KAJIAN TERHADAP KUALITI UDARA DALAMAN BAGI BILIK KULIAH DI POLITEKNIK MERLIMAU

Similar documents
ESTIMATE IN FORMATION OF CONSTRUCTION CONTRACT EZATUL SHARIDA BINTI AHMAD TERMIZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOCTRINE OF PRIVITY AND ITS APPLICATION IN RELATION TO SUB-CONTRACTOR S PAYMENT NOR AIDA BINTI MOHD AMIN

RMK 357 Land Administration [Pentadbiran Tanah]

CONSULTANT ARCHITECT S DILIGENCE IN RAIL INFRASTRUCTURE PROJECT SHAMS ARIDA BIN ARIFFIN

THE INFLUENCE OF INTEREST AND UNDERSTANDING OF HOUSING DEVELOPERS ON GATED COMMUNITIES DEVELOPMENT AINUR ZAIREEN BINTI ZAINUDIN

SISTEM PENGURUSAN DOKUMEN (INFOBOX) Athirah Hazira Ab Halim Rodziah Latih ABSTRAK

Section 7 : Road Lighting

Abstract. the individual apartment units in a multi-storey apartment building. The hypothesis

KEBERKESANAN PENGELUARAN HAKMILIK KEKAL BERDASARKAN PINDAAN KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA A1104)

Jadual 1: Faktor Pemberat Bagi Jenis Petak (F1)

Faculty of Built Environment Universiti Teknologi Malaysia

NOVATION AGREEMENT IN DESIGN AND BUILD CONTRACTS NATASHA SAHIL UNIVERSITI TEKOLOGI MALAYSIA

KRITERIA PENILAIAN PASCA MENDUDUKI (POE) BAGI PUSAT-PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI AWAM DAN SWASTA: PERSPEKTIF PENGGUNA

LAND ACQUISITION ISSUES FOR JABATAN KERJA RAYA s ROAD WORK PROJECT NOOR FAZURA ABU SAMAAN

Jurnal Teknologi. Full Paper. Idris Zulkifle a*, Mohd Hafidz Hj Ruslan a, Mohd. Yusof Hj Othman a, Zahari Ibarahim a, Kamaruzzaman Sopian b

TEMPLATE SERAGAM SENARAI SEMAK DOKUMEN DAN SENARAI SEMAK TERPERINCI AGENSI TEKNIKAL JKT

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

SISTEM TEMPAHAN KERETA SEWA BERASASKAN WEB (UKM EZ-CAR) Noor Aznida Farina Binti Md Saad Masnizah Mohd

Kajian Penggunaan Termometer yang Berbeza ke atas Kualiti Penggorengan Hasilan Kerepek

KETEGASAN HABA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PERUBAHAN FISIOLOGI DI KALANGAN PEKERJA LELAKI KILANG PEMBUATAN KOMPONEN AUTOMOTIF, SHAH ALAM

PEMBEBANAN SERBUK YANG OPTIMUM BAGI BAHAN SUAPAN DARIPADA SS 316 L, PEG, PMMA DAN AS BAGI PROSES PENGACUANAN SUNTIKAN LOGAM (MIM)

Practical issue arising and how can developers adapt to new requirement

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

MEMBUAT DAN MENGUJI UNIT KAWALAN SUHU MOHD FARMEZEE BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

JADUAL IX KANUN TANAH NEGARA [Aturan 36J (2)] NOTIS TAWARAN

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RMK 357- Land Administration fpentadbiran Tanah]

INSTRUCTION: This section consists of THREE (3) essay questions. Answer ALL questions.

MANUAL PROSEDUR KERJA PEMBANGUNAN APLIKASI

Keywords: Pollutants, swirling flow, double radial swirler, combustion. Kata kunci: Bahan cemar, aliran berpusar, pemusar dwi aliran, pembakaran

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

DIBENTANGKAN OLEH: SALLEH HUDIN MUSTAFFA PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KAWALAN DOKUMEN. Tarikh: 29 Disember 2017 Tarikh: 29 Disember 2017

ELEMEN-ELEMEN KRITIKAL PENGURUSAN PERUBAHAN DI PERINGKAT REKABENTUK PROJEK PEMBINAAN ABDUL AZIZ BIN HARUN

PENYAMPAIAN INTERAKTIF INFOGRAFIK DALAM TEKNIK HOLOGRAFI UNTUK MEMPERKENALKAN PERSEMBAHAN KUDA KEPANG

DLANGUAGE STUDIO NO 30 1 st FLOOR PERSIARAN B RAYA LANGKAWI MALL KEDAH D.A KERTAS PENERANGAN L FRONT OFFICE ASSISTANT

MANUAL KUALITI MK.UiTM CNS.01

KEROSAKAN DAN KEMEROSOTAN STRUKTUR KONKRIT DI MALAYSIA MOHD ZAKI BIN MOKHTAR

Fakulti Sains dan Teknologi 3 Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan (SEEDS)

