "Java (Computer program language)" (rujuk bahagian B dalam Rajah 4). Bahagian A memapar senarai buku yang memenuhi kued pelanggan perpustakaan. Bahagian B pula menunjukkan faset Format, Year, Publisher, Author dan subfaset Subject yang masih sah untuk menapis hasil penearian. 105

r.-..~:l~'c:y.j Browse t_ F<:kJndm:lot'l. of ACtP f01'.nee ~}upmen:l ;/W'(ttt r~'i«~ii","~ y- Rajah 4 Antara muka hash pencarian 8 KESIMPULAN Secara keseluruhan, sistem OPAC faset yang dibangun mencapai objektif utama pembangunan sistem iaitu membina satu sistem OPAC yang membenar pelanggan perpustakaan melayari katalog buku perpustakaan dengan mengguna faset buku yang disedia. Melalui sistem ini, pelanggan perpustakaan dapat melayari katalog perpustakaan tanpa perlu menaip kata kunci. lni bukan sahaja memudah pelanggan perpustakaan membuat pencarian secara melayari faset yang disedia tetapi juga meningkat ketepatan pencarian serta menghindari kemungkinan pencarian tidak memulangkan keputusan. Sistem OPAC faset yang dibangun mempunyai kelebihan dari aspek tertentu iaitu: 1. Mudah mengemas kini antara muka dan logik bisnes; 2. Mempercepat proses pencapaian maklumat; 3. Semua pencarian faset mempunyai hasil pencarian Kelebihan pertama sistem OPAC faset ini ialah mudah mengemas kini antara muka dan logik bisnes. Pemisahan lapisan logik bisnes dan lapisan penyampaian melalui konsep MVC memudah kerja mengemas kini antara muka tanpa menyentuh kod atm cara pada 106

lapisan logik dan sebaliknya. Ini dapat menjimatkan kos dan mas a melakukan kerja penyenggaraan sekiranya terdapat permintaan untuk memperbaiki atau menukar antara muka sistem (atau logik bisnes). Kelebihan kedua sistem OP AC faset adalah mempercepat proses pencapaian maklumat. Pencarian faset pada antara muka sistem membolehkan pencarian buku dengan menggabung faset yang disedia tanpa perlu menaip kata kunci. Keadah ini dapat memberi hasil pencarian yang menepati kehendak pengguna serta menyingkat masa pencarian dengan menapis keluar rekod yang tidak diperlukan pengguna. Kelebihan ini menyerlah sekiranya rekod dalam pangkalan data adalah besar. Satu lagi kelebihan pencarian faset ialah semua pencarian yang mengguna faset yang disedia menghasil keputusan. Ini kerana sistem OP AC faset hanya memapar faset dan subfaset yang masih sah untuk pengguna menapis hasil pencarian mereka. Hal ini dapat menghindari kemungkinan pencarian tidak memulangkan keputusan seperti yang sering berlaku jika mengguna-pencarian kata kunci. Dalam usaha meningkatkan kebolehgunaan sistem OPAC, beberapa cadangan dikenal pasti iaitu: 1. Meningkat interaksi antara pengguna; 2. Katalog kesatuan. Cadangan pertama ialah meningkat interaksi antara pengguna. Web 2.0 adalah satu istilah yang menghurai laman web yang mengutama interaksi antara pengguna. Konsep ini berjaya dan boleh diterap ke dalam OPAC. Ciri-ciri Web 2.0 yang boleh diterap adalah seperti tagging, komen terhadap buku, RSS feeds untuk melapor senarai buku baharu, integrasi dengan OpenID untuk fungsi log masuk, dan integrasi dengan SNS (social network service) seperti F ace book dan Twitter untuk perkongsian maklumat. Cadangan kedua ialah membina katalog kesatuan. Katalog kesatuan mengintegrasi beberapa katalog perpustakaan kepada satu OPAC terpusat. Kelebihan katalog kesatuan adalah pelanggan perpustakaan berupaya membaca dan mempaparkan rekod buku daripada pangkalan data perpustakaan lain (lokasi buku akan menuju ke lokasi perpustakaan yang :07

mempunyai rekod tersebut). Ini memudah pelanggan perpustakaan kerana tidak perlu melakukan pencarian yang sarna di OPAC perpustakaan yang lain. 9 RUJUKAN Ahmed, KaHil. 2003. Faceted Classification Pattern. http://conferences.idealliance.org/extreme/htm1l2003/ AhmedO l/eml2003ahmedo 1.ht ml#t5-6 [20 Mac 2009]. Amborn, Mikael. 2004. Facet-Oriented Program Design. Sweden: Institutionen for datavetenskap, Linkoping University. Anon. tth. Apache Lucene - Overview. http://lucene.apache.org/java/docs/ [23 April 2009]. Anon. 2007. Lucene Search within Search with BitSets. http://sujitpal.blogspot.com/2007104ilucene-search-within-search-with.html [16 Feb 2013]. Breeding, Marshall. 2007. "Thinking About Your Next OPAC." Computers in Libraries: 28 31. Denton, William. 2003. How to Make a Faceted Classification and Put It On the Web. http://\\-ww.miskatonic.org/library/faset-web-howto.html [22 Mac 2009]. Hemrajani, Anil. 2006. Agile Java Development with Spring, Hibernate and Eclipse. Indianapolis, Indiana: Sams Publisihing. Lesiur, David. 2007. Faceted Search. http://drupal.orglprojectlfaseted_search [22 March 2009]. Low, Hooi Ying. 2008. Analisis dan Pembangunan Sistem Pemakanan Berasaskan Web Menggunakan Kaedah Extreme Programming (XP). Latihan llmiah, Fakulti Teknologi dan sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pal, Sujit. 2007. Faceted Searching with Lucene. http://sujitpal.blogspot.com/200710 l/faceted-searching-with-iucene.html [16 Feb 2013]. Raja. 2007. Introduction to Spring.MVC Web Framework Web Tier. http://v,,ww.javabeat.net/ articlesl 18-introduction-to-spring-mv c-web-framework-we b tier-1.html [16 Feb 2013]. i ' 108

.' Romanainen, Lassi. 2007. Agile Methods in Small So(tlrare Projects. Lappeenranta: Lappeenranta University of Technology. Sturtz, David. 2006. Faceted Search for the OPAC. http://v{ww.davidsturtz.com/weblog/archives/000395.php [16 Feb 2013]. Wikipedia. t.th. Faceted search. http://en.wikipedia.org/wiki/faceted_search [16 Feb 2013]. Wikipedia. t.th. Online Public Access Catalog. http://en.wikipedia.org/wiki/opac [16 Feb 2013]. Wikipedia. Uh. Web application framework. http://en.wikipedia.org/wiki/web_application_ framework [16 Feb 2013]. 109