NO. KELUARAN : 06 NO. PINDAAN : 00 TARIKH KUATKUASA MUKA SURAT KAWALAN DOKUMEN

Similar documents
SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

KAWALAN DOKUMEN. Tarikh: 29 Disember 2017 Tarikh: 29 Disember 2017

MANUAL KUALITI MK.UiTM CNS.01

KAWALAN DOKUMEN. Dokumen ini adalah TERKAWAL dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:-

KAWALAN DOKUMEN. Dokumen ini adalah TERKAWAL dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:-

Section 7 : Road Lighting

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/P001. PROSEDUR PENGURUSAN DOKUMEN ISO Tarikh: 20/6/2017

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

SOKONGAN KEWANGAN PEJABAT BURSAR UPM/SOK/KEW-BYR/P011. PROSEDUR PEMBAYARAN GAJI ATAU ELAUN Tarikh: 05/06/2015

MANUAL PROSEDUR KERJA PEMBANGUNAN APLIKASI

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

RMK 357 Land Administration [Pentadbiran Tanah]

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P005. PROSEDUR SEBUT HARGA UNIVERSITI Tarikh: 18/08/2016

SOKONGAN KEWANGAN. Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BYR/P011. PROSEDUR PEMBAYARAN GAJI ATAU ELAUN Tarikh: 18/08/2016

Practical issue arising and how can developers adapt to new requirement

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/P016

SISTEM PENGURUSAN DOKUMEN (INFOBOX) Athirah Hazira Ab Halim Rodziah Latih ABSTRAK

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

CADANGAN PINDAAN/TAMBAHAN DOKUMEN (CPD)

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

ESTIMATE IN FORMATION OF CONSTRUCTION CONTRACT EZATUL SHARIDA BINTI AHMAD TERMIZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DLANGUAGE STUDIO NO 30 1 st FLOOR PERSIARAN B RAYA LANGKAWI MALL KEDAH D.A KERTAS PENERANGAN L FRONT OFFICE ASSISTANT

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

INSTRUCTION: This section consists of THREE (3) essay questions. Answer ALL questions.

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

JADUAL IX KANUN TANAH NEGARA [Aturan 36J (2)] NOTIS TAWARAN

KEBERKESANAN PENGELUARAN HAKMILIK KEKAL BERDASARKAN PINDAAN KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA A1104)

Jadual 1: Faktor Pemberat Bagi Jenis Petak (F1)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/P015. PROSEDUR PERKHIDMATAN MAKLUMAT Tarikh: 29/06/2018

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/P015. PROSEDUR PERKHIDMATAN MAKLUMAT Tarikh: 18/08/2017

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

RMK 357 Land Administration [Pentadbiran Tanah]

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2003

TEMPLATE SERAGAM SENARAI SEMAK DOKUMEN DAN SENARAI SEMAK TERPERINCI AGENSI TEKNIKAL JKT

THE INFLUENCE OF INTEREST AND UNDERSTANDING OF HOUSING DEVELOPERS ON GATED COMMUNITIES DEVELOPMENT AINUR ZAIREEN BINTI ZAINUDIN

SISTEM TEMPAHAN KERETA SEWA BERASASKAN WEB (UKM EZ-CAR) Noor Aznida Farina Binti Md Saad Masnizah Mohd

TAJUK PEMBENTANGAN : PERUNDANGAN TANAH DI BRUNEI DARUSSALAM DISAMPAIKAN OLEH : AMAL HAYATI HAJI JUNAIDI PEGAWAI TANAH BAHAGIAN PENDAFTARAN

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

Faculty of Built Environment Universiti Teknologi Malaysia

NOVATION AGREEMENT IN DESIGN AND BUILD CONTRACTS NATASHA SAHIL UNIVERSITI TEKOLOGI MALAYSIA

LAND ACQUISITION ISSUES FOR JABATAN KERJA RAYA s ROAD WORK PROJECT NOOR FAZURA ABU SAMAAN

Jadual H, Fasal 27 Cara Penyerahan Pemilikan Kosong Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966 Akta 118

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

DOCTRINE OF PRIVITY AND ITS APPLICATION IN RELATION TO SUB-CONTRACTOR S PAYMENT NOR AIDA BINTI MOHD AMIN

DOKUMEN BUKTI YANG DIPERLUKAN

EASY ESTATE ADVERTISING SERVICES : SITI AISHAH BINTI MANSOR

Submit to State PTG by proprietor within 2 weeks. State CS within 1 month. Superstructure Stage

CONSULTANT ARCHITECT S DILIGENCE IN RAIL INFRASTRUCTURE PROJECT SHAMS ARIDA BIN ARIFFIN

Tafsiran Dokumen untuk Permohonan evdr PRA

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

RMK 357- Land Administration fpentadbiran Tanah]

DIBENTANGKAN OLEH: SALLEH HUDIN MUSTAFFA PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KELULUSAN CADANGAN PINDAAN/TAMBAHAN DOKUMEN (CPD)

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

CADANGAN PINDAAN/ TAMBAHAN DOKUMEN (CPD)

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) JABATAN KUALITI & SISTEM PENGURUSAN

KAJIAN TERHADAP KUALITI UDARA DALAMAN BAGI BILIK KULIAH DI POLITEKNIK MERLIMAU

MEMBUAT DAN MENGUJI UNIT KAWALAN SUHU MOHD FARMEZEE BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

Perjanjian Rakan Kongsi (IB)

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

ISU-ISU PENGINTEGRASIAN PANGKALAN DATA UKUR KADASTER DAN SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER GENGATHARAN A/L MARIAPPAN

FORM OF ACCEPTANCE AND TRANSFER CONDITIONAL MANDATORY TAKE-OVER OFFER DATUK SERI TAN JING NAM, MR ANDREW TAN JUN SUAN AND DATO TAN LEE SING

ELEMEN-ELEMEN KRITIKAL PENGURUSAN PERUBAHAN DI PERINGKAT REKABENTUK PROJEK PEMBINAAN ABDUL AZIZ BIN HARUN

KENYATAAN TAWARAN TENDER HOSPITAL PUSRAWI SDN BHD

VISI Teraju pusat tanggungjawab UniMAP

LAND LAW AND SURVEY REGULATION (SGHU 3313)

PK504: BUSINESS LAW. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL.

KEROSAKAN DAN KEMEROSOTAN STRUKTUR KONKRIT DI MALAYSIA MOHD ZAKI BIN MOKHTAR

PROCLAMATION OF SALE IN THE MATTER OF DEED OF ASSIGNMENT DATED 16 TH APRIL, 2004

IKHTISAR PROJEK TAHUN AKHIR

RESEARCH TOPIC FOR NAPREC YEAR 2019

RAK 346 History and Theory in Architecture 1 [Sejarah dan Teori Senibina 1]

KRITERIA PENILAIAN PASCA MENDUDUKI (POE) BAGI PUSAT-PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI AWAM DAN SWASTA: PERSPEKTIF PENGGUNA

MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/ DISEMBER 2009 DEWAN NUSANTARA, MENARA SRI SAUJANA INSPEN KERTAS PENYELIDIKAN

KELULUSAN CADANGAN PINDAAN/ TAMBAHAN DOKUMEN (CPD)

Kajian Penggunaan Termometer yang Berbeza ke atas Kualiti Penggorengan Hasilan Kerepek

BAHAGIAN A: Huraian Pindaan Dokumen ISO (Diisi oleh Pemohon/Pemilik Proses dan sila abaikan ruangan No. CPD kerana akan dilengkapkan oleh TPKD PP)

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

KOD :

PROCLAMATION OF SALE

ISI KANDUNGAN. BAB 3: BEKERJA DENGAN DOKUMEN 3.1 Mencipta Dokumen Baru. 3.2 Membuka Dokumen 3.3 Compatibility Mode. LATIHAN

PROCLAMATION OF SALE

PENYAMPAIAN INTERAKTIF INFOGRAFIK DALAM TEKNIK HOLOGRAFI UNTUK MEMPERKENALKAN PERSEMBAHAN KUDA KEPANG

PERBANDINGAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN BERKONSEPKAN GATED AND GUARDED COMMUNITY MENDATAR DAN MENEGAK AZIZUL BIN ABD GHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCLAMATION OF SALE

PROCLAMATION OF SALE

KETEGASAN HABA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PERUBAHAN FISIOLOGI DI KALANGAN PEKERJA LELAKI KILANG PEMBUATAN KOMPONEN AUTOMOTIF, SHAH ALAM

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Keywords: Pollutants, swirling flow, double radial swirler, combustion. Kata kunci: Bahan cemar, aliran berpusar, pemusar dwi aliran, pembakaran

PROCLAMATION OF SALE

Transcription:

NO. RUJUKAN TARIKH KUATKUASA MUKA SURAT : MK. UiTM. FSKM.01 : 15/09/2016 : i KAWALAN DOKUMEN Dokumen Kualiti yang terkandung dalam fail ini disediakan bagi memastikan pelaksanaan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran dan penyelidikan bagi program Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran, dan perkhidmatan penyelidikan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Selangor Kampus Shah Alam, Universiti Teknologi MARA (UiTM), memenuhi keperluan piawaian ISO 9001:2008. Dokumen ini adalah TERKAWAL dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut: a) Diberi nombor kawalan tertentu dan dikemaskini apabila terdapat sebarang pindaan. b) Dipinda mana-mana bahagian atau keseluruhannya oleh Wakil Pengurusan dengan kelulusan Dekan FSKM seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan Fakulti Sains Komputer dan Matematik. c) Ditandai dengan perkataan DOKUMEN INDUK. d) Diselia dan diselenggarakan oleh Pengawal Dokumen. Salinan-salinan DOKUMEN INDUK tidak akan membawa perkataan DOKUMEN INDUK. Salinan-salinan tersebut akan disebar sebagai SALINAN DOKUMEN TERKAWAL dan diedarkan kepada pegawai seperti yang ditetapkan oleh Dekan FSKM dalam Senarai Pemegang Dokumen Terkawal.