Jurnal Teknologi RELATIONSHIP BETWEEN HOUSING AFFORDABILITY AND HOUSE OWNERSHIP IN PENANG. Full Paper. N. M. Sani *

EASY ESTATE ADVERTISING SERVICES : SITI AISHAH BINTI MANSOR

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

PERBANDINGAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN BERKONSEPKAN GATED AND GUARDED COMMUNITY MENDATAR DAN MENEGAK AZIZUL BIN ABD GHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APARTMENTS OWNERSHIP AND MAINTENANCE

THE STUDY OF PROBLEMS FACED BY PROPERTY MANAGEMENT IN MANAGING THE HIGH RISE CONDOMINIUM IN MALAYSIA NORAZIAH AZMIN BT ABD LATIF AZMI

IKHTISAR PROJEK TAHUN AKHIR

Sains Malaysiana 47(4)(2018):

RAK 346 History and Theory in Architecture 1 [Sejarah dan Teori Senibina 1]

ANALISIS STRUKTUR DAN SPESIES PERMUKAAN TERHADAP KEREAKTIFAN MANGKIN OKSIDA MANGAN TIMAH

Faculty of Information and Communication Technology

Satu Kajian Awal Memproses Keledek Keping (A Preliminary Study on Processing of Sweet Potato Leather)

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/P001. PROSEDUR PENGURUSAN DOKUMEN ISO Tarikh: 20/6/2017

Tafsiran Dokumen untuk Permohonan evdr PRA

MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/ DISEMBER 2009 DEWAN NUSANTARA, MENARA SRI SAUJANA INSPEN KERTAS PENYELIDIKAN

PROCLAMATION OF SALE IN THE MATTER OF DEED OF ASSIGNMENT DATED 16 TH APRIL, 2004

VNIMPS" P1. AYS OF FORMAL LAND OWNERSHIP AND LAND TITLING WITH REFERENCE TO THE RURAL COMMUNITIES A STUDY OF PEOPLE'S PERCEPTION

UNIVERSITI TUI{ HUSSEIN ONN MALAYSIA

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

PRACTICAL COMPLETION FOR WATER SUPPLY PROJECTS KHAIRI BIN JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RESEARCH PROGRESS. Two Hundreds Years of Neighbourhood Expansion in Seremban Municipality Area, Malaysia

Perjanjian Rakan Kongsi (IB)

NO. KELUARAN : 06 NO. PINDAAN : 00 TARIKH KUATKUASA MUKA SURAT KAWALAN DOKUMEN

INFLUENCING FACTORS IN NON-LANDED RESIDENTIAL PROPERTY FACILITIES FOR MANAGEMENT BADRUL HISHAM BIN MOHD RIDZA

KAWALAN DOKUMEN. Dokumen ini adalah TERKAWAL dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:-

FORM OF ACCEPTANCE AND TRANSFER CONDITIONAL MANDATORY TAKE-OVER OFFER DATUK SERI TAN JING NAM, MR ANDREW TAN JUN SUAN AND DATO TAN LEE SING

VISI Teraju pusat tanggungjawab UniMAP

HOUSING DEVELOPMENT FOR RESIDENCE IN SUDAN MOHAMED ABDULLA NUGDALLA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAWALAN DOKUMEN. Dokumen ini adalah TERKAWAL dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:-

1.0 Company Information. 2.0 Project Information. Licensed Projects : Taman Jaza Perdana. Company : Nusajaza Development Sdn. Bhd.

=anm. 'jffm. JffD. JfFQ JffU JULAI - DISEMBER ^LeaKMUJfifll'Ggl. UNIVEiRBITI TfcKNOLODI M A R A PfcRLIS JGTT) INFOREC

ARCHITECT S LIABILITY IN MAKING DECISION DURING CONSTRUCTION STAGE NURHIDAYAH BINTI KAMALUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PAYMENT ISSUES THE PRESENT DILEMMAS OF MALAYSIAN CONSTRUCITON INDUSTRY ANG SU SIN, TONY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAJUK PEMBENTANGAN : PERUNDANGAN TANAH DI BRUNEI DARUSSALAM DISAMPAIKAN OLEH : AMAL HAYATI HAJI JUNAIDI PEGAWAI TANAH BAHAGIAN PENDAFTARAN

KESAN PENAMBAHAN MgO, Al 2 O 3 DAN BaO KE ATAS HIDROKSIAPATIT NOOR HASIMAH BINTI MARSAD

THE CONSTRUCTION OF HOUSE PRICE INDEX: MODELLING BY INCORPORATING ABSOLUTE LOCATION NORSHAZWANI AFIQAH BINTI ROSMERA

Jadual H, Fasal 27 Cara Penyerahan Pemilikan Kosong Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966 Akta 118

pelaburan & pembangunan hartanah

CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY OF DEVELOPERS IN PRODUCT PERSPECTIVE. CASE STUDY: JOHOR BAHRU TAN SAN SAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENCIRIAN l\1inyak MENTAH BERLILIN MELALUI KAJJAN FIZIKAL DAN HUBUNGANNYA DENGAN MASALAH P ARAFIN

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

THE PROCLAMATION OF SALE IN THE MATTER OF THE COMPOSITE LOAN AGREEMENT AND ASSIGNMENT AND POWER OF ATTORNEY BOTH DATED THE 18 TH APRIL 2005 BETWEEN

HOUSING BUBBLE PHENOMENA AND THEIR DETERMINANTS IN KUALA LUMPUR AQMAR BIN HAMID

ISU-ISU PENGINTEGRASIAN PANGKALAN DATA UKUR KADASTER DAN SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER GENGATHARAN A/L MARIAPPAN

SUMMARY INTRODUCTION RINGKASAN. Pcrtanika 5(1), (1982) Housing satisfaction; aspirations of householders; Salak Selatan Resettlement; Malaysia.

PROCLAMATION OF SALE

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2003

RESEARCH TOPIC FOR NAPREC YEAR 2019

PROCLAMATION OF SALE

DOKUMEN BUKTI YANG DIPERLUKAN

PROCLAMATION OF SALE IN THE MATTER OF THE COMPOSITE LOAN AGREEMENT AND ASSIGNMENT AND POWER OF ATTORNEY BOTH DATED 12 TH JULY, 2003 BETWEEN

UNIT DALAM BILIK/UNIT LUAR BILIK

PENDEKATAN AMERIKA SYARIKAT DAN ARAB SAUDI KE ATAS PERANG SAUDARA DI SYRIA, OLEH HEMAMALANI A/P KUNAPALAN

Program Seni Bina Programme of Architecture

RMK 357 Land Administration [Pentadbiran Tanah]

Transcription:

Volume: 1 Issues: 12 [December, 2018] pp.-11-22] International Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management eissn: 0128-178X Journal website: www.xxxx.com KAJIAN TERHADAP KUALITI UDARA DALAMAN BAGI BILIK KULIAH DI POLITEKNIK MERLIMAU STUDY OF INDOOR AIR QUALITY FOR CLASSES IN POLITEKNIK MERLIMAU Mohamad Nazri Ismail 1 Suziee Sukarti 2 Muhamad Jais Gimin 3 1,2,3 Mechanical Engineering Dept., Politeknik Merlimau (PMM), Malaysia. 1 (E-mail: nazri@pmm.edu.my), 2 (Email: suziepmm@pmm.edu.my). 3 (E-mail: jais@pmm.edu.my) Accepted date: 28-10-2018 Published date: 15-12-2018 To cite this document: Ismail, M. N., Sukarti, S. & Gimin, M. J. (2018). Kajian Terhadap Kualiti Udara Dalaman Bagi Bilik Kuliah Di Politeknik Merlimau. International Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management, 3 (12), 11-22. Abstrak: Isu kualiti udara dalaman telah mendapat perhatian yang semakin meningkat dari masyarakat saintifik antarabangsa, institusi politik dan pengurusan alam sekitar untuk meningkatkan keselesaan, kesihatan dan kesejahteraan penghuni bangunan berikutan kebanyakan manusia pada zaman serba moden ini banyak menghabiskan masa di dalam ruangan yang tertutup seperti bangunan dan kenderaan berbanding di ruangan terbuka dengan udara persekitaran. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui tahap kualiti udara dalaman di kawasan kampus Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) terutama di bilikbilik kuliah dan makmal. Kualiti udara dalaman di dalam kajian ini dinilai berdasarkan dua kriteria iaitu nilai suhu dan kepekatan karbon dioksida (CO2) di dalam bilik berhawa dingin di lima jabatan induk. Instrumen kajian ini menggunakan Thermo Hygrometer dan CO2 Meter sebagai alat untuk menganalisis. Didapati bahawa suhu yang terdapat di kampus Politeknik Merlimau terutamanya di bilik-bilih kuliah menunjukkan bacaan yang tidak menepati paras bacaan yang ditetapkan oleh piawaian Malaysia (MS15) iaitu pada suhu o C- 26 o C. Julat suhu yang dicatatkan adalah di antara 22 o C hingga 26.5 o C. Manakala pelepasan CO2 adalah terkawal dengan purata bacaan bagi setiap jabatan induk kurang dari 1000ppm di mana julat hasil analisa adalah di antara 400ppm hingga 11ppm di setiap jabatan induk politeknik. Secara keseluruhanya hasil kajian ini menunjukkan bahawa perubahan suhu dan pelepasan CO2 di PMM adalah masih dalam keadaan yang terkawal walaupun tidak mengikut spesifikasi MS15 dengan tepat terutamanya pada bacaan suhu. Fenomena yang berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh dikaji pada masa akan datang seperti tiada kesedaran pengguna atau penyelenggaraan penghawa dingin bagi mengukuhkan lagi kajian ini. Kata Kunci: Kualiti, Udara, CO2, Suhu 11

Abstract: In the last few decades, Indoor Air Quality has received increasing attention from the international scientific community, political institutions, and environmental governances for improving the comfort, health, and wellbeing of building occupants since people in these modern era spend their time mostly in enclosed space such as inside buildings and vehicles compared to an open space with ambient air. A study was conducted to study the quality of air at the campus of Politeknik Merlimau especially in lecture and laboratory rooms. The air quality in this study is based on temperature and carbon dioxide emissions (CO2) in airconditioned rooms at five main departments in Politeknik Merlimau, Melaka (PMM). The research analysis using Thermo Hygrometer and CO2 meter as a tools. Factors affecting air quality are also discussed based on the atmosphere around the campus. It is found that the temperature at the campus of Politeknik Merlimau especially in the lecture rooms shows a reading that does not meet the reading level set by Malaysian Standard (MS15) at o C- 26 o C. The temperature range recorded is between 22 o C to 26.5 o C. The CO2 emission reading for each main departments is less than 1000ppm. For carbon dioxide emissions (CO2) the range recorded is from 400ppm to 11ppm in all main departments. Overall, the results of this study indicate that the temperature and emission of CO2 in PMM is still in controlled condition although not according to the MS15 specification especially in temperature readings. The phenomenon is due to several factors that can be studied in the future as there is no consumer awareness or air conditioning maintenance to further strengthen this study. Keywords: Quality, Air, CO2, Temperature Pengenalan Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) merupakan sebuah institusi menawarkan kursus di bidang teknikal dan vokasional. Justeru itu, terdapat banyak prasarana seperti bilik kuliah, makmal dan bengkel yang digunakan oleh pelajar yang mana persekitaran di setiap ruang pembelajaran dan pengajaran sangat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Faktor-faktor seperti suhu, bau, bunyi, udara dan pengudaraan amat mempengaruhi tumpuan pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Suhu persekitaran yang tinggi serta jumlah penghuni yang padat di dalam sesebuah premis seperti bilik kuliah mampu mendatangkan rasa tidak selesa serta mengganggu proses pembelajaran (Sofian, M. et. al., 2015). Menurut Hou et. Al.(2015) hampir 30% pelajar menghabiskan kehidupan seharian di pusat pengajian dan hampir 70% masa dihabiskan di bilik kuliah ketika berada di pusat pengajian. Oleh itu, bilik kuliah adalah penyumbang kepada persekitaran dalaman yang kedua utama selepas kediaman pelajar. Pelajar terdedah kepada bahan cemar udara yang lebih tinggi ketika di kampus berbanding dengan aktiviti luar. Berikutan daripada itu, kualiti persekitaran bilik kuliah dan makmal perlu dijaga dan dipertingkatkan bagi menghasilkan satu suasana yang lebih selesa di samping dapat memenuhi fungsi yang dikehendaki. Kebanyakan bangunan di PMM tidak pernah diubahsai semenjak PMM ditubuhkan pada tahun 2002. Suasana yang selesa pada bangunan adalah amat penting kerana boleh mempengaruhi prestasi dan mental pelajar. Oleh itu, berdasarkan MS12 seperti kualiti keselesaan, kualiti bau, kualiti cahaya, kualiti bunyi dan kualiti udara, satu kajian perlu dijalankan bagi mengetahui tahap kualiti udara dalaman bilik kuliah dan makmal di PMM dan kesannya terhadap pembelajaran pelajar. Melalui kajian ini diharap dapat membantu membangunkan persekitaran yang kondusif di bilik kuliah dan makmal bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Politeknik Merlimau. Terdapat dua objektif utama yang ditekankan untuk menjayakan kajian ini. Objektif yang perlu dicapai dalam kajian ini adalah seperti yang berikut ; 12

i. Menentukan tahap kualiti udara dalaman di dalam bilik kuliah dan makmal berhawa dingin di PMM ii. Membuat perbandingan data parameter kualiti udara dalaman berdasarkan MS15. Bagi kajian ini hanya dua parameter difokuskan dalam mengenalpasti kualiti udara dalaman di dalam bilik kuliah dan makmal iaitu kepekatan gas karbon dioksida (CO2) dan suhu. Kajian Literatur Politeknik Merlimau mempunyai prasarana yang terdiri dari bilik kuliah, makmal dan bengkel yang digunakan oleh seramai 5060 orang pelajar. Semua pelajar di institusi pengajian tinggi mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencapai kecemerlangan akademik, menurut Abdullah A.et al., (2010), persekitaran yang kondusif di setiap ruang pembelajaran dan pengajaran sangat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Keadaan di dalam bilik kuliah, makmal dan bengkel serta kemudahan fizikal, alat bantuan mengajar dan lain lain kemudahan adalah elemen yang penting untuk setiap pelajar mencapai kecemerlangan akademik seperti yang telah dinyatakan di dalam kajian yang telah dilakukan oleh Bakri, N.al., (2009). Di dalam pembinaan sesebuah institusi pendidikan, bagi memenuhi keperluan semasa para pelajar, perancangan rekabentuk perlu mengambil kira dari aspek ergonomik agar persekitaran yang baik dapat diwujudkan, Halim, N. et al., (2013). Faktor-faktor seperti kualiti suhu, kualiti bau, kualiti bunyi, kualiti udara dan kualiti pengudaraan amat mempengaruhi tumpuan pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran yang memberi kesan secara langsung terhadap kecemerlangan akademik pelajar seperti yang telah dinyatakan oleh Robert Bran(2009). Persekitaran tidak kondusif dalam bilik kuliah dari aspek udara samada terlalu sejuk ataupun terlampau panas boleh menggugat aktiviti pembelajaran dan pelajar juga terganggu kerana bilik kuliah tidak sempurna dan tidak selesa. Berikutan daripada itu, kualiti udara dalaman perlu dijaga dan dipertingkatkan bagi menghasilkan satu suasana pembelajaran yang lebih selesa di samping dapat memenuhi fungsi yang dikehendaki. Berdasarkan kajian, aktiviti harian seseorang individu pada lazimnya akan dilakukan di kawasan yang tertutup seperti di rumah, pejabat, universiti, sekolah, pusat niaga dan lain lain dan dianggarkan lebih 90% masa seseorang individu yang tinggal di negara perindustrian dihabiskan di kawasan tertutup di mana kualiti udara adalah rendah berbanding di kawasan terbuka. (Nafhatun. A., 2016 & US EPA, 1991). Kualiti udara yang baik di dalam sesebuah kawasan tertutup merupakan satu hak asas yang amat penting dan diperlukan oleh setiap individu. Antara faktor yang mempengaruhi kualiti udara ialah pencemaran dari alatan tangan dan bahan yang digunakan di dalam bangunan itu sendiri. Bahan seperti cat, spray dan pembersih kimia adalah contoh punca bahan pencemar di dalam bangunan. Aktiviti manusia dan sistem HVAC (heating, ventilation and air conditioner) juga antara punca menyebabkan pencemaran dalaman. Faktor lain yang turut mempengaruhi ialah pencemaran dari alam sekitar yang terdiri dari habuk, gas, pembakaran bahan api fosil yang masuk ke dalam bangunan. Antara kesan yang boleh dialami oleh penghuni bangunan ialah Sick building syndrome/ Tight building syndrome yang melibatkan sukar bernafas, sakit kepala, mengantuk dan lain-lain. Kualiti udara dalaman memberi kesan kepada kesejahteraan dan produktiviti pelajar selain meningkatkan risiko penyakit yang pelbagai kerana manusia menghabiskan 90% masa seharian mereka di dalam kawasan tertutup. Manusia juga mempunyai hak asasi bagi persekitaran dalaman yang sihat 13