NO. RUJUKAN TARIKH KUATKUASA MUKA SURAT : MK. UiTM. FSKM.01 : 15/09/2016 : ii TANGGUNGJAWAB PEMEGANG SALINAN DOKUMEN TERKAWAL Adalah menjadi tanggungjawab Pemegang Dokumen Terkawal untuk memastikan salinan dokumen ini sentiasa dikemas kini dengan mengambilkira semua pindaan yang dinyatakan dalam Rekod Pindaan. Dokumen ini diedarkan kepada staf yang terlibat dalam pengurusan proses pengajaran dan pembelajaran program Ijazah Sarjana Muda dan Pascasiswazah serta aktiviti penyelidikan di FSKM, Universiti Teknologi MARA (UiTM), atau staf yang diberi kebenaran oleh Dekan FSKM. Tanggungjawab Pemegang Dokumen Terkawal adalah seperti berikut: a) Mengaku penerimaan dokumen ini dan menyimpannya dengan selamat dan baik. b) Memasukkan halaman atau pindaan baharu supaya ianya sentiasa berada dalam keadaan kemas kini. c) Memaklumkan sebarang pindaan kepada Pengurusan FSKM yang disenaraikan. d) Mengembalikan dokumen ini kepada Dekan FSKM ataupun Wakil Pengurusan atau menyerahkannya kepada pengganti masing-masing sekiranya berlaku pertukaran jawatan atau perpindahan.

NO. RUJUKAN TARIKH KUATKUASA MUKA SURAT : MK. UiTM. FSKM.01 : 15/09/2016 : iii SENARAI PEMEGANG DOKUMEN TERKAWAL BIL JAWATAN 1. Dekan 2. Wakil Pengurusan 3. Pengawal Dokumen 4. Ketua Unit Kualiti 5. Timbalan Pendaftar Kanan 6. Ketua Pusat Pengajian 7. Koordinator Program

NO. RUJUKAN TARIKH KUATKUASA MUKA SURAT : MK. UiTM. FSKM.01 : 15/09/2016 : v BAHAGIAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN KEPADA... 1 1.1 Pendahuluan... 1 1.2 Tujuan... 3 1.3 Kandungan Manual... 4 1.4 Penyediaan, Penguatkuasaan dan Capaian... 4 1.5 Penyelarasan Pindaan... 4 2.0 MAKLUMAT ORGANISASI... 5 2.1 Sejarah dan Latar Belakang FSKM... 5 2.2 Visi FSKM... 10 2.3 Misi FSKM... 10 2.4 Dasar Kualiti FSKM... 10 2.5 Objektif Kualiti FSKM... 11 2.6 Piagam Pelanggan... 12 2.7 Carta Organisasi FSKM... 13 2.8 Definisi... 15 2.9 Singkatan... 19 3.0 SKOP SISTEM PENGURUSAN... 20 3.1 Skop Pelaksanaan... 20 3.2 Aktiviti Teras Proses Pengajaran dan Pembelajaran... 20 3.2.1 Reka Bentuk dan Semakan Program... 20 3.2.2 Pendaftaran Program... 20 3.2.3 Pendaftaran Kursus... 20 3.2.4 Pengendalian Pengajaran dan Pembelajaran... 21 3.2.5 Penilaian... 21 3.2.6 Pengendalian Penilaian... 21 3.2.7 Pengurusan Keputusan... 22 3.2.8 Pengijazahan... 22

NO. RUJUKAN TARIKH KUATKUASA MUKA SURAT : MK. UiTM. FSKM.01 : 15/09/2016 : vi 3.3 Aktiviti Teras Proses Penyelidikan... 23 4.0 SISTEM PENGURUSAN... 23 4.1 Keperluan Am... 23 4.2 Keperluan Dokumentasi... 25 4.2.1 Am... 25 4.2.1(a) Dasar dan Objektif Kualiti FSKM... 26 4.2.1(b) & 4.2.2(a) Manual Kualiti... 26 4.2.1(c) & 4.2.2(b) Prosedur Kualiti... 26 4.2.3 Kawalan Dokumen... 27 4.2.4 Kawalan Rekod Kualiti... 30 5.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN... 31 5.1 Komitmen Pengurusan Atasan... 31 5.2 Tumpuan Kepada Pelanggan... 31 5.3 Dasar Kualiti... 32 5.4 Perancangan... 33 5.4.1 Objektif Kualiti... 33 5.4.2 Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti... 33 5.5 Tanggungjawab, Bidang Kuasa dan Komunikasi... 37 5.5.1 Tanggungjawab dan Bidang Kuasa... 37 5.5.2 Wakil Pengurusan... 37 5.5.3 Ketua Unit Kualiti... 38 5.5.4 Pengawal Dokumen... 39 5.5.5 Komunikasi Dalaman... 40 5.6 Kaji Semula Pengurusan... 41 5.6.1 Am... 41 5.6.2 Input Kaji Semula Pengurusan... 42 5.6.3 Hasil Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan... 42 6.0 PENGURUSAN SUMBER... 43

NO. RUJUKAN TARIKH KUATKUASA MUKA SURAT : MK. UiTM. FSKM.01 : 15/09/2016 : vii 6.1 Penyediaan Sumber... 43 6.2 Sumber Manusia... 43 6.3 Infrastruktur... 44 6.4 Persekitaran Kerja... 45 7.0 PENZAHIRAN PRODUK... 46 7.1 Produk Pengajaran dan Pembelajaran... 46 7.1.1 Perancangan Penyediaan Pengajaran dan Pembelajaran... 46 7.1.2 Proses Berkaitan Pelanggan... 49 7.1.3 Reka Bentuk dan Pembangunan Program... 52 7.1.4 Perolehan... 57 7.1.5 Penyediaan Perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran... 59 7.1.6 Kawalan Peralatan bagi Pemantauan dan Pengukuran... 63 7.2 Produk Penyelidikan... 65 7.2.1 Proses Permohonan Geran Projek Penyelidikan... 65 7.2.2 Proses IRMI... 66 8.0 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN... 67 8.1 Panduan Am... 67 8.2 Pemantauan dan Pengukuran... 67 8.2.1 Kepuasan Pelanggan... 67 8.2.2 Audit Dalam... 68 8.2.3 Pemantauan dan Pengukuran Proses... 69 8.2.4 Pemantauan dan Pengukuran Produk... 69 8.3 Kawalan Produk Yang Tidak Memenuhi Spesifikasi... 70 8.4 Analisis Data... 71 8.5 Penambahbaikan... 71 8.5.1 Penambahbaikan Berterusan... 71 8.5.2 Tindakan Pembetulan... 72 8.5.3 Tindakan Pencegahan... 72

TARIKH KUATKUASA : 15/09/2016 MUKA SURAT : 1/73 1.0 PENGENALAN KEPADA 1.1 Pendahuluan Manual Kualiti ini adalah berdasarkan keperluan dokumentasi Perkara 4.2.2 ISO 9001:2008. Manual ini mengandungi Maklumat Organisasi, Dasar Kualiti, Objektif Kualiti dan Prinsip Asas Jaminan Kualiti bagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan untuk memandu Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Selangor ke arah memenuhi keperluan Standard/Piawaian ISO 9001:2008. Manual Kualiti ini disokong oleh dua puluh tiga (23) Prosedur Kualiti kesemuanya, yang terdiri daripada sembilan (9) Prosedur Pengurusan dan empat belas (14) Prosedur Operasi berserta Arahan Kerja, Carta Aliran Proses dan Dokumen Sokongan yang berkaitan dengannya seperti dalam senarai berikut: a) Prosedur Pengurusan PK.UiTM.FSKM (P).01 - Prosedur Kawalan Dokumen PK.UiTM.FSKM (P).02 - Prosedur Kawalan Rekod PK.UiTM.FSKM (P).03 - Prosedur Audit Dalam PK.UiTM.FSKM (P).04 - Prosedur Aduan dan Maklum Balas Pelanggan PK.UiTM.FSKM (P).05 - Prosedur Tindakan Pembetulan PK.UiTM.FSKM (P).06 - Prosedur Tindakan Pencegahan PK.UiTM.FSKM (P).07 - Prosedur Pengurusan Latihan PK.UiTM.FSKM (P).08 - Prosedur Pengurusan Perolehan PK.UiTM.FSKM (P).09 - Prosedur Penyelenggaraan Ruang dan Peralatan Pembelajaran

MUKA SURAT : 2/73 b) Prosedur Operasi PK.UiTM.FSKM (O).01 PK.UiTM.FSKM (O).02 PK.UiTM.FSKM (O).03 PK.UiTM.FSKM (O).04 PK.UiTM.FSKM (O).05 PK.UiTM.FSKM (O).06 PK.UiTM.FSKM (O).07 PK.UiTM.FSKM (O).08 PK.UiTM.FSKM (O).09 PK.UiTM.FSKM (O).10 PK.UiTM.FSKM (O).11 PK.UiTM.FSKM (O).12 PK.UiTM.FSKM (O).13 PK.UiTM.FSKM (O).14 - Prosedur Reka Bentuk dan Semakan Kurikulum Program - Prosedur Pengecualian Kredit - Prosedur Penyediaan Fail Kursus - Prosedur Penyediaan Portfolio Pengajaran - Prosedur Penyediaan Jadual Waktu Kuliah - Prosedur Pemantauan Profesionalisma Pensyarah (PRO-PENS) - Prosedur Pengendalian/Penilaian Projek Tahun Akhir Sarjana Muda - Prosedur Pengendalian Latihan Industri - Prosedur Penyediaan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir - Prosedur Pengendalian Peperiksaan Akhir - Prosedur Pengurusan Keputusan Peperiksaan Akhir - Prosedur Pengurusan Pembentangan Cadangan Penyelidikan (DRP) - Prosedur Permohonan Geran Penyelidikan - Prosedur Kawalan Produk yang Tidak Memenuhi Spesifikasi c) Dokumen Sokongan Akta Institut Teknologi MARA 173 dan pindaannya Akta Institusi Pengajian Tinggi (Tatatertib) 1976, Akta 174 Peraturan Akademik (Pindaan 2015) Arahan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Arahan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Arahan dan Surat Pekeliling Akademik Pelan Perancangan Strategik Fakulti Buku Panduan Staf

MUKA SURAT : 3/73 Code of Practice for Programme Accreditation (2009) Code of Practice for Institutional Audit (2008) Quality Assurance & Enhancement Policy (2014) Polisi Penilaian Akademik Pelajar UiTM (2015) Dasar Plagiarisma UiTM (2012) Kod Etika Pensyarah 1.2 Tujuan Manual Kualiti ini adalah bertujuan untuk: i) Menerangkan maklumat am mengenai Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Selangor yang mana selepas ini dirujuk sebagai FSKM; ii) Menjelaskan secara ringkas Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) FSKM yang berlandaskan piawaian ISO 9001:2008 dan COPIA dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan yang dilaksanakan oleh FSKM yang mana selepas ini dirujuk sebagai aktiviti teras fakulti; iii) Menggariskan dasar dan prinsip jaminan kualiti bagi setiap aktiviti berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan yang dilaksanakan dalam memenuhi keperluan ISO 9001:2008 dan COPIA; dan iv) Menjelaskan proses yang dijalankan serta batasan aplikasi dalam memenuhi keperluan ISO 9001:2008.

MUKA SURAT : 4/73 1.3 Kandungan Manual Manual ini mengandungi lapan (8) bahagian yang meliputi perkara-perkara berikut: Bahagian 1 - Pengenalan Kepada Manual Kualiti Bahagian 2 - Maklumat Organisasi Bahagian 3 - Skop Sistem Pengurusan Kualiti Bahagian 4 - Keperluan Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti Bahagian 5 - Tanggungjawab Pengurusan Bahagian 6 - Pengurusan Sumber Bahagian 7 - Penzahiran Produk Bahagian 8 - Pengukuran, Analisis dan Penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti 1.4 Penyediaan, Penguatkuasaan dan Capaian Manual Kualiti ini hanya terpakai dan berkuatkuasa setelah diluluskan dan ditandatangani oleh Dekan FSKM. Manual Kualiti ini adalah Dokumen Terkawal yang diselia dan diselenggarakan oleh Pengawal Dokumen. Manual Kualiti ini dikemaskini mengikut arahan pengemaskinian yang dikeluarkan oleh Dekan FSKM atau Wakil Pengurusan dari masa ke semasa. 1.5 Penyelarasan Pindaan Pengawal Dokumen bertanggungjawab untuk menyelaraskan pindaan ke atas manual ini seperti mana keperluan Seksyen 4.2.3. Mana-mana bahagian daripada dokumen ini tidak boleh dikeluarkan atau dipinda tanpa kebenaran pihak yang meluluskan dokumen ini.

MUKA SURAT : 5/73 2.0 MAKLUMAT ORGANISASI 2.1 Sejarah dan Latar Belakang FSKM Fakulti ini bermula pada tahun 1966, yang mana pada masa itu dikenali sebagai Kajian ASMEC iaitu singkatan bagi Actuarial Science, Statistics, Mathematics, Econometrics, and Cybernetics dan beroperasi di Kampus Dewan Latihan RIDA, Jalan Othman, Petaling Jaya. Ia mengendali program luaran untuk para pelajar menduduki peperiksaan Institute of Statisticians, United Kingdom dan Institute of Actuaries, United Kingdom. Pada tahun 1969, Kajian ASMEC mengorak langkah dengan menawarkan program dalaman pertamanya iaitu Diploma Sains Komputer. Dengan penawaran program diploma ini, Institut Teknologi MARA (ITM) menjadi institusi akademik pertama di Malaysia yang menawarkan program dalam bidang Sains Komputer. Sambutan bagi program dalaman pada ketika itu adalah lebih menggalakkan berbanding dengan program luaran. Pada tahun 1970, Kajian ASMEC berpindah ke Bangunan Menara di Kampus Shah Alam dan pada tahun 1974 pula, Kajian ASMEC dinamakan Kajian Sains Matematik dan Komputer (KSMK). Secara beransur-ansur program luaran digantikan dengan program diploma dalaman. Lulusan daripada program Diploma ini berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Lanjutan yang setara dengan Ijazah Sarjana Muda. Diploma Lanjutan Statistik mula ditawarkan pada tahun 1980. Ini diikuti dengan penawaran program usaha sama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1985 iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Komputer) ITM-UKM. Bagi menambah bilangan graduan bumiputera dalam bidang sains komputer, program Diploma Sains Komputer telah dikembangkan ke kampus cawangan Perak, Pahang dan Terengganu pada tahun 1985 dan di kampus cawangan Perlis pada tahun 1995. Pada tahun 1996, apabila ITM dinaiktarafkan sebagai universiti, Akta ITM dipinda untuk membolehkannya menawarkan program di peringkat Sarjana Muda, Sarjana

MUKA SURAT : 6/73 dan Doktor Falsafah. Selaras dengan pindaan akta tersebut, ketiga-tiga program Diploma Lanjutan telah ditukar kepada Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang masing-masing. Pada bulan Jun 1996, fakulti ini mempunyai bangunan baharu sendiri yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur pengkomputeran dan perangkaian di Kampus Shah Alam. Pada tahun 1997, nama Kajian Sains Matematik dan Komputer (KSMK) ditukar kepada Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif (FTMSK). Fakulti ini terus berkembang pesat sejajar dengan kemajuan Institut Teknologi MARA. Program Sijil Pengaturcaraan Komputer dan Diploma Sains Komputer bersama dengan kolej-kolej bersekutu yang bermula pada tahun 1998 telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Fakulti terus melangkah ke hadapan dengan menawarkan program-program di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah pada tahun 1999. Program Diploma Sains Komputer terus dikembangkan ke kampus-kampus lain iaitu Perlis (1995), Sarawak (2000), dan Negeri Sembilan (2001). Pada awal tahun 2003 dan awal 2004, Program Diploma Statistik dan Program Diploma Sains Kuantitatif telah mula ditawarkan di kampus Kelantan dan Perak. Juga Program peringkat Sarjana Muda iaitu, Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik di Kelantan, Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengkomputeran Perniagaan di Terengganu dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengurusan di Perlis. Pada tahun 2009, FTMSK bertukar nama kepada Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM). Program FSKM terus berkembang berikutan dengan penubuhan beberapa kampus di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI). Program peringkat Diploma dan Sarjana Muda mula ditawarkan di tiga kampus iaitu di Kampus PFI Seremban 3, Tapah dan Jasin pada tahun 2012 dan di Kampus PFI Raub pada tahun 2015. Sehingga Mac 2016, FSKM telah menawarkan 38 program: lima (5) program peringkat Diploma, tiga belas (13) program peringkat Sarjana Muda, tiga belas (13)

MUKA SURAT : 7/73 program peringkat Sarjana dan tujuh (7) program peringkat Doktor Falsafah seperti yang tertera dalam Jadual 2.1, Jadual 2.2, dan Jadual 2.3. Namun, untuk kampus di Shah Alam, FSKM hanya menjalankan program peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah sahaja. Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran, FSKM kini bergiat aktif dalam aktiviti penyelidikan yang merangkumi bidang sains komputer dan matematik serta merentasi sempadan pelbagai disiplin lain, dengan hasrat menjadi sebuah fakulti penyelidikan selaras dengan wawasan UiTM untuk menjadi universiti penyelidikan. Pada tahun 2016 FSKM menyambut Jubli Emas dengan slogan Inisiatif Inovatif Komprehensif. Dengan usia 50 tahun, FSKM kini semakin matang dalam bidang akademik dan penyelidikan. FSKM akan terus beriltizam untuk mengungguli kesarjanaan dan kecemerlangan akademik berintensifkan penyelidikan.

MUKA SURAT : 8/73 Jadual 2.1: Senarai Program Peringkat Diploma Bil. Nama Program Kod Program 1 Diploma Sains Komputer CS110 2 Diploma Statistik CS111 3 Diploma Sains Aktuari CS112 4 Diploma Sains Kuantitatif CS113 5 Diploma Sains Matematik CS143 Jadual 2.2: Senarai Program Peringkat Sarjana Muda Bil. Nama Program Kod Program 1 Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) CS220/CS240 2 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik CS221/CS241 3 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Aktuari CS222/CS242 4 5 6 7 Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Kejuruteraan Sistem Pintar Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Pengkomputeran Perniagaan Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Komunikasi Data dan Perangkaian Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Kejuruteraan Sistem Maklumat CS223/CS243 CS224/CS244 CS225/CS245 CS226/CS246 8 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengkomputeran CS227/CS247 9 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengurusan CS228/CS248 10 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik CS229/CS249 11 Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) CS230 12 13 Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Pengkomputeran Netsentrik Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Pengkomputeran Multimedia CS231/CS251 CS233/CS253

MUKA SURAT : 9/73 Jadual 2.3: Senarai Program Peringkat Pascasiswazah Bil. Nama Program Kod Program 1 Sarjana Sains Statistik Gunaan CS702/CS772 2 Sarjana Sains Komputer CS707/CS777 3 Sarjana Sains Perangkaian Komputer CS708/CS778 4 Sarjana Sains Teknologi Maklumat CS770 5 Sarjana Sains Kuantitatif CS771 6 Sarjana Sains Matematik Gunaan CS773 7 Sarjana Sains (Sains Komputer) CS750 8 Sarjana Sains (Teknologi Maklumat) CS751 9 Sarjana Sains (Matematik) CS752 10 Sarjana Sains (Statistik) CS753 11 Sarjana Sains (Sains Pemutusan) CS754 12 Sarjana Sains (Sains Aktuari) CS755 13 Sarjana Sains Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif CS780 14 Doktor Falsafah (Sains Komputer) CS950 15 Doktor Falsafah (Teknologi Maklumat) CS951 16 Doktor Falsafah (Matematik) CS952 17 Doktor Falsafah (Statistik) CS953 18 Doktor Falsafah (Sains Pemutusan) CS954 19 Doktor Falsafah (Sains Aktuari) CS955 20 Doktor Falsafah Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif CS990

MUKA SURAT : 10/73 2.2 Visi FSKM Fakulti yang mengungguli kesarjanaan dan kecemerlangan akademik berintensifkan penyelidikan serta melahirkan teknousahawan pengkomputeran dan matematik. 2.3 Misi FSKM Mempertingkatkan keilmuan, kepakaran dan profesionalisme melalui ekosistem pendidikan dan penyelidikan berinovasi serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan. 2.4 Dasar Kualiti FSKM FSKM komited untuk menyediakan program Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang Sains Komputer dan Matematik yang memenuhi keperluan Outcome Based Education (OBE) bagi menghasilkan graduan yang dinamik dan sentiasa memenuhi keperluan pelanggan. FSKM juga beriltizam untuk mengintensifkan aktiviti penyelidikan untuk jangka masa panjang. FSKM akan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti yang cekap, berkesan dan sentiasa melaksanakan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi sebuah fakulti yang unggul.

MUKA SURAT : 11/73 2.5 Objektif Kualiti FSKM Objektif Kualiti FSKM bagi tahun 2016-2017 adalah untuk memastikan: 1. 80% graduan mendapat pekerjaan semasa konvokesyen. 2. 2.5% graduan menjadi teknousahawan semasa konvokesyen. 3. 90% pelajar peringkat Sarjana Muda menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan (GOT). 4. 60% pelajar peringkat Sarjana secara kerja kursus sepenuh masa menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan (GOT). 5. 1% pelajar peringkat pasca siswazah secara penyelidikan sepenuh masa menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan (GOT). 6. Semua kurikulum bersifat kerja kursus disemak selewat-lewatnya setiap 4 tahun bagi program yang tempoh pengajiannya kurang dari 4 tahun. 7. 35% daripada pensyarah berkelayakan Doktor Falsafah. 8. 10 pelajar menamatkan program pengajian Ijazah Kedoktoran setahun. 9. 51 penerbitan dalam jurnal berindeks setahun. 10. Jumlah geran penyelidikan mencapai RM1 juta setahun.

MUKA SURAT : 12/73 2.6 Piagam Pelanggan Untuk semua pelanggan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pelajar Akademik & Staf Ibu Bapa Industri, dan Pihak Berkepentingan Kami menawarkan perkhidmatan berkualiti yang beretika dan berintegriti tinggi dan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa: Semua keperluan asas untuk pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan dan juga persekitaran sekeliling, memenuhi Malaysian Qualification Agency (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi dan badanbadan profesional. Semua program akademik mendapat kelulusan, diurus dan ditadbir mengikut prosedur dan peraturan universiti. Semua kelayakan akademik diiktiraf oleh kerajaan dan memenuhi kehendak industri dan badan-badan profesional yang relevan. Pengijazahan dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan selepas memenuhi semua keperluan yang ditentukan. Kecemerlangan dalam pencapaian akademik dikenal pasti dan diberi penghargaan sewajarnya pada setiap tahun. Semua cadangan dan laporan rasmi diambil tindakan dalam tempoh seminggu. Memberi kemudahan kepada komuniti dari masa ke semasa. Menyediakan perkhidmatan profesional dan mesra pelanggan. UiTM akan menyediakan perkhidmatan mengikut Piagam Pelanggan sebagaimana yang diamalkan oleh pelbagai entiti seperti fakulti, kampus cawangan, bahagian, institut, pusat dan unit.

2.7 Carta Organisasi FSKM

MUKA SURAT : 15/73 2.8 Definisi a) Pelanggan Pelanggan boleh dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu: i) Pelanggan misi Ibu bapa/penjaga, penaja pelajar, Kementerian Pendidikan Tinggi, Lembaga Pengarah Universiti dan UiTM. ii) Pelanggan proses Pelajar yang mengikuti program di FSKM. Juga pensyarah, penyelidik dan pembantu penyelidik yang melakukan penyelidikan. iii) Pelanggan dalaman Staf yang berkhidmat di FSKM. iv) Pelanggan luar Universiti, industri, agensi kerajaan, badan profesional, komuniti dan lain-lain. b) Produk Produk akhir yang tersenarai di bawah adalah berdasarkan dua aktiviti teras FSKM. i) Produk Pengajaran dan Pembelajaran Graduan iaitu pelajar yang tamat program. Produk sampingan seperti fail kursus dan bahan pengajaran, kertas soalan peperiksaan, serta hasil daripada setiap proses pengajaran dan pembelajaran. ii) Produk Penyelidikan Hasil penyelidikan, penerbitan, model, sistem/artifak, modal insan, jaringan bersama penyelidikan kebangsaan dan antarabangsa.

MUKA SURAT : 16/73 c) Program Program peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran yang ditawarkan di FSKM dijalankan secara sepenuh/separuh masa. Dua jadual berikut memaparkan senarai program yang kini dijalankan di kampus UiTM Shah Alam yang terdiri dari duabelas (12) program peringkat Sarjana Muda, tigabelas (13) peringkat Sarjana, dan tujuh (7) peringkat Doktor Falsafah. Jadual 2.4: Senarai Program FSKM Peringkat Sarjana Muda di Kampus UiTM Shah Alam Bil Nama Program Kod Program 1 Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) CS230 2 Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) CS240 3 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik CS241 4 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Aktuari CS242 5 Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Kejuruteraan Sistem Pintar CS243 6 Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Pengkomputeran Perniagaan CS244 7 Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Komunikasi Data dan Perangkaian CS245 8 Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Kejuruteraan Sistem Maklumat CS246 9 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengkomputeran CS247 10 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik CS249 11 Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Pengkomputeran Netsentrik CS251 12 Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Pengkomputeran Multimedia CS253

MUKA SURAT : 17/73 Jadual 2.5: Senarai Program FSKM Peringkat Pascasiswazah di Kampus UiTM Shah Alam Bil Nama Program Kod Program 1 Sarjana Sains Statistik Gunaan CS702 2 Sarjana Sains Komputer CS707 3 Sarjana Sains Perangkaian Komputer CS708 4 Sarjana Sains Teknologi Maklumat CS770 5 Sarjana Sains Kuantitatif CS771 6 Sarjana Sains Matematik Gunaan CS773 7 Sarjana Sains (Sains Komputer) CS750 8 Sarjana Sains (Teknologi Maklumat) CS751 9 Sarjana Sains (Matematik) CS752 10 Sarjana Sains (Statistik) CS753 11 Sarjana Sains (Sains Pemutusan) CS754 12 Sarjana Sains (Sains Aktuari) CS755 13 Sarjana Sains Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif CS780 14 Doktor Falsafah (Sains Komputer) CS950 15 Doktor Falsafah (Teknologi Maklumat) CS951 16 Doktor Falsafah (Matematik) CS952 17 Doktor Falsafah (Statistik) CS953 18 Doktor Falsafah (Sains Pemutusan) CS954 19 Doktor Falsafah (Sains Aktuari) CS955 20 Doktor Falsafah Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif CS990

MUKA SURAT : 18/73 d) Staf FSKM Staf FSKM terdiri daripada staf akademik dan staf pentadbiran. Staf akademik merangkumi Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah dan Penyelidik. Fakulti juga mempunyai staf akademik secara kontrak dalam bidang tertentu. Staf pentadbiran pula terdiri daripada Timbalan Pendaftar Kanan, Penolong Pendaftar Kanan, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pendaftar, Pegawai Eksekutif Kanan, Penolong Jurutera, Pegawai Eksekutif, Kerani, Juruteknik Komputer, dan Pembantu Operasi. e) Pengurusan Atasan Pengurusan atasan terdiri daripada Dekan, Timbalan-Timbalan Dekan dan Timbalan Pendaftar Kanan. f) Wakil Pengurusan Wakil Pengurusan adalah salah seorang daripada staf Pengurusan Atasan Fakulti yang dilantik oleh Dekan untuk memastikan proses pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan Sistem Pengurusan Kualiti FSKM selaras dengan keperluan ISO 9001:2008 dan COPIA. Wakil Pengurusan Fakulti adalah Timbalan Dekan (Akademik). g) Ketua Unit Kualiti Staf yang dilantik oleh Ketua FSKM bagi merancang dan memantau pelaksanaan aktiviti dan inisiatif penambahbaikan kualiti yang menyokong dan memantapkan Sistem Pengurusan Kualiti di FSKM sepertimana yang dinyatakan dalam Dasar Jaminan dan Pengukuhan Kualiti. h) Pengawal Dokumen Pengawal Dokumen untuk FSKM merupakan seorang Timbalan Pendaftar Kanan sepertimana yang dinyatakan dalam Dasar Jaminan dan Pengukuhan Kualiti. Beliau bertanggungjawab untuk menyelia dan menyelenggarakan dokumen kualiti SPK FSKM.

MUKA SURAT : 19/73 2.9 Singkatan UiTM - Universiti Teknologi MARA FSKM - Fakulti Sains Komputer dan Matematik COPIA - Code of Practice for Institutional Audit COPPA - Code of Practice for Programme Accreditation CSPI - Centre for Strategic Planning ICRESS - Integrated Course Registration and Scheduling System IRMI - Institute of Research Management and Innovation JAF - Jawatankuasa Akademik Fakulti JAN - Jawatankuasa Akademik Negeri JKAPS - Jawatankuasa Kecil Akademik Pengajian Siswazah JKKF - Jawatankuasa Kecil Kurikulum Fakulti JKIKU - Jawatankuasa Induk Kurikulum Universiti JKIPA - Jawatankuasa Induk Penilaian Akademik KPT - Kementerian Pendidikan Tinggi KUK - Ketua Unit Kualiti LPU - Lembaga Pengarah Universiti MKSP - Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan MQA - Malaysian Qualifications Agency MQF - Malaysian Qualifications Framework OBE - Outcome Based Education PRO-PENS - Pemantauan Profesionalisme Pensyarah SPK - Sistem Pengurusan Kualiti WP - Wakil Pengurusan

MUKA SURAT : 20/73 3.0 SKOP SISTEM PENGURUSAN 3.1 Skop Pelaksanaan Skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti FSKM adalah meliputi penyediaan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran bagi program peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran serta aktiviti penyelidikan di FSKM, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. 3.2 Aktiviti Teras Proses Pengajaran dan Pembelajaran Terdapat lapan (8) aktiviti teras bagi proses pengajaran dan pembelajaran di FSKM. Proses pengajaran dan pembelajaran di FSKM adalah berdasarkan sistem Outcome Based Education atau OBE seperti yang ditetapkan oleh MQA. 3.2.1 Reka Bentuk dan Semakan Program Reka bentuk program baharu dan sedia ada adalah proses pembangunan berasaskan panduan dan ketetapan KPT, MQA, Badan Profesional dan UiTM. FSKM hendaklah mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan reka bentuk dan pembangunan kurikulum program baharu serta semakan semula bagi program sedia ada, verifikasi dan validasi setiap reka bentuk dan peringkat pembangunan program yang bersesuaian. 3.2.2 Pendaftaran Program Pendaftaran program adalah proses pendaftaran kemasukan pelajar ke program akademik fakulti. Selepas mendaftar, pelajar dikehendaki mengikuti taklimat FSKM untuk diberi penerangan mengenai peraturan serta keperluan program akademik dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. 3.2.3 Pendaftaran Kursus Pendaftaran kursus ialah proses pendaftaran kursus oleh pelajar, mengikut Pelan Pengajian program yang ditetapkan oleh Senat pada semester berkenaan, yang dilakukan secara atas talian (on-line). Penentuan kursus yang akan ditawarkan, disediakan sebelum semester bermula. Ini adalah

MUKA SURAT : 21/73 untuk merancang penjadualan aktiviti akademik dan keperluan fasiliti pembelajaran dan pengajaran berdasarkan kepada bilangan pelajar berdaftar. 3.2.4 Pengendalian Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran topik-topik dibuat berpandukan kepada Maklumat Kursus (Course Information) dan Skema Kerja (Scheme of Work). Kelas dijadualkan menggunakan sistem ICRESS sebelum semester bermula dan kawalan dari segi penyelarasan dilakukan melalui sistem pelantikan Pakar Rujuk (Resource Person) bagi setiap kod kursus. Pemantauan kuliah dijalankan oleh AJK PRO- PENS bagi memastikan kuliah berjalan seperti yang dijadualkan dan pengajaran mengikut silibus. 3.2.5 Penilaian Bagi program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, penilaian akademik dilakukan berdasarkan kerja kursus, latihan praktik, projek sarjana muda dan peperiksaan akhir semester. Untuk program Ijazah Sarjana secara kerja kursus, kaedah penilaian adalah menggunakan pemarkahan ke atas kerja kursus, peperiksaan akhir semester dan projek penyelidikan. Namun, ada juga beberapa program yang tidak menjalankan penilaian ke atas peperiksaan akhir. Bagi program Ijazah Sarjana secara penyelidikan dan program Ijazah Kedoktoran, penilaian dilakukan ke atas tesis pelajar. Penilaian kemajuan penyelidikan pelajar dilakukan secara berkala dan berterusan oleh panel penilai yang dilantik. Proses penilaian akhir melibatkan pemeriksaan tesis dan ujian lisan (viva-voce) ke atas pelajar oleh pemeriksa dalam dan luar. Kelulusan diberikan di peringkat fakulti dan seterusnya diperakui di peringkat Senat UiTM. 3.2.6 Pengendalian Penilaian Hasil pembelajaran pelajar (Student s Learning Outcomes) dinilai mengikut kriteria yang ditetapkan dan direkodkan serta disahkan di peringkat JAF. Pemantauan dilaksanakan untuk mendokumenkan dan melaporkan status kemajuan pelajar untuk tujuan penganugerahan ijazah.

MUKA SURAT : 22/73 3.2.7 Pengurusan Keputusan Proses ini melibatkan pemarkahan, penggredan, pengumpulan dan pembetulan keputusan. Hebahan markah kepada pelajar dibuat melalui Portal Pelajar setelah kelulusan Senat diperoleh. 3.2.8 Pengijazahan Semua pelajar yang telah memenuhi syarat penganugerahan akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran setelah diperakukan oleh Senat. Dokumen Rujukan: PK.UiTM.FSKM (O).01 - Prosedur Reka Bentuk dan Semakan Kurikulum Program PK.UiTM.FSKM (O).02 - Prosedur Pengecualian Kredit PK.UiTM.FSKM (O).03 - Prosedur Penyediaan Fail Kursus PK.UiTM.FSKM (O).04 - Prosedur Penyediaan Portfolio Pengajaran PK.UiTM.FSKM (O).05 - Prosedur Penyediaan Jadual Waktu Kuliah PK.UiTM.FSKM (O).06 - Prosedur Pemantauan Profesionalisma Pensyarah (PRO- PENS) PK.UiTM.FSKM (O).07 - Prosedur Pengendalian/Penilaian Projek Tahun Akhir Sarjana Muda PK.UiTM.FSKM (O).08 - Prosedur Pengendalian Latihan Industri PK.UiTM.FSKM (O).09 - Prosedur Penyediaan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir PK.UiTM.FSKM (O).10 - Prosedur Pengendalian Peperiksaan Akhir PK.UiTM.FSKM (O).11 - Prosedur Pengurusan Keputusan Peperiksaan Akhir PK.UiTM.FSKM (O).12 - Prosedur Pengurusan Pembentangan Cadangan Penyelidikan (DRP)

MUKA SURAT : 23/73 3.3 Aktiviti Teras Proses Penyelidikan FSKM hanya menumpukan kepada proses awalan penyediaan permohonan penyelidikan. Proses selanjutnya akan dikendalikan oleh Institute of Reseach Management & Innovation (IRMI) yang boleh dicapai dari laman web http://irmi.uitm.edu.my. Dokumen rujukan: PK.UiTM.FSKM (O).13 - Prosedur Permohonan Geran Penyelidikan 4.0 SISTEM PENGURUSAN 4.1 Keperluan Am Sistem Pengurusan Kualiti FSKM diwujudkan bagi memastikan satu Sistem Pengurusan Kualiti dapat dibentuk, didokumenkan, dilaksanakan dan diselenggarakan dengan cekap dan berkesan yang juga merangkumi penambahbaikan berterusan yang berkesan selaras dengan kehendak pelanggan dan keperluan piawaian ISO 9001:2008 dan COPIA. Pengurusan Atasan FSKM akan: a. Mengenal pasti proses yang diperlukan dalam Sistem Pengurusan Kualiti dan perlaksanaannya ke seluruh fakulti. b. Menentukan turutan dan hubung kait di antara proses. c. Menentukan kriteria dan kaedah yang diperlukan bagi menilai operasi dan kawalan yang berkesan ke atas proses. d. Memastikan terdapat sumber dan maklumat yang diperlukan bagi menyokong operasi dan pemantauan proses termasuk proses khidmat luar (outsourced process). e. Memantau, mengukur (di mana perlu) dan menganalisis proses. f. Melaksanakan tindakan-tindakan yang perlu untuk mencapai keputusan yang telah dirancang dan penambahbaikan berterusan ke atas proses.

MUKA SURAT : 24/73 Proses-proses yang diperlukan dalam Sistem Pengurusan Kualiti telah dikenal pasti mengikut turutan dan hubung kait di antara mereka seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 4.1. Penambahbaikan Berterusan Sistem Pengurusan Kualiti K E P E R L U A N P E L A N G G A N Pengurusan Sumber Pengurusan Latihan & Kompetensi Perolehan Khidmat & Bahan Pengurusan Storan Penyelenggaraan Ruang Tanggungjawab Pengurusan Kaji Semula Pengurusan Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan Kawalan Dokumen Kawalan Rekod Penzahiran Produk Pembelajaran & Pengajaran Reka bentuk & Semakan Program Pendaftaran Pelajar Pendaftaran Kursus Pengendalian Program Pengurusan Peperiksaan Pengurusan Keputusan Pengijazahan Pengukuran, Analisis dan Penambahbaikan Audit Dalaman Produk tidak Memenuhi Spesifikasi Maklum balas & Kepuasan Pelanggan K E P U A S A N P E L A N G G A N Input Penyelidikan Hasil penyelidikan (model, artifak, sistem) Penerbitan Modal insan Jaringan bersama penyelidik Output Produk Rajah 4.1: Hubung kait dan Turutan Proses-proses SPK FSKM

MUKA SURAT : 25/73 4.2 Keperluan Dokumentasi Dokumentasi proses pengurusan dan operasi sistem kualiti, yang merangkumi penyediaan dan pengendalian pengajaran dan pembelajaran program, serta aktiviti penyelidikan di FSKM adalah perlu bagi mengenal pasti, memahami dan memenuhi kehendak pelanggan. 4.2.1 Am Sistem dokumentasi merangkumi penyataan Dasar Kualiti, Objektif Kualiti, prosedur-prosedur dan rekod-rekod yang ditetapkan oleh piawaian ISO 9001:2008. Ianya bertujuan untuk memastikan perancangan, operasi dan kawalan proses adalah berkesan. Struktur Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti FSKM adalah berasaskan kepada Rajah 4.2 di bawah: TANGGUNGJAWAB Dekan Fakulti Sains Komputer & Matematik, Timbalan Dekan, Timbalan Pendaftar Kanan, Wakil Pengurusan Ketua Pusat Pengajian, Koordinator Kursus, Pengerusi Program, Koordinator, Penyelaras, Staf Akademik Timbalan Pendaftar Kanan, Penolong Pendaftar, Ketua Pusat Pengajian, Pengerusi Program Koordinator Kursus, Penyelaras, Pegawai Eksekutif, Pensyarah, Pembantu Tadbir Manual Kualiti (Dasar, Objektif) Prosedur Kualiti (Pengurusan & Operasi) Dokumen Sokongan Arahan Kerja,Carta Aliran Senarai Semak, Dokumen Luar Rekod Kualiti Borang PENERANGAN Dasar,Objektif dan Manifesto Perancangan Sistem Kualiti Dokumen berkaitan Aktiviti Operasi dan Pengurusan Dokumen Terperinci mengenai Tugasan Rekod/Dokumen yang menjadi sokongan kepada Sistem Kualiti Rajah 4.2: Struktur Dokumentasi ISO 9001:2008 FSKM

MUKA SURAT : 26/73 4.2.1(a) Dasar dan Objektif Kualiti FSKM Dasar dan Objektif Kualiti FSKM adalah berlandaskan Dasar dan Objektif Kualiti UiTM. Sila rujuk perkara 2.4 dan 2.5 untuk Dasar dan Objektif Kualiti FSKM. 4.2.1(b) & 4.2.2(a) Manual Kualiti Manual Kualiti adalah dokumen utama yang menjelaskan dasar dan perancangan bagi penyediaan, pengendalian perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran program dan aktiviti penyelidikan di FSKM. Manual ini merupakan sumber rujukan utama bagi Sistem Pengurusan Kualiti FSKM menurut ketetapan piawaian ISO 9001:2008. Manual Kualiti FSKM akan meliputi: a) Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti FSKM b) Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti FSKM c) Rujukan kepada prosedur dan lain-lain dokumen sokongan d) Huraian pertalian antara proses dalam Sistem Pengurusan Kualiti FSKM (rujuk perkara 2.4 dan 2.5) 4.2.1(c) & 4.2.2(b) Prosedur Kualiti Prosedur Kualiti adalah dokumen yang menyatakan segala aktiviti pengurusan dan operasi FSKM. Pengurusan Atasan FSKM bertanggungjawab untuk menyedia dan melaksanakan prosedur ini secara konsisten dan mengikut piawaian ISO 9001:2008. Sehubungan dengan itu, FSKM mewujudkan sembilan (9) Prosedur Pengurusan dan empat belas (14) Prosedur Operasi (sila rujuk Senarai Dokumen Induk FSKM di Perkara 1.1).

MUKA SURAT : 27/73 4.2.1(d) Dokumen Sokongan, Luaran dan Arahan Kerja Dokumen Sokongan dan Luaran adalah dokumen yang dijadikan bahan rujukan bagi pelaksanaan sesuatu proses. Ia mestilah disimpan dan diselenggarakan oleh FSKM sebagai rujukan dan sokongan kepada Sistem Pengurusan Kualiti. Manakala Arahan Kerja pula adalah dokumen yang menjelaskan proses kualiti khusus secara terperinci dan diwujudkan mengikut keperluan aktiviti yang menyokong sesuatu Prosedur Kualiti. Dokumen Sokongan: 1. Visi dan Misi UiTM 2. Visi dan Misi FSKM 3. Dokumen OBE 4. Malaysian Qualifications Framework (MQF) 5. Code of Practice for Institutional Audit (COPIA) 6. Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) 4.2.3 Kawalan Dokumen 4.2.3.1 Kawalan Ke Atas Dokumen a) Dokumen Kualiti yang perlu dikawal ialah Manual Kualiti, Prosedur Kualiti, Arahan Kerja, Pelan Kualiti dan Dokumen Sokongan meliputi bahan pengajaran dan pembelajaran, dan aktiviti penyelidikan, yang diperlukan serta garis panduan berkaitan. Dokumen ini perlu mendapat kelulusan sebelum diedarkan mengikut keperluan ISO 9001:2008. b) Satu Senarai Induk yang mengandungi semua dokumen yang digunakan dalam Sistem Kualiti ini hendaklah disediakan. Senarai berkenaan hendaklah dikemas kini dari masa ke semasa apabila berlaku sesuatu perubahan atau pindaan. c) Semua dokumen akan diberikan kod rujukan identifikasi nombor keluaran dan pindaan terkini serta menunjukkan tarikh keluaran

MUKA SURAT : 28/73 untuk memastikan salinan dokumen adalah jelas dan mudah dikenal pasti. Pemegang Dokumen dan nombor salinan dokumen dikenal pasti melalui Senarai Pemegang Dokumen Terkawal. d) Manual dan Prosedur Kualiti asal yang diluluskan akan ditandakan di kulit luar sebagai DOKUMEN INDUK. Salinan Dokumen Induk tidak akan membawa perkataan DOKUMEN INDUK. Salinan yang diedarkan kepada Pengawal Dokumen akan ditandai SALINAN DOKUMEN TERKAWAL. e) Pengawal Dokumen bertanggungjawab memastikan Dokumen Kualiti yang dirujuk dalam Sistem Kualiti ini diselenggarakan dengan baik dan terkini serta ditempatkan di lokasi yang selamat dan mudah dikesan. f) Penyataan Visi, Misi FSKM serta Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti, Senarai Dokumen Induk Kualiti dan Manual Kualiti boleh dicapai melalui laman web FSKM di http://fskm.uitm.edu.my. g) Semua salinan cetak yang dimuat turun dari laman ini adalah dianggap sebagai Salinan Dokumen Tidak Terkawal.

MUKA SURAT : 29/73 4.2.3.2 Pindaan Dokumen a) Setiap staf FSKM yang berkaitan boleh memberikan cadangan pindaan kepada dokumen yang dikawal. Cadangan pindaan hendaklah dikemukakan kepada Wakil Pengurusan mengikut Prosedur Kawalan Dokumen. b) Sebarang pindaan dokumen mestilah mendapat kelulusan daripada Wakil Pengurusan terlebih dahulu. c) Semua pindaan yang dibuat hendaklah dicatat dalam Rekod Pindaan dan Salinan Induk dokumen berkenaan yang dikemas kini sepenuhnya. Pindaan dokumen dibuat dengan menggantikan muka surat yang terlibat. Nombor pindaan dan nombor keluaran dikemas kini dan tarikh kuat kuasa yang baru diberikan. Pindaan yang melebihi 50% daripada keseluruhan Dokumen akan diganti seluruhnya dengan nombor keluaran terbaru diberikan dan tarikh kuat kuasanya dimaklumkan. Pengurusan Atasan FSKM boleh menggunakan budi bicara untuk menyediakan dokumen baru walaupun kandungan pindaan tidak mencapai 50%. d) Pengawal Dokumen bertanggungjawab mengemas kini dan memasukkan semua pindaan berkaitan dan mengeluarkan dokumen yang dibatalkan serta melupuskannya mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Pengurusan Atasan FSKM. e) Jika keseluruhan Dokumen Terkawal dipinda, dokumen asal perlu dikembalikan kepada Pengawal Dokumen FSKM dan digantikan dengan Dokumen Terkawal yang terkini.

MUKA SURAT : 30/73 f) Satu salinan Dokumen Terkawal asal yang tidak dipinda perlu disimpan dan ditandai BATAL. Senarai pindaan yang berkaitan juga perlu dikemas kini. g) Jika dokumen sokongan yang diperoleh dari luar melibatkan perancangan, operasi dan sistem pengurusan kualiti FSKM, dokumen itu hendaklah dikenal pasti, dan edarannya terkawal. 4.2.4 Kawalan Rekod Kualiti FSKM akan menyedia dan menyelenggarakan Prosedur Kawalan Rekod sebagai bukti nyata pematuhan kepada syarat-syarat dan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti. Satu Senarai Induk Rekod disediakan untuk mempermudah pengesanan dan penyelenggaraan rekod FSKM. Satu sistem kod rujukan akan ditentukan menurut kategori rekod. Semua Rekod Kualiti disimpan dengan selamat supaya mudah dikenal pasti dan dirujuk. Jika disimpan secara elektronik, satu sistem sokongan (back-up) bagi storan rekod elektronik berkenaan akan diadakan. Rekod Kualiti berkenaan hendaklah disimpan secara sistematik untuk rujukan semula mengikut jenis dokumen dan jadual simpanan (retention schedule) yang ditetapkan sebelum dilupuskan mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Pengurusan FSKM. Dokumen rujukan: 1. PK.UiTM.FSKM(P).01 - Prosedur Kawalan Dokumen 2. PK.UiTM.FSKM(P).02 - Prosedur Kawalan Rekod

MUKA SURAT : 31/73 5.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN 5.1 Komitmen Pengurusan Atasan Pengurusan Atasan FSKM perlu membuktikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 FSKM, dan sentiasa berusaha secara berterusan untuk menambahbaikkan sistem bagi menjamin keberkesanannya dengan: a) Memastikan semua staf FSKM memahami dan menghayati betapa pentingnya kehendak pelanggan dipenuhi, serta keperluan perundangan dan peraturan dipatuhi. b) Mewujud dan meluluskan Dasar dan Objektif Kualiti (rujuk perkara 2.4 & 2.5). c) Mengadakan Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan bagi menyemak dan memantau prestasi sistem pengurusan kualiti FSKM. d) Memastikan sumber yang perlu untuk pelaksanaan sistem pengurusan kualiti adalah mencukupi (mengikut COPIA, COPPA dan Programme Standard). Dokumen Rujukan: Area 1, COPIA 5.2 Tumpuan Kepada Pelanggan Pengurusan Atasan FSKM hendaklah memastikan kehendak pelanggan dikenal pasti dan dipenuhi dengan tujuan meningkatkan kepuasan pelanggan dengan: a) Mewujudkan kaedah bagi menerima aduan atau maklum balas serta cadangan daripada pelanggan berhubung dengan program yang dikendalikan.

MUKA SURAT : 32/73 b) Mengkaji semula kehendak pelanggan bagi memastikan sebarang perbezaan di antara program yang ditawarkan dan pindaan semasa pelaksanaannya dapat dijelaskan. c) Memastikan pengendalian program adalah sesuai dengan keperluan dan perkembangan semasa serta masa depan. d) Memastikan sebarang pindaan dan keperluan tambahan yang ditetapkan oleh FSKM direkodkan. (Rujuk kepada Perkara 7.2.1 dan 8.2.1) 5.3 Dasar Kualiti Pengurusan FSKM akan memastikan Dasar Kualiti adalah sentiasa: a) Bersesuaian dengan matlamat penubuhan FSKM dengan mengambil kira kehendak pelanggan dan keperluan semasa. b) Disebar kepada semua staf supaya dihayati dan difahami oleh semua. c) Merangkumi komitmen pengurusan untuk memenuhi keperluan-keperluan sistem pengurusan kualiti dan meningkatkan Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan. d) Dikaji semula bagi menjamin kualiti yang berterusan mengikut kesesuaian. e) Menjadi asas dalam mewujudkan dan mengkaji semula Objektif Kualiti. Sila rujuk Perkara 2.4 & 2.5 untuk Dasar dan Objektif Kualiti FSKM.

MUKA SURAT : 33/73 5.4 Perancangan 5.4.1 Objektif Kualiti FSKM hendaklah memastikan Objektif Kualiti yang disediakan bersesuaian dengan Dasar Kualiti FSKM dan akan berusaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Objektif Kualiti mestilah boleh diukur dan selaras dengan Dasar Kualiti FSKM. 5.4.2 Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Atasan FSKM hendaklah memastikan: a) Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti dilaksanakan mengikut keperluan Perkara 4.1 dan Objektif Kualiti. Satu struktur unit kualiti hendaklah diguna pakai untuk mengukuhkan lagi SPK FSKM. Struktur Unit Kualiti FSKM adalah seperti yang tertera dalam Rajah 5.1. b) Sistem Pengurusan Kualiti kekal kukuh walaupun perubahan ke atas SPK dirancang dan dilaksanakan. Perubahan ini merangkumi semua dasar yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran. c) Perancangan Kualiti yang berdasarkan keperluan ISO 9001:2008 dilaksanakan seperti mana yang didokumenkan. d) Objektif Kualiti yang ditetapkan dapat dicapai dan dikaji semula untuk memenuhi kehendak pelanggan dan keadaan semasa. FSKM mengguna pakai pelan kualiti seperti yang tertera dalam Rajah 5.2 dan Rajah 5.3.

MUKA SURAT : 34/73 Dekan FSKM Wakil Pengurusan (TDA) Pengawal Dokumen (TPK/TP) Ketua Unit Kualiti Pegawai Dokumen Setiausaha Unit Kualiti Timbalan Ketua Unit Kualiti Ketua Sistem Audit (KSA) Ketua Bahagian Sistem Pengurusan Kualiti (KSPK) Ketua Bahagian Sistem Jaminan Kualiti (KSJK) Ketua Bahagian Analisa Data (KAD) Ketua Bahagian Maklum Balas & Kepuasan Pelanggan (KMKP) Ketua Bahagian Inovasi & Peningkatan (KIP) Ketua 5S Rajah 5.1: Struktur Unit Kualiti FSKM

MUKA SURAT : 35/73 Klausa 4.0: SPK Klausa 5.0: TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN ATASAN Klausa 8.0: PENGUKURAN, ANALISA & PENAMBAHBAIKAN Klausa 6.0: PENGURUSAN SUMBER Klausa 7.0: PENGZAHIRAN PRODUK Perolehan Khidmat & Bahan Pengurusan Storan Penyelenggaraan Ruang Kuliah & Makmal Reka Bentuk Program Pendaftaran Pelajar Pendaftaran Program/Kursus Pengendalian Pengajaran & Pembelajaran Penyediaan Program Penyediaan ruang, peralatan Penyediaan sumber manusia Pengurusan Peperiksaan Penyediaan Sistem Penilaian Pengurusan Keputusan Pengurusan Markah Pengijazahan Pengkelasan Kawalan Rekod Audit Dalaman Tindakan Pembetulan Perolehan Latihan Kawalan Dokumen Produk Tidak Memenuhi Spesifikasi Tindakan Pencegahan Kaji Semula Pengurusan Maklum Balas Pelanggan Rajah 5.2: Pelan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran FSKM

MUKA SURAT : 36/73 Klausa 4.0: SPK Klausa 5.0: TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN ATASAN Klausa 7.0: PENZAHIRAN PRODUK Klausa 8.0: PENGUKURAN, ANALISA & PENAMBAHBAIKAN Penyediaan boring permohonan oleh pensyarah Iklan tarikh hantar borang permohonan Penerimaan borang permohonan Proses penilaian oleh penilai yang berpengalaman Tidak Ya Pemohon upload dalam MyGrant Proses seterusnya oleh IRMI Kawalan Rekod Audit Dalaman Tindakan Pembetulan Perolehan Latihan Kawalan Dokumen Produk Tidak Memenuhi Spesifikasi Tindakan Pencegahan Kaji Semula Pengurusan Maklum Balas Pelanggan Rajah 5.3: Pelan Kualiti Penyelidikan FSKM

MUKA SURAT : 37/73 5.5 Tanggungjawab, Bidang Kuasa dan Komunikasi 5.5.1 Tanggungjawab dan Bidang Kuasa Pengurusan Atasan FSKM hendaklah mengenal pasti dan memaklumkan tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing kepada semua staf FSKM melalui Carta Organisasi serta Senarai Tugas. 5.5.2 Wakil Pengurusan Dekan FSKM akan melantik Wakil Pengurusan yang terdiri daripada Timbalan Dekan Akademik dengan tanggungjawab seperti berikut: a) Memastikan keperluan proses Sistem Pengurusan Kualiti diwujudkan, dilaksanakan dan diselenggarakan. b) Melaporkan kepada Pengurusan Atasan FSKM mengenai prestasi Sistem Pengurusan Kualiti FSKM dan sebarang keperluan penambahbaikan. c) Memastikan Staf FSKM diberi kesedaran mengenai keperluan pelanggan bagi penambahbaikan berterusan Sistem Kualiti FSKM. d) Bertanggungjawab sebagai pegawai perhubungan dengan pihak luar dalam hal yang berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti FSKM. e) Melaporkan kepada Pengurusan Atasan FSKM sekiranya keperluan sumber tidak mencukupi. f) Menyelaras penilaian dan pengurusan risiko.

MUKA SURAT : 38/73 5.5.3 Ketua Unit Kualiti Dekan FSKM akan melantik seorang Ketua Unit Kualiti (KUK) daripada kalangan staf FSKM dengan gred DM52 dan ke atas. Ketua Unit Kualiti ini akan bertanggungjawab seperti berikut: a) Merangka, merancang dan mengurus pembangunan dan pelaksanaan matlamat, dasar, objektif, prosedur dan sistem yang berkaitan dengan pengurusan dan jaminan kualiti. b) Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti dan inisiatif kualiti yang menyokong dan memantapkan proses dan Sistem Pengurusan Kualiti FSKM dan UiTM. c) Membantu Wakil Pengurusan dalam penyediaan laporan berkaitan dengan SPK seperti laporan prestasi sistem kualiti dan pencapaian objektif kualiti. d) Membantu Wakil Pengurusan dalam perancangan Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan. e) Menubuhkan pasukan Juruaudit Dalam dengan persetujuan Wakil Pengurusan/Ketua FSKM. f) Membantu Wakil Pengurusan dalam merancang penambahbaikan berterusan dan pengurusan risiko FSKM. g) Membuat perancangan tahunan keperluan latihan staf dan program kualiti FSKM.

MUKA SURAT : 39/73 5.5.4 Pengawal Dokumen Pengawal Dokumen adalah terdiri dari Ketua Pentadbiran (Timbalan Pendaftar Kanan) yang bertanggungjawab seperti berikut: a) Mengedar semua prosedur/dokumen yang telah diluluskan dan didaftarkan dalam SPK ISO 9001. b) Menyediakan Senarai Induk Dokumen ISO, Senarai Induk Dokumen Luaran, Senarai Edaran dan Penerimaan. c) Merekodkan senarai penerima dokumen dalam Senarai Edaran. d) Memaklumkan pemegang prosedur melalui memo atau e-mel, sekiranya terdapat pindaan atau dokumen/prosedur yang ingin diwujudkan. e) Memastikan borang yang digunakan oleh kakitangan adalah borang yang terkini dan diguna pakai di dalam dokumen SPK ISO 9001. f) Memaklumkan kepada semua unit/jabatan/ketua jabatan sekiranya terdapat pekeliling, dokumen luaran, dokumen dalaman, borang atau rujukan baru yang dikeluarkan atau diterima supaya boleh dimaklumkan kepada seluruh kakitangan organisasi melalui memo atau e-mel. g) Menyimpan rekod-rekod kawalan dokumen yang berkaitan apabila diarahkan oleh Wakil Pengurusan. h) Memastikan semua rekod yang dinyatakan di dalam prosedur ditempatkan di kawasan selamat. i) Memaklumkan melalui memo atau e-mel kepada seluruh kakitangan mengenai penggunaan prosedur baharu dan memastikan prosedur lama dihapuskan terus atau dikembalikan kepada pengawal dokumen untuk pelupusan. j) Memaklumkan melalui memo atau e-mel, sekiranya terdapat dokumen/prosedur baharu atau pindaan yang telah diluluskan untuk pelaksanaan organisasi.

MUKA SURAT : 40/73 k) Memaklumkan melalui memo atau e-mel kepada seluruh organisasi sekiranya berlaku pertukaran carta organisasi (Dekan FSKM, Ketua Jabatan, Wakil Pengurusan, Juruaudit Dalam dan yang berkaitan). l) Menyelaras sebarang perubahan dokumen yang diguna pakai. 5.5.5 Komunikasi Dalaman Pengurusan Atasan FSKM hendaklah memastikan sistem komunikasi dalaman yang berkesan diwujudkan melalui: a) Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Fakulti (JAF) b) Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kurikulum Fakulti (JKKF) c) Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Akademik Pengajian Siswazah (JKAPS) b) Mesyuarat Eksekutif Fakulti c) Mesyuarat Fakulti d) Sesi Taklimat e) Notis Papan Kenyataan f) Pekeliling Fakulti g) Perbincangan Kumpulan h) Sistem Aduan dan Maklum Balas Pelanggan i) Surat menyurat/memo j) e-mel k) laman web FSKM (http://fskm.uitm.edu.my) l) telefon Dokumen Rujukan: 1. Fail Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Fakulti (JAF) 2. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kurikulum Fakulti (JKKF) 3. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Akademik Pengajian Siswazah (JKAPS) 4. Fail Mesyuarat Eksekutif Fakulti 5. Fail Mesyuarat Akademik 6. Fail Pekeliling Fakulti