termasuklah hak untuk bernafas udara segar, keselesaan haba dan juga keselesaan visual (Kogonen & Tan, 2004). Hal ini jelas menunjukkan bahawa persekitaran dalaman memberi kesan kepada kesihatan pelajar dan tahap perlindungan yang tinggi terhadap kesihatan pelajar berikutan penurunan kualiti persekitaran dalaman perlu dititikberatkan. Justeru, kualiti udara dalaman yang bersih, sihat dan selesa adalah suatu keperluan untuk setiap penghuni bangunan seperti pelajar dalam memastikan kesihatan pengguna lebih terjamin tanpa mendapat sebarang masalah kesihatan yang memudaratkan. Methodologi Kajian ini direka bentuk berbentuk tinjauan menggunakan pendekatan secara kuantitatif. Bacaan suhu dan CO2 di dalam bilik kuliah, makmal dan bengkel bagi semua jabatan utama telah diambil iaitu di Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan serta Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Data bagi kajian ini di analisis secara analisis deskriptif dalam bentuk peratusan. Lokasi Kajian Politeknik Merlimau atau dikenali juga sebagai PMM, telah mula beroperasi pada 17 November 2002 sebagai politeknik ke-14 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan. PMM terletak di Daerah Jasin, kira-kira 2 km dari Bandar Merlimau, km dari Bandaraya Bersejarah Melaka dan kira-kira 19km dari bandar Jasin. PMM dibina di atas tanah seluas 100 eka. Ia terdiri daripada 43 blok bangunan termasuk pejabat pengurusan, kelas akademik, bengkel dan makmal-makmal, asrama, hotel dan kakitangan bangunan kediaman, dilengkapi dengan peralatan terkini dan kemudahan teknologi tinggi. Sesi akademik pertama bermula pada 23 Disember 2002. PMM boleh menampung kapasiti maksimum seramai 5060 orang pelajar. PMM menawarkan sijil dan diploma kursus Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Hospitaliti dan Perdagangan. Bangunan kawasan lantai secara kasar adalah kira-kira 95.480 m² dengan sejumlah 38 blok bangunan. Blok terdiri daripada jabatan-jabatan, pejabat, bengkel, kedai-kedai, garaj, asrama, kafeteria, kantin, pusat sukan, dewan dan hotel. Bangunan Dan Tempat Kajian Tumpuan kajian hanya diberikan kepada jabatan induk sahaja iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan. Pengukuran Suhu Dan CO2 Pengukuran suhu dan CO2 diambil pada setiap bilik berhawa dingin di Politeknik Merlimau. Unit untuk ukuran suhu ialah Darjah Celcius ( O C) manakala untuk CO2 ialah parts per million (ppm). Peralatan Pengukuran Suhu Thermo Hygrometer (Testo 6) digunakan untuk mengukur suhu di dalam satu ruang. Simbol SI bagi pengukuran udara adalah O C atau Fahrenheit. Thermo Hygrometer adalah gabungan dari thermometer (termometer) ruangan dan hygrometer (higrometer), iaitu alat untuk mengukur suhu udara dan kelembaban, baik di ruang tertutup ataupun di luar ruangan. Alat-alat ukuran kelembapan biasanya bergantung kepada parameter lain seperti suhu, tekanan, jisim atau satu perubahan mekanikal atau elektrik pada peralatan yang digunakan. 14

parts per million (ppm) Peralatan Mengukur CO2 CO2 meter ( Testo 535 ) digunakan untuk mengukur CO2. Kesan CO2 di dalam bilik boleh menjurus kepada keletihan, kurangnya fokus dan penyakit (Sick Building Syndrome) disebabkan tumpuan CO2 tinggi melebihi 1000 ppm. Rajah 1: Thermo Hygrometer dan CO2 Meter Dapatan Dan Perbincangan Keputusan kajian diperolehi iaitu bacaan kualiti udara (suhu dan CO2) di setiap bilik telah diperolehi dan dibincangkan seperti berikut. Kualiti Udara Karbon Dioksida (CO2) Rajah 2 di bawah merupakan hasil audit yang dijalankan di kesemua Blok di Jabatan induk di PMM. Nilai yang ditunjukkan adalah purata bacaan Karbon Dioksida (CO2) yang telah diambil di dalam setiap blok yang terdapat di jabatan Induk. PELEPASAN GAS KARBON DIOKSIDA (CO 2 ) 1000 900 800 700 600 500 400 300 200 100 0 JKM JKA JKE JPH JP Jabatan Induk di PMM BACAAN CO2 PIAWAI Rajah 2: Purata Pelepsan Gas Karbon Dioksida di Setiap Jabatan Induk 15

Karbon Dioksida (ppm) Merujuk kepada Rajah 2 di atas dapat dilihat secara keseluruhan cerapan nilai pelepasan CO2 di setiap jabatan adalah dalam lingkungan 400 hingga 650 ppm. Keperluan piawai bagi pelepasan CO2 seperti yang dinyatakan dalam MS15 adalah 1000ppm bagi bilik kuliah dan ruangan pejabat. Secara keseluruhanya pelepasan CO2 di bilik kuliah dan pejabat berhawa dingin di PMM tidak melepasi tahap piawai yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Walaubagaimanapun, audit ini perlu mengambil kira jumlah dan bilangan pengguna semasa bacaan diambil. JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL - CO2 1200 1000 800 600 400 200 0 0 5 10 15 20 Bilangan Bilik Rajah 3: Pelepasan CO2 di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Rajah 3 bagi cerapan pelepasan CO2 untuk Jabatan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) adalah paling tinggi di kawasan 3 (Bilik seminar) iaitu 1123 ppm, sedangkan piawai MS15 untuk adalah 1000ppm sahaja. Ketika bacaan diambil terdapat bilik seminar ini sedang digunakan oleh para pensyarah. Bacaan CO2 yang tinggi akan memberikan kesan yang tidak baik untuk kecergasan dan kesihatan pengguna (pelajar dan pensyarah) di mana akan menyebabkan mengantuk serta keletihan. Jika bacaan ini menjadi lebih tinggi akan memberikan kemudaratan kepada kesihatan di mana akan menyebabkan sakit kepala, sesak pernafasan dan lain-lain. Cadangan bagi mengurangkan pelepasan karbon ialah dengan memastikan penghawa dingin diselenggara dan pintu bilik dibuka bagi memberikan udara segar masuk ke dalam bilik. Jika dilihat bagi setiap jabatan dengan merujuk Rajah 4 hingga Rajah 7 semua jabatan mencatatkan bacaan yang tidak melebihi piawai yang dibenarkan. Jabatan Perdagangan mencatatkan bacaan pelepasan CO2 yang terbaik di mana nilai bacaan adalah kurang dari 400ppm. Ini menunjukkan kualiti udara berdasarkan CO2 di Jabatan Perdagangan adalah terkawal dan konsisten. 16

KARBON DIOKSIDA (PPM) KARBON DIOKSIDA (PPM) KARBON DIOKSIDA (PPM) JABATAN KEJURUTERAAN AWAM - CO2 1000 800 600 400 200 0 0 5 10 15 20 30 Rajah 4: Cerapan di Jabatan Kejuruteraan Awam JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK - CO2 800 600 400 200 0 0 5 10 15 20 30 Rajah 5: Cerapan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI - CO2 800 700 600 500 400 300 200 100 0 0 1 2 3 4 5 6 7 Rajah 6: Cerapan di Jabatan Pelancongan & Hospitaliti 17

SUHU ( O C) KARBON DIOKSIDA (PPM) JABATAN PERDAGANGAN - CO2 440 430 420 410 400 390 380 370 360 0 1 2 3 4 5 6 7 Rajah 7: Cerapan di Jabatan Perdagangan Kualiti udara Suhu ( o C) Rajah 8 di bawah merupakan hasil audit yang dijalankan di kesemua Blok di Jabatan induk di PMM. Nilai yang ditunjukkan adalah purata bacaan suhu yang telah diambil di dalam setiap blok yang terdapat di jabatan Induk. SUHU ( O C) 23 23 23 JKM JKA JKE JPH JP JABATAN INDUK DI PMM BACAAN SUHU PIAWAI Rajah 8: Bacaan Suhu di Jabatan Induk PMM Merujuk kepada Rajah 8 di atas dapat dilihat secara keseluruhan cerapan nilai suhu di setiap jabatan adalah dalam lingkungan 23 hingga o C. Keperluan piawai bagi suhu seperti yang dinyatakan dalam MS15 adalah o C - 26 o C bagi bilik kuliah dan ruangan pejabat. Secara keseluruhanya suhu-suhu di bilik kuliah dan pejabat berhawa dingin di empat jabatan iaitu JKM, JKE, JPH dan JP masih berada dalam lingkungan yang boleh diterima oleh MS12 ( o C -26 o C) tetapi tidak melepasi tahap piawai yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia bagi bangunan kerajaan. Suhu yang ditetapkan oleh pekeliling Kerajaan Malaysia adalah o C. Suhu melebihi piawaian ini disebabkan pelarasan pada penghawa dingin diubah serta pengguna yang ramai di dalam bilik yang digunakan menyebabkan suhu menjadi lebih tinggi. 18

SUHU ( O C) SUHU ( O C) Rajah 9 hingga 13 menunjukkan bacaan suhu bagi setiap bilik di jabatan induk PMM. Didapati semua jabatan mempunyai bilik yang melepasi suhu yang dibenarkan oleh piawai ini. nilai bacaan suhu yang terendah dicatatkan di Jabatan Kejuruteraan Awam iaitu 22 o C. 26.5 26.5.5 JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL -SUHU 23.5 0 5 10 15 20 Rajah 9: Bacaan Suhu di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal JABATAN KEJURUTERAAN AWAM - SUHU 26.5.5 23.5 23 22.5 22 0 5 10 15 20 30 Rajah 10: Bacaan Suhu di Jabatan Kejuruteraan Awam 19

SUHU ( O C) SUHU ( O C) SUHU ( O C) JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK - SUHU 26.5.5 23.5 0 5 10 15 20 30 Rajah 11: Bacaan Suhu di Jabatan Kejuruteraan Elektrik JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI 27 26 23 0 1 2 3 4 5 6 7 Rajah 12: Bacaan Suhu di Jabatan Pelancongan & Hospitaliti JABATAN PERDAGANGAN - JP 26.5.5 23.5 23 0 1 2 3 4 5 6 7 Rajah 13: Bacaan Suhu di Jabatan Perdagangan Penggunaan suhu yang terlampau sejuk menyebabkan bebanan pemampat bertambah dan terpaksa bekerja untuk mencapai suhu sejuk yang dilaraskan. Sekiranya suhu menjadi tinggi akan menyebabkan ketidak selesaan kepada pengguna dan ada kemungkinan penghawa dingin perlu diselenggara. Laluan penghawa dingin juga perlu diperiksa agar tidak terdapat halangan yang menyebabkan udara sejuk tidak masuk ke ruangan bilik 20

tersebut. Bacaan yang variasi dapat dilihat pada semua jabatan dimana semua jabatan induk tidak mempunyai bacaan yang menepati piawai MS15 dan tidak kosisten. Kesimpulan Kualiti udara di kawasan kampus di Politeknik Merlimau di jabatan induk (Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Mekanikal, Awam, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Pelancongan & Hospitaliti) dilihat masih dalam keadaan yang masih boleh diterima walaupun tidak menepati sepenuhnya piawai MS15 yang ditetapkan terutamanya bagi suhu di dalam bilik kuliah. Suhu yang ditetapkan ialah o C 26 o C, manakala cerapan suhu hampir semua bilik menunjukkan bacaan dari 22 o C hingga 26.5 o C. Bagi Pelepasan karbon semua jabatan menunjukkan bacaan yang baik dan tidak melepasi piawai yang ditetapkan iaitu 1000ppm. Penggunaan tenaga elektrik yang banyak dapat dijimatkan sekiranya suhu dikurangkan mengikut piawaian yang ditetapkan dan dikekalkan. Kesedaran pengguna yang melibatkan pelajar dan staf politeknik perlu dibuat secara aktif kerana dilihat memberi kesan kepada penjimatan yang optimum di politeknik dan kesan kepada kesihatan. Rujukan Abdullah, A. et al., (2010), Faktor-faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia, Institusi Pembangunan Felo Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Malek, Abdul Rahman (2004). Low Energy Cooling Technology For Malaysian Homes. Universiti Sains Malysia. Abideen, M. et al., (2006). Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus, Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia. Baharin, A. (2007). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti Di Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Jabatan Asas Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Research Vote No 71881. Bakri, N. et al., (2009) Persepsi Pensyarah Terhadap Persekitaran Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Umum Universiti Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia, Chapter14.indd. Cohen, J.W. (1988). Statistical power analysis for the behavioral sciences. 2 nd ed. Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates. Covin, J.G. & Slevin, D.P. (1989). Strategic management of small firms in hostile and benign environments. Strategic Management Journal, 10, 75-87. Nadel, S., A. Shipley, and R.N. Elliott, (2004). The Technical, Economic and Achievable Potential for Energy Effi ciency in the U.S. A Meta-Analysis of Recent Studies. Washington, DC: American Council for an Energy-Effi cient Economy [ACEEE]. HAVC Design and Operation. www.ashrae.org. Accessed 28 July 2017. Hou, et al., (2015). Investigation of Indoor Air Quality in Primary School Classrooms. The 9th International Symposium on Heating, Ventilation and Air Conditioning (ISHVAC) joint with the 3rd International Conference on Building Energy and Environment (COBEE), 12-15 July 2015, Tianjin, China K.S. Kannan (2007). Malaysia Industrial Energy Audit Guidelines: A Handbook for Energy Auditors, Pusat Tenaga Malaysia (PTM). Accessed 8th August 2017. Klinsontorn, S. (2005). The influence of leadership styles on organizational commitment and employee performances. Doctoral dissertation. Nova Southeastern University. Kreiser, P.M., Marino, L.W. & Weaver, K.M. (2002). Assessing the relationship between entrepreneurial orientation, the external environment, and firm performance, in Frontiers of Entrepreneurship Research. Wellesley, MA: Babson College, 199-208. 21

Malaysia Industrial Energy Audit Guidelines: A Handbook for Energy Auditors.Energy Efficiency and Conservation Guidelines for Malaysia Industry. Pusat Tenaga Malaysia (PTM) Nafhatun, A., (2016), Kajian Ke Atas Kualiti Udara Dalaman Koc Tren Bagi Perkhidmatan Monorel Dan Komuter. Universiti Tun Hussein Onn: Master thesis Practical Guide for Implementing an Energy Management System, United Nations Industrial Development Organization (UNIDO). (2014). Accessed 8th August 2017. R. A. Begum and J.J Pereira, GHG Emissions and Energy Efficiency Potentiol in the Bulding Sector of Malaysia. 2010 (Australian Journal of Basic and Applied Sciences) Rezaie B., Rosen M.A. (2012). District heating and cooling: Review of technology and potential enhancements. Applied Energy (1) Green Energy; (2) Special Section from papers presented at the 2nd International Enery 2030 Conf. 93:0:pp.2-10 Sofian, M et. al., (2015), Keselesaan Terma Pelajar Dalam Bilik Darjah: Kajian Kes Di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang, Selangor Darul Ehsan. Malaysian Journal of Society and Space 11 issue 4 ( - 38) 